Di antara kitab fiqh dalam mazhab Syafi’i berjudul al-Lubab (اللباب);
a)
al-Lubab fi al-Fiqh al-Syafi'i (اللباب في الفقه الشافعي), karya al-Imam
al-Qadhi Abu al-Hasan Ahmad bin Muhammad bin Ahmad al-Dhabi al-Mahamili
al-Syafi’i (368-415H ). ). Kitab al-Lubab karya Imam Abu Hasan al-Mahamili ini
adalah kitab yang sangat terkenal di kalangan ulama mazhab Syafi’i. Isi
kandungan kitab ini telah disebutkan oleh beberapa ulama terkemudian dalam
beberapa karya mereka ketika menghuraikan masalah fiqh. Oleh itu, jika disebut
kitab al-Lubab dalam kitab fiqh mazhab Syafi’i, maka ia biasanya merujuk kepada
kitab al-Lubab susunan Imam al-Mahamili. Baca lagi http://abusyahmin.blogspot.com/2013/01/al-lubab-fi-al-fiqh-al-syafii.html
b) al-Lubab Fi al-Fiqh (اللباب في الفقه),
karya al-Imam Najmuddin Abdul Ghaffar bin Abdul Karim bin Abdul Ghaffar
al-Quzwaini al-Syafi’i (585-665H). Beliau terkenal sebagai penyusun kitab al-Hawi al-Shaghir (صاحب الحاوي الصغير) , iaitu matan fiqh yang terkenal di kalangan para ulama mazhab
Syafi’i. Kandungan kitab al-Lubab ini memuatkan pendapat-pendapat mengenai
permasalahan fiqh yang pernah dikeluarkan oleh para Ashab al-Wujud dan
al-Aqawil dalam mazhab al-Syafi’i. Imam Najmuddin al-Quzwaini kemudiaannya
telah menyusun huraian (syarah) bagi kitab al-Lubab ini melalui karyanya yang
berjudul al-‘Ujab Fi Syarh al-Lubab (العجاب في شرح
اللباب) .
Sekadar ini
sahaja maklumat yang dapat dipaparkan. Kemungkinan ada lagi kitab fiqh Syafi’i berjudul al-Lubab?. Pembaca boleh kongsikan dalam bahagian komen. Semoga bermanfaat.