Thursday, September 20, 2018

FATH (فتح)


Dalam catatan ini akan disenaraikan nama-nama kitab yang dimulai dengan perkataan Fath (فتح). Insya Allah akan ditambah lagi  kitab-kitab yang lain. Semoga bermanfaat.


1)   Kitab al-Fath al-Mubin bi Syarh al-Arba’in (الفتح المبين بشرح الأربعين). Ia disusun oleh Imam Syihabuddin Ahmad bin Hajar al-Haytami (909-974H), yang terkenal dengan gelaran Imam Ibnu Hajar al-Haytami. Kitab ini merupakan kitab huraian bagi kitab al-Arba’in al-Nawawiyyah, sebuah karya Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi r.h.(676H), iaitu sebuah kitab yang terkenal, yang menghimpunkan 42 hadis Nabi saw, yang membicarakan asas-asas penting agama Islam yang perlu diketahui umat Islam. Baca lagi..

2)    Kitab Fath al-Mannan Tarjamah li Shafwah al-Zubad (فتح المنان ترجمة لصفوة الزبد). Kitab ini merupakan sebuah kitab fiqh mazhab Syafi’i, yang menyentuh juga bab tauhid dan tasawuf. Kitab ini disusun oleh  seorang ulama besar Alam Melayu, iaitu al-‘Allamah al-‘Arif al-Rabbani Shahib al-Karamah al-Syaikh Daud bin Syaikh Wan ‘Abdullah al-Fathani ()  sebagai terjemahan dan huraian bagi Matan al-Zubad, karya Imam Ibnu Ruslan dalam Bahasa Melayu. Baca lagi..

3)    Kitab Fath Mu'in bi Syarh Qurrah al-‘Ain (فتح المعين بشرح قرة العين). Ia merupakan sebuah karya fiqh  mazhab al-Syafi'i, yang  disusun oleh al-‘Allamah Syaikh Zaynuddin bin Abdul Aziz bin Zaynuddin al-Malibari al-Fannani (987H), sebagai huraian (syarah) bagi karya beliau sebelumnya yang berjudul  Qurrah al-'Ayn Fi Muhimmat al-Din (قرة العين بمهمات الدين). Baca lagi..

4)     Kitab Fath al-Jawad bi Syarh Manzumah Ibn al-‘Imad (فتح الجواد بشرح منظومة ابن العماد). Ia merupakan sebuah karya fiqh dalam mazhab Syafi’i yang disusun  oleh al-Imam Shihab al-Din Abu al-ʿAbbas Amad ibn amzah al-Ramli al-Anari al-Syafi’i (957H). Kitab Fath al-Jawad ini disusun sebagai huraian (syarah) bagi kitab Manzumah Ibn al-‘Imad fi al-Ma’fuwat (منظومة ابن العماد في المعفوات), iaitu sebuah kitab fiqh yang disusun dalam bentuk nazam oleh al-Imam Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin al-‘Imad bin Yusuf al-Aqfahsi (808H). Baca lagi...

5)    Kitab Fath al-Jawad bi Syarh al-Irsyad (فتح الجواد بشرح الإرشاد). Ia merupakan salah satu kitab-kitab fiqh karya Imam Ahmad Ibn Hajar al-Haytami (909-974H) yang terkenal. Kitab Fath al-Jawad adalah ringkasan bagi kitab al-Imdad bi Syarh al-Irsyad (الإمداد بشرح الإرشاد) yang juga merupakan karya beliau. Kedua-dua kitab ini adalah huraian (syarh) kepada kitab al-Irsyad, karya al-Imam Isma‘il bin Abi Bakr Ibn al-Muqri al-Yamani (837H). Baca lagi...

6)    Kitab Fath al-Bariy bi Syarh Shahih al-Bukhari ( فتح الباري في شرح صحيح البخاري ). Kitab ini disusun oleh al-Imam al-Hafizh Abu al-Fadhl Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Hajar al-‘Asqalani al-Mishri (773-852H). Kitab Fathul Bari ini adalah kitab syarah (huraian) bagi Shahih al-Bukhari yang paling baik dan paling lengkap. Baca lagi..

7)    Kitab Fath al-‘Aziz Syarh al-Wajiz (فتح العزيز شرح الوجيز). Ia juga dikenali dengan judul al-Aziz Syarh al-Wajiz (العزيز شرح الوجيز) dan al-Syarh al-Kabir (الشرح الكبير). Ia merupakan sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh Imam Abu al-Qasim Abdul Karim bin Muhammad al-Rafi’i  (623H) sebagai huraian (syarah) kepada kitab al-Wajiz fi Fiqh Mazhab al-Imam al-Syafi’i karya Imam Abu Hamid al-Ghazali (505H), iaitu sebuah kitab ringkas dan padat yang menghimpunkan rumusan al-Ghazali terhadap pendapat-pendapat tokoh fuqaha al-Syafi’i sebelumnya dalam beberapa masalah fiqh. Baca lagi..

8)  Kitab Fath al-Qarib al-Mujib fi Syarh Alfaz al-Taqrib (فتح القريب المجيت في شرح ألفاظ التقريب). Kitab yang juga dikenali sebagai al-Qawl al-Mukhtar Fi Syarh Ghayah al-Ikhtishar dan Syarh Ibn Qasim al-Ghazzi ‘ala Matn al-Taqrib ini adalah karya al-Imam Abu Abdullah Syamsuddin Muhammad bin Qasim bin Muhammad al-Ghazzi al-Syafi’i  (918H). Ia merupakan kitab yang menghuraikan kandungan kitab Matn al-Taqrib karya al-Qadhi Abu Syuja’ al-Ashbahani (500H). Huraiannya agak ringkas dan di antara kitab syarah fiqh al-Syafi’i yang paling mudah difahami. Baca lagi..

9)      


  



No comments:

Post a Comment