Saturday, March 30, 2013

Lisan al-'Arab

 
Kitab Lisan al-‘Arab (لـسـان الـعـرب ) karya Jamaluddin Muhammad ibn Mukarram ibn Ali, yang dikenali dengan Ibn Manzur  إبـن مـنـظـور  (1233-1312M/ 711 H), merupakan sebuah kamus bahasa ‘Arab yang paling masyhur di kalangan ulama dan penuntut ilmu. Kitab ini menjadi rujukan utama bagi para pengkaji dalam menentukan maksud sesuatu lafaz atau kalimah dalam bahasa ‘Arab.

Menurut para pengkaji leksikografi ‘Arab, kaedah penyusunan asal Kitab Lisan al-‘Arab yang dibuat oleh Ibn Manzur adalah berdasarkan akhiran kalimah. Namun, untuk memudahkan pencarian kalimah ‘Arab dan memastikan ia sentiasa dimanfaatkan, pihak penerbitan telah menukarkan bentuk susunan yang asal kepada susunan abjad yang normal.

Kitab Lisan al-‘Arab agak tebal halamannya. Ia telah diterbitkan dengan bilangan jilidnya yang berbeza-beza mengikut berbezanya syarikat penerbitannya.

Kitab ini boleh dibaca secara online  di Read online , dan boleh didownload di PDF.

Friday, March 29, 2013

al-Durrah al-Nafisah


Kitab al-Durrah al-Nafisah fi Bayan al-Wahdah fi al-Af'al wa al-Asma' wa al-Shifat wa al-Zat al-Muqaddasah merupakan sebuah kitab tasawuf karya seorang ulama tasawuf alam Melayu yang terkenal. Mengenai ulama yang menulis kitab ini, saya bawakan tulisan al-Marhum Hj. Wan Mohd Shaghir Abdullah, seorang pengkaji sejarah ulama nusantara dan kitab jawi yang terkenal;

Kitab ini belum pernah diterbitkan berupa bahan cetakan. Manuskrip yang ada hanya sebuah saja, ada dalam simpanan saya (penulis artikel ini).Sungguh pun tidak terdapat nama pengarang namun dapat diduga adalah karangan Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari, merupakan syarah kitab beliau yang berjudul “Ad-Durr an-Nafis”. Jadi manuskrip yang sekarang menjadi koleksi peribadi saya adalah asli tulisan tangan Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari ”.

Menurut al-Marhum Hj. Mohd Shaghir lagi, “ Tarikh tepat penulisan mulai waktu Dhuha, hari Jum’at, 15 Rabi’ul Akhir 1239 H / 19 Disember 1823 M, dan selesai pada tengah malam Isnin, 9 Muharram 1240 M / 3 September 1824 M ”.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai kitab al-Durrah al-Nafisah ini, kita ikuti huraian al-Marhum Hj. Wan Mohd Shaghir seterusnya;

Sebelum memasuki kandungan “al-Durrah al-Nafisah”, sebagai mukadimah Syeikh Muhammad Nafis bin Idris bin Husein al-Banjari memperkenalkan dua buah karya ringkas tentang tasawuf. Yang sebuah 18 halaman dan satu lagi 14 halaman. Kedua-duanya tanpa judul. Yang sebuah tanpa tahun dan sebuah lagi selesai penulisan pada malam, 30 Jumadil Awwal 1235 H / 16 Januari 1820 M. Pada mukadimah risalah yang pertama Syeikh Muhammad Nafis bin Idris bin Husein al-Banjari menyebut tentang ‘diri’ ada empat jenis. Kata beliau, “ Pertama: Diri yang berdiri, iaitu diri jasad, atau tubuh badan. Kedua: Diri yang terperi. Ketiga: Diri yang nyata pada ilmu Allah. Keempat: Diri yang sebenar-benar diri.” Keempat-empat ”diri” dihuraikan dengan agak panjang menurut kaedah yang terdapat dalam ilmu tasawuf.

Kedua-dua risalah yang dianggap sebagai mukadimah “al-Durrah al-Nafisah” saya tinggalkan saja, langsung saja kepada manuskrip yang sedang diperkenalkan. Syeikh Muhammad Nafis bin Idris bin Husein al-Banjari memulai bicara dengan katanya, “Aku memulai akan risalah ini pada hijrah Nabi S.A.W seribu dua ratus tiga puluh sembilan tahun, pada tahun Alif, pada lima belas hari bulan Rabi’ul Akhir, yaum al-Jum’ah, waktu Dhuha, jam pukul dulapan (maksudnya: Jum’at, jam 8.00, pada 15 Rabi’ul Akhir 1239 H pen:)”.

