Kitab ini disusun sebagai huraian (syarah) bagi kitab Manzumah
Ibn al-‘Imad fi al-Ma’fuwat (منظومة ابن العماد في
المعفوات), iaitu sebuah kitab fiqh yang disusun dalam bentuk nazam oleh
seorang ulama yang terkenal dalam mazhab
al-Syafi’i, iaitu al-Imam Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin al-‘Imad bin
Yusuf al-Aqfahsi (808H). Kandungan kitab ini membincangkan mengenai beberapa
jenis najis yang dimaafkan syarak berdasarkan mazhab Syafi’i.
Kitab Fath al-Jawad pula telah diberikan komentar (حاشية) oleh al-‘Allamah Syaikh Husain bin
Sulaiman al-Rasyidi () melalui karyanya yang berjudul Hasyiah 'ala Fath al-Jawad
(حاشية العلامة الشيخ حسين الرشيدي على فتح الجواد).
Manakala Syaikh Sulaiman al-Jamal al-‘Ujaili (1204H) pula ada
membuat beberapa catatan pinggir (تقريرات)
terhadap kitab Fath al-Jawad ini.
Manuskrip kitab Fath al-Jawwab bi Syarh Manzumah Ibn
al-‘Imad karya Imam Ahmad al-Ramli ini boleh dilayari di pautan فتح الجواد بشرح منظومة ابن العماد.
Manakala kitab versi cetakan boleh dimuat turun di pautan https://ia903100.us.archive.org/6/items/Fath-Aljawad/%D9%81%D8%AA%D8%AD%20%D8%A7%D9%84%D8%AC%D9%88%D8%A7%D8%AF.pdf
Semoga bermanfaat.