Sebab-sebab beliau menulis kitab yang tersebut juga dinyatakan dalam mukaddimah pada halaman yang berikutnya. Kata beliau, “Kemudian daripada itu, maka tatkala adalah tahun seribu dua ratus tiga puluh lima tahun, daripada tahun hijrah, pada hari yang ketiga puluh cukup, daripada bulan Jamadil Awwal, (maksudnya: pada 30 Jamadil Awwal 1235 H, pen:).” Selanjutnya beliau jelaskan, “Sanya memintalah kepadaku setengah daripada saudaraku yang telah dibukakan [oleh] Allah hatiku dan hatinya dengan cahaya terang musyahadah, yakni cahaya terang memandang dan mengenal.” Beliau jelaskan selanjutnya, "Bahawa itu aku perbuatkan baginya akan suatu risalah yang simpan (maksudnya: yang ringkas, pen:) perkataannya dengan bahasa Jawi-Melayu yang lemah lembut...” Barangkali oleh kerana kandungan keseluruhan “al-Durrah al-Nafisah” adalah tasawuf peringkat tinggi, maka diperlukan bahasa yang beradab. Itulah yang dimaksudkannya dengan “bahasa Jawi-Melayu yang lemah lembut” bukan bahasa Melayu yang kasar, yang tiada beradab atau tiada berakhlak atau boleh juga dikatakan tiada berbudi bahasa.

Sebelum memasuki bahasan tasawuf, Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari terlebih dulu membicarakan mazhab-mazhab dalam ‘aqidah. Mengenai ini ada yang telah beliau bicarakan dalam “al-Durr al-Nafis” tetapi selepas dibanding ternyata dalam manuskrip “al-Durrah al-Nafisah” penambahan dan bahasan jauh lebih banyak, perbicaraan jauh lebih luas dan mendalam. Mengenai dua mazhab iaitu Mazhab Qadariyah dan Mazhab Jabariyah tidak banyak tambahan, tetapi mengenai Mazhab Ahlis Sunnah wal Jama’ah dalam “Ad-Durrah an-Nafisah” terdapat tambahan yang sangat banyak.
 
Dalil mengenai Mazhab Ahlis Sunnah wal Jama’ah beliau jelaskan ketika turun ayat al-Quran tentang “kaum yang kasih kepada Allah” salah seorang sahabat telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W. Nabi S.A.W menjawab dan menunjuk sahabat baginda Abu Musa al-Asy'ari R.A. Manakala muncul keturunan beliau, iaitulah Imam Abu Hasan al-Asy'ari R.A, maka sepakatlah ulama bahawa Imam Abu Hasan al-Asy'ari R.A adalah “imam” Mazhab Ahlis Sunnah wal Jama’ah.

Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari menyebut pula, “Mazhab yang berpegang kepada I’tiqad Imam al-Asy'ari ini, iaitu Imam Malik ibnu Anas dan Imam Muhammad anak Idris Syafi’ie. Maka Mazhab Imam Abu Hanifah ibnu Tsabit dan Imam Ahmad ibnu Hanbal itu adalah Mazhab Ahlis Sunnah wal Jama’ah yang pada I’tiqad itu, iaitu Imam Abu Manshur Maturidi.” Sesudah membicarakan tiga mazhab di atas Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari membahas pula Mazhab Ahlis Sunnah wal Jama’ah golongan Ahl al-Kasyaf dan Musyahadah.

Walaupun karya Syeikh Muhammad Nafis al-Banjari judul “ al-Durr al-Nafis” yang pernah dicetak terjadi kontroversi dengan beberapa tokoh ahli zhahir, namun bagi saya “al-Durrah al-Nafisah” yang merupakan syarah “al-Durr al-Nafis” mesti diperkenalkan. Bahawa kedua-dua kandungan kitab yang tersebut adalah tidak salah menurut ulama-ulama ahli shufi ”.

Artikel di atas,  diolah kembali dari artikel dari sumber berikut:
http://naungan_nur_wahyu.tripod.com/id43.html. Di mana artikel asalnya pernah dimuat dalam Berita Harian, hari Selasa 27 Disember. 2005, hlm 10, dengan judul “Ad-Durrah an-Nafisah, Bahasan Tasawuf, Guna Bahasa Beradab”.

Kitab al-Durrah al-Nafisah ini telah diterbitkan buat kali pertamanya oleh Khazanah Fathaniyah, dengan tebalnya 290 halaman.
                                                                                                                                                                                                                                                                                                 

Wednesday, March 27, 2013

MUQADDIMAH IBNU KHALDUN


Tak ramai tokoh yang memiliki penguasaan ilmu pengetahuan multidisipliner seperti al-Allamah Ibnu Khaldun atau nama penuhnya Abdul Rahman bin Muhammad bin Khaldun (1332-1406M). Ini ditunjukkan oleh karya-karyanya, antara lain: Kitab al-'Ibrar, wa Diwan al-Mubtada' wa al-Khabar, fi Ayyam al-'Arab wa al-'Ajam wa al-Barbar, wa man Asharuhum min Dzawi    al-Sulthan al-'Akbar (Kitab Pelajaran dan Arsip Sejarah Zaman Permulaan dan Zaman Akhir yang mencakup Peristiwa politik tentang Orang-orang Arab, Non-Arab, dan Barbar serta Raja-raja Besar yang Semasa dengan Mereka), yang kemudian dikenal dengan nama kitab al-'Ibrar. Uniknya, pengantar kitab inilah yang justru lebih dikenal luas daripada buku aslinya. Buku pengantar yang berjudul al-Muqaddimah ini menjadikan nama Ibnu Khaldun begitu harum.

Buku Muqaddimah yang kini telah diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa dunia menjadi bukti terpenting betapa piawainya Ibnu Khaldun dalam berbagai lapangan ilmu pengetauhan. Keahliannya dalam sosiologi, filasafat, ekonomi, politik dan budaya, tampak jelas dalam buku ini. Pada saat yang sama, Ibnu Khaldun juga tampak sangat menguasai ilmu-ilmu keislamannya, ketika menghuraikan tentang ilmu hadits, fiqh, ushul fiqh, dan lainya.

Salah satu teorinya tentang ekonomi, apa yang disebutkan dengan "Model Dinamika". Teori tersebut memberikan pandangan jelas bahwa semua faktor-faktor dinamika sosial, moral, politik, dan ekonomi meski berbeda, tapi saling berhubungan satu sengan yang lainnya bagi kemajuan maupun kemunduran pemerintahan dan masyarakat dalam sebuah wilayah atau negara. Selain itu, Ibnu Khaldun juga telah menyumbangkan pemikiran tentang teori produksi, teori nilai, teori pemasaran, dan tori siklus yang dipadu menjadi tori ekonomi umum yang koheren yang disusun dalam kerangka sejarah.

Dalam soal politik, Ibnu Khaldun mengetengahkan teori tentang ashabiyah sebagai perekat hubungan politik antarwarga dalam sebuah negara. Dengan keluasan wawasan ini, wajar jika ilmuwan yang menulis tentang sosok Ibnu Khaldun, antara lain: Spengler yang menulis: Economic Thought of Islam: Ibnu Khaldun, Ahmad Ali menulis Economics of Ibnu Khaldun-A Selection, T.B Irving menulis Ibn Khaldun on Agriculture, dan masih banyak lagi literatur lainya.

Semoga bermanfaat.

Download Muqaddimah Ibn Khaldun;

1. Bahasa Arab: http://archive.org/details/MuqaddimahIbnKhaldun
2. Terjemahan Bahasa Inggeris:  http://www.muslimphilosophy.com/ik/Muqaddimah/

Artikel di atas diubahsuai dari http://kiosbukuislami.com/mukaddimah-ibnu-khaldun/

Sunday, March 24, 2013

Fiqh al-Sunnah


Kitab Fiqh al-Sunnah merupakan sebuah kitab yang terkenal menjadi rujukan masalah fiqh di kalangan ulama dan umat Islam pada masa mutakhir ini. Kitab ini adalah hasil karya seorang ulama terkenal dari Mesir, iaitu al-Syaikh Sayyid Sabiq. Beliau dilahirkan pada tahun 1335/1915 di Mesir dan wafat pada tahun 1420/2000.

Menurut Imam Hasan al-Banna dalam pengantar cetakan pertamanya, salah satu kelebihan kitab Fiqih Sunnah ialah paparannya yang mudah dan praktis, disertai dengan kupasan panjang lebar sehingga sangat sesuai dengan keperluan umat saat ini. Karena itulah, tidak menghairankan jika kitab ini menjadi salah satu rujukan utama dalam masalah fiqih di dunia Islam.

Kitab ini telah diterjemahkan ke dalam berbagai bahasa dunia. Terjemahan kitab ini dalam bahasa Melayu/Indonesia telah diterbitkan oleh beberapa syarikat penerbitan dan mendapat sambutan ramai. Para ulama tempatan telah menjadikan kitab ini sebagai teks majlis pengajian ilmu mereka.

Maklumat lanjut mengenai kitab Fiqh al-Sunnah ini saya paparkan artikel berikut yang  diambil dari pautan http://abdurobbihi.blogspot.com/2013/01/antara-kitab-fiqih-sunnah-dan-shahih.html  dengan sedikit perubahan ejaan dan bahasa.

Pada awalnya, beliau  mulai dengan menulis makalah ringkas tentang fiqh khusus mengenai  bab Thaharah di majalah mingguan al-Ikhwan al-Muslimun. Dalam tulisannya itu, beliau sering mengutip kitab-kitab hadits ahkam, seperti Subulu al-Salam karya al-Shan’ani (w. 1182 H) yang mensyarah kitab Bulugh al-Maram karya Ibnu Hajar al-Asqalani (w. 852 H), Nailu al-Authar karya al-Syaukani syarah Muntaqa al-Akhbar karya Majduddin Ibnu Taymiyyah al-Jadd (w. 652 H). Sampai akhirnya kegiatan menulis fiqh  itu beliau teruskan menjadi sebuah buku.

Jilid pertama Fiqh al-Sunnah diterbitkan pada tahun 1365 H di Mesir atau sekitar tahun 1949 M, dan pada muqaddimahnya diberi sambutan oleh pemimpin al-Ikhwan al-Muslimun, Syeikh Hasan al-Banna (w. 1949 H).

Jilid kedua Fiqh al-Sunnah ini mengupas mengenai masalah zakat, puasa, jenazah dan hal-hal yang berkaitan dengannya, haji, hingga masalah pernikahan.

Kemudian dilanjutkan dengan jilid ketiga, yang berisikan berbagai maslah fiqh yang berkaitan dengan pernikahan (wali dan kedudukannya, hak dan kewajiban suami-istri, nafkah, akad nikah, walimah, dan sebagainya), serta berbagai hal yang berkaitan dengan hudud/hukuman.

Terakhir ia menulis jilid keempat, yang merupakan jilid terakhir dari kitab Fiqh al-Sunnah. Jilid terakhir ini mengupas mengenai jihad, perang, jizyah, ghanimah, kafarat sumpah, hukum jual-beli, riba, pinjaman, gadai, mudharabah, dan hutang.

Bilangan jilidnya berubah mengikut cetakan sesebuah syarikat penerbitan.

Beberapa karangan beliau yang lain: Mashadir al-Quwwah fi al-Islam, ar-Riba wa al-Badil, al-Aqaid al-Islamiyyah, Islamuna.

ISI KITAB
Dalam pembukaan kitab Fiqih Sunnah, Sayyid Sabiq memulai kitabnya dengan menjelaskan keuniversal ajaran Islam.Kemudian beliau juga menjelaskan sejarah tasyri’ hukum islam secara ringkas. Kemudian baru beliau memulai kitabnya dari bab Thaharah.

Sebagaimana namanya; Fiqh al-Sunnah, Sayyid Sabiq sering mengemukakan hukum fiqhnya terlebih dahulu, baru kemudian beliau kuatkan dengan dalilnya baik dari al-Qur’an maupun dari al-Sunnah. Seperti dalam bab Thaharah, Sayyid Sabiq sebutkan macam-macam air, setelah itu beliau sebutkan dalil naqlinya.

Sayyid Sabiq lebih cenderung menjauhi perdebatan mazhab yang panjang, dan menyebutkan ikhtilaf di antara para Ulama’ pada hal-hal yang memang perlu disebutkan saja. Tujuan beliau adalah mempermudah bagi para pembaca untuk memahami kitabnya. Kitab beliau ini juga tidak terikat kepada satu mazhab tertentu.

[Download kitab Fiqih Sunnah: Klik]


KITAB TA’LIQ TERHADAP FIQIH SUNNAH
Kitab Fiqh al-Sunnah ini juga tak lepas dari kritik dari ulama’ lain, karena memang masing-masing ulama berijtihad yang sangat mungkin hasil Ijtihad itu berbeza satu sama lain. Kitab yang mengkritik kitab Fiqh al-Sunnah adalah kitab “Tamamu al-Minnah fi al-Ta’liq ‘ala Fiqhi al-Sunnah” karya Muhammad Nashiruddin al-Albani (w. 1999 M).

Inti dari kritik dalam kitab Tamamu al-Minnah ini, boleh disimpulkan menjadi dua tema besar:

Pertama, berkenaan dengan hadits yang dipakai berasal dari buku para ulama terdahulu. Sayyid Sabiq tidak men-tahqiq atau memilahnya lebih jauh, karena berprinsip pada kaidah “Setiap ilmu yang diambil dari ahlinya bisa diterima”. Sebagai contoh Syaikh al-Albani berbeza pendapat dengan Syaikh Sayyid Sabiq dalam hadits tentang kewajiban zakat perdagangan. Menurut Syaikh al-Albani hadits tersebut dhaif.

Kedua, perbezaan sumber fiqh antara keduanya. Syaikh Al-Albani cenderung mengikuti makna tersurat (zhahir al-nash) dari teks hukum, sedangkan Syaikh Sayyid Sabiq lebih dekat pada maqashid nash (tujuan makna nash -red). Syaikh al -Albani tidak segan berbeza pendapat dengan jumhur ulama terdahulu, seperti dalam pengharaman emas bagi wanita, sedangkan Syaikh Sayyid Sabiq biasanya menghormati pendapat jumhur ulama.Mengkritik hasil karya ulama lain bukanlah hal baru dalam dunia Islam.

Kitab Tamam al-Minnah ini boleh dimuat turun di pautan berikut:

Semoga bermanfaat.

Saturday, March 23, 2013

Siyar al-A'lam al-Nubala'

 
Kitab Siyar al-A’lam al-Nubala merupakan karya al-Imam al-Hafiz Syamsuddin al-Zahabi (673-748H). Kitab ini menghimpunkan biografi para sahabat Nabi s.a.w., tabiin, tabiut tabiin, ulama, sasterawan dan seumpamanya. Kitab ini sangat berguna bagi sesiapa yang ingin mendalami dan membaca kisah hidup orang-orang dan tokoh-tokoh Islam terkenal dalam bidang masing-masing. Ia merupakan sebuah kitab sirah sangat bernilai, lengkap dengan pelbagai bentuk disiplin ilmu, dan lambakkan maklumat, yang tidak hanya terbatas pada satu fasa generasi atau masa, tetapi mencakupi awal mula kemunculan Islam sehingga abad ke-tujuh Hijriyah. Inforrnasi-informasi yang dimuatkan di dalamnya juga mencakup sekitar maklumat kota-kota Islam pada pada zaman kegemilangannya.
 
Selain itu, kitab ini cukup penting sebagai bahan rujukan ilmiyah untuk dan mampu memenuhi keperluan para sejarawan, ahli jarh dan ta'dil (salah satu cabang disiplin ilmu hadis yang membahaskan tentang sisi keadilan, kedhabitan dan cacat yang dimiliki oleh setiap individu yang meriwayatkan hadis serta para penelitinya), informasi tentang semangat dan perhatian generasi Islam terdahulu dalam menuntut ilmu, berdakwah, serta beribadah. Begitu pula informasi tentang tokoh-tokoh umat Islam, kilasan tentang keadaan dan ibadah mereka, yang diperlukan oleh mereka yang ingin mendapatkan gambaran tentang kehidupan generasi Islam pada masa sekarang dan akan datang. Peringatan berkaitan kesan yang diterima oleh orang-orang zalim, sombong, melampaui batas, ahli bid'ah, fasiq, dan ahli maksiat, sehingga generasi manusia pada masa ini dapat lebih berhati-hati turut terangkum di dalamnya. Muatan kisah-kisahnya yang indah dan penting berupaya menjadi bahan cerita alternatif untuk menggantikan kedudukan berita dan informasi yang tidak mendidik, yang disumbatkan/dipaksakan oleh mereka yang menginginkan generasi umat Islam rosak. Selain itu, terdapat sejumlah kaedah-kaedah agama, kemuliaan tauhid, perilaku, dan perhubungan sosial yang menyejukkan hati juga dimuatkan di sini. Perkara tersebut dikemukakan oleh al-Zahabi di sela-sela pembentangannya terhadap biografi seseorang tokoh. 
 
 
Kelebihan Kitab Siyar A'lam An-Nubala; 
 
a)   Ketelitian penulis. Beliau (rahimahullah) tidak hanya membentangkan biografi orang yang ditulis, tetapi juga disertakan dengan komentar jika menurutnya adalah perlu, iaitu dengan melakukan semakkan secara sempurna terhadap cerita yang dipaparkannya, sama ada dengan menyebutkan sisi kekurangannya mahu pun menjelaskan kelebihannya jika orang-orang pada umumnya menganggapnya buruk, atau berpandangan lain sekiranya diperlukan, atau mengkritik perilakunya dengan kritikan yang berpandukan kdpada syari'at. Kemudian beliau berusaha mengeluarkan kesimpulan secara umum terhadap individu yang ditulis biografinya tersebut, disertai dengan ketelitian. Ketelitian dalam menilai keperibadian manusia ini, memberikan cahaya terang yang dapat diambil manfaatnya oleh kebangkitan Islam, iaitu kebangkitan yang hampir memberikan hasilnya jika tidak dikotori oleh ulah sebahagian kelompok yang memiliki pandangan tersasar, yang menuduh para ulama dan da'i sebagai orang-orang fasik, ahli bid'ah, berpaling dari madzhab salaf, tidak berhati-hati dalam menilai orang lain, dan tidak takut kepada Allah ketika berprasangka buruk terhadap orang lain. Ada juga orang yang tidak mampu hidup melainkan dengan mencela orang yang tidak sama dengannya, melupakan kebaikannya, dan menyembunyikannya. Orang-orang seperti itulah yang disangkal secara tegas oleh Imam al-Zahabi, yang akan anda lihat/perhatikan di sela-sela pembentangan buku ini secara jelas. InsyaAllah. Adanya kajian kritis dalam kitab ini. al-Zahabi tidak membiarkan peristiwa sejarah berjalan tanpa kritikan sekiranya menurutnya ia perlu diberi kritikkan dan penjelasan. Oleh karena itu, anda melihat beliau terkadang menolak peristiwa yang dinilainya mungkar atau memperbaiki (memberi pencerahan) terhadap peristiwa yang masih samar-samar atau mendukung pendapat penulis lain atau menjelaskan pendapatnya di dalam masalah tertentu yang perlu diberi perincian, penjelasan, dan seumpamanya. Metode kritis seperti inilah yang sering ditinggalkan oleh buku-buku sejarah dan penulis biografi lainnya. 
 
b)   Kitab ini memuatkan masalah-masalah yang tidak dimuatkan oleh kitab-kitab lain, kerana ia menyatukan pelbagai input sejarah dengan riwayat hidup. Kitab al-Bidayah wa al-Nihayah misalnya, memuatkan cerita-cerita sejarah yang cukup luas, tetapi tidak memuatkan biografi para ulama, orang-orang yang terpilih, para pemimpin, dan sebagainya. Begitu juga kitab al-Kamil karya Ibnu al-Atsir (rahimahullah) dan kitab Tarikh al-Umam wa al-Muluk karya al-Thabari (rahimahullah). Memang ada kitab-kitab yang memuatkan biografi para tokoh seperti ini, namun dari rentetan cerita sejarah dengan metode penyusunan yang dibawakan oleh al-Zahabi ini tidak ditemukan di dalamnya. Misalnya kitab Hilyah al-Auliya' dan al-Thabaqat karya Ibnu Sa'ad, serta Wafayat al-'A'yaan. Sedangkan kitab ini membahaskan berkaitan biografi secara panjang lebar dengan disertakan kisah-kisah sejarah dan metode yang sangat tersusun, yang ditulis di sela-sela penulisan biografi seorang tokoh, khususnya biografi para khilafah, raja, dan pemimpin.  
 
c)    Kitab Siyar al-A'lam al-Nubala' ini merangkumi sebahagian besar sejarah tokoh-tokoh penting dimata manusia (kebanyakan mereka atau sebahagian mereka, walaupun cacat di mata syariat) tidak hanya memuatkan pengikut mazhab fiqih tertentu, raja, khalifah, pemimpin, penyair, ahli osastera Arab, ahli bahasa, pahlawan, panglima, pemimpin perang, doktor, hakim, para pekerja, dan penganut madzhab tertentu, tetapi juga mencakupi seluruh kelompok yang disebutkan dan hampir mencakupi seluruh wilayah Islam. Memang benar biografi para ahli hadis lebih banyak disebutkan daripada tokoh tokoh lainnya. Ini adalah kerana perhatian/komitmen imam al-Zahabi yang sangat tinggi terhadap prinsip-prinsip ilmu hadis, lebih besar daripada disiplin ilmu lainnya, kerena sememangnya beliau adalah merupakan seorang hafiz (dalam bidang hadis) dan mahir di dalam hadis. Akan tetapi, kebanyakan para ahli hadis pada abad keemasan Islam dan selepasnya, adalah para ahli fiqih, ahli tafsir, orang-orang yang berperang di jalan Allah, para sasterawan, ahli nahwu (bahasa), dan tokoh-tokoh lainnya yang terkenal.

Friday, March 22, 2013

al-Luma' fi al-Tashawwuf (اللمع في التصوف)


 Kitab al-Luma’ fi al-Tashawwuf (اللمع في التصوف) merupakan kitab induk yang menjadi rujukan utama mengenai sejarah tasawuf Islam. Kitab al-Luma’ merupakan karya al-Syaikh Abu Nashr ‘Abdullah bin ‘Ali al-Sarraj al-Thusi.

Kandungannya memuatkan berbagai maklumat penting mengenai tasawwuf, yang dinilai sangat khusus dan yang tidak terdapat dalam kitab-kitab kerohanian Islam yang lain. Bahkan, ia juga dianggap sebagai rujukan tasawwuf Islam yang paling awal,rujukan terbesar, terpercaya, paling lengkap materinya dan paling murni ajaran-ajarannya, sama ada dari aspek zahir lafaznya (baca: teks) atau makna sebaliknya.

Penulis al-Luma', mampu menggambarkan secara elok kepada kita tentang pokok-pokok ajaran tasawwuf yang benar. Dia berusaha menerangi nilai spiritual dan kehidupan dalam cakrawalanya yang didukung dengan dalil-dalil al-Qur'an dan al-Sunnah serta dalil-dalil ilmiah dan dzauqiyyah (citarasa kalbu). Melalui karya ini, tampaklah pada kita wajah tasawwuf Islam yang benar, sebagaimana dilakukan orang-orang yang menempuh jalan Tuhan (Salik).
Penulisan kitab ini juga bertujuan dalam menentukan kaedah-kaedah dan dasar-dasar tasawwuf yang bersih, yang mengekspresikan tentang spiritual al-Qur'an dan esensi al-Sunnah, pokok-pokok ajaran akhlak dan keimanan berdasarkan nilai spiritual dan petunjuk Rasulullah saw.

Kitab ini sangat masyhur di kalangan ulama, khususnya ulama tasawwuf dan telah diterjemahkan dalam berbagai bahasa dunia. Kitab ini juga telah diterjemahkan dalam bahasa Melayu/Indonesia.

Kitab ini boleh dimuat turun di pautan اللمع في التصوف / اللمع في التصوف

Setelah saya seach di internet, saya dapati terjemahan kitab ini ada dijual secara online di pautan http://www.kiosislami.com/776,terjemah-kitab-al-luma-rujukan-lengkap-ilmu-tasawuf-karya-abu-nashr-as-sarraj.html .

Semoga bermanfaat.

Wednesday, March 20, 2013

al-Tabsirah fi Ushul al-Fiqh

 
Kitab al-Tabshirah fi Ushul al-Fiqh (Ulasan tentang Usul Fiqh) adalah salah satu kitab karangan Abu Ishaq al-Syirazi, salah seorang ulama penting dalam mazhab Syafi'i yang hidup pada abad 5 Hijriyah. Tema kitab ini, sebagaimana tergambar dalam judulnya, adalah mengenai ushul al-fiqh atau teori hukum Islam. Kitab ini ditulis oleh al-Syirazi sebelum kitab yang lain yang lebih ringkas dan mengenai tema yang sama, al-Luma' fi Ushul al-Fiqh (Kilatan-Kilatan Cahaya).
Kitab yang terakhir ini lebih populer di pesantren-pesantren NU. Kiai Sahal Mahfuz (Ketua MUI sekarang), misalnya, sering membaca kitab ini, entah untuk "pengajian kilat" selama bulan puasa, atau untuk pengajian biasa di luar Ramadan. Di dunia kesarjanaan Barat, kitab ini dikenal melalui terjemahan dan analisis kritis yang dikerjakan oleh sarjana Perancis Eric Chaumont dalam bukunya yang berjudul Kitab al-Luma fi Usul al-Fiqh; le Livre des Rais illuminant les fondements de la compréhension de la loi: Traité de théorie légale musulmane.

Sekedar catatan mengenai karir al-Syirazi: puncak karir intelektual al-Syirazi dicapai di Baghdad saat dia menjabat sebagai profesor di bidang fiqh mazhab Syafi'i di al-Madrasah al-Nizamiyyah atau Nizamiyyah College yang didirikan oleh Nizam al-Mulk (w. 1092), seorang perdana menteri dalam kesultanan Saljuk yang dikenal cinta ilmu. Sebagaimana kita tahu, fokus pengajaran di Madrasah Nizamiyyah di Baghdad (ada cabangnya yang lain di beberapa wilayah, seperti Nisapur) adalah kalam atau teologi menurut akidah Ash'ariyyah dan fiqh menurut mazhab Syafi'i. Madrasah ini bisa dianggap sebagai bertanggung jawab atas tersebarnya doktrin Asy'ariyyah di dunia Sunni sejak abad kelima Hijriyah.

Yang menarik adalah format kitab al-Tabsirah ini. Tidak sebagaimana karya-karya ushul fiqh belakangan, kitab ini ditulis dengan gaya dialektik atau jadal. Hampir seluruh pembahasan dalam buku ini berisi perdebatan antara posisi intelektual yang diambil al-Syirazi berhadapan dengan lawan-lawannya. Kalau kita telaah dengan cermat, gaya kitab ini persis dengan kitab al-Risalah yang ditulis oleh Imam Syafi'i. Kedua kitab itu merupakan semacam polemik untuk mempertahankan suatu tesis tertentu melawan lawan-lawan diskusi yang ada di seberang. Inilah yang disebut dengan jadal -dikenal sebagai disputatio dalam tradisi dunia Latin yang saya duga terpengaruh oleh tradisi dalam Islam.

Debat semacam ini bisa diinterpretasikan bahwa usul fiqh sebagai sebuah disiplin belum seluruhnya mapan benar pada tahap itu, yakni abad empat dan lima. Meskipun pada masa al-Syirazi, ushul fiqh tentu sudah berkembang lebih jauh dibanding pada masa Imam al-Syafi'i yang hidup dua abad sebelumnya. Karena belum seluruhnya mapan, maka dapat kita maklumi jika kita melihat perdebatan yang sengit dalam kitab itu antara al-Shirazi dan lawan-lawannya. Ini persis dengan debat antara Imam al-Syafi'i dan lawan-lawannya dalam al-Risalah (yang dianggap sebagai buku pertama yang meletakkan landasan di bidang ushul fiqh). Kita bisa menyaksikan perdebatan semacam ini dalam tahan formasi atau perkembangan awal sebuah disiplin ilmu.

Kitab al-Tabsirah ini dibuka dengan cara yang tak lazim seperti kita kenal dalam karya-karya usul fiqh dalam periode belakangan. Umumnya kitab-kitab usul fiqh yang lain dibuka dengan pembicaraan tentang pengertian mengenai ujaran Tuhan (al-khithab) dan hukum (al-hukm al-syar'i) serta karakternya. Karya al-Syirazi ini dibuka dengan sebuah pembahasan tentang teori perintah (al-amr). Ini bisa dimengerti karena "perintah" adalah fondasi dalam hukum Islam.

Ada aspek yang menarik dalam bab pembukaan tentang teori perintah ini. Meskipun secara umum al-Syirazi mengikuti doktrin Asy'ariyyah, tetapi dalam buku ini seringkali dia mengambil posisi intelektual yang independen. Dalam diskusi soal apakah perintah memiliki redaksi atau ekpresi verbal tertentu, misalnya, dia mengambil posisi yang berbeda dengan kelompok Asy'ariyyah. Menurut kelompok yang terakhir ini, perintah tidak memiliki redaksi atau ekspresi verbal tertentu. Kata "if'al" yang artinya "kerjakanlah" dan dianggap sebagai bentuk paling standar dari sebuah perintah tidak secara intrinsik mengandung efek amar atau perintah kecuali ada konteks atau bukti lain yang menyertainya -apa yang dalam ushul fiqh disebut dengan "qarinah". Ini adalah pendapat kelompok Asy'ariyyah.

al-Syirazi mengambil posisi yang berbeda. Dia berpendapat bahwa secara intrinsik ungkapan "kerjakanlah" dan semacamnya mengandung makna perintah lepas dari bukti-bukti pendukung eksternal. Dengan kata lain, ujaran mengandung makna dalam dirinya sendiri.

Dua teori ini, menurut saya, sangat menarik jika dielaborasi lebih lanjut untuk melihat asumsi-asumsi (katakan saja semacam "pre-conscious") yang dianut oleh sarjana fikih klasik tentang karakter ujaran atau bahasa. Ini tentu wilayah riset yang sangat menarik. Teori al-Syirazi agak mirip-mirip dengan teori sastra dari kalangan formalis seperti dikembangkan oleh Roman Jakobson -bahwa teks sastra bisa berdiri bendiri sebagai sebuah sistem yang lengkap tanpa mengandaikan konteks eksternal di luar dirinya. Sementara itu, teori Asy'ariyah lebih dekat dengan teori sastra kontekstual (jika istilah ini bisa dipakai). Tentu ini perbandingan yang tak seluruhnya tepat, sekedar untuk mendekatkan perdebatan klasik dalam khazanah Islam dengan perdebatan serupa di era modern.

Teori kelompok Asy'ariyah terus terang menarik perhatian saya. Tepatnya, saya lebih simpati kepada pendapat kelompok ini ketimbang pendapat al-Syirazi. Jika ujaran tidak bisa mengandung makna tanpa mempertimbangkan konteks tertentu, tentu hal ini mempunyai dampak yang sangat "radikal" dalam memahami teks-teks agama, terutama teks Quran dan Sunnah.

Secara praktis, misalnya, kita bisa mengatakan hal berikut ini: jika ada sebuah "sunnah qauliyyah" atau ujaran Nabi yang secara verbal diucapkan dalam bentuk perintah (misalnya "panjangkan jenggot"), maka ujaran itu tidak dengan sendirinya menunjuk kepada makna tertentu (dalam konteks contoh yang saya sebut di atas berarti perintah memanjangkan jenggot) tanpa melihat konteks pendukung. Ujaran itu sendiri tak mampu men-generate suatu makna atau pengertian dari dalam dirinya sendiri. Pendapat kelompok Asy'ariyyah ini jelas lebih berwatak kontekstual dan "historis".

Ini berbeda dengan pendapat al-Syirazi yang cenderung lebih "tekstual", atau tepatnya "internalistik" -dalam pengertian, suatu teks bisa menunjuk kepada suatu makna dan pengertian tertentu dari dalam dirinya sendiri.

Ini hanyalah salah satu cara untuk meng-interpretasi teks klasik dari al-Syirazi. Tentu interpretasi ini terbuka pada kritik. Saya melihat, debat soal teori perintah dalam karya klasik ushul fiqh ini sangat membantu untuk memperkaya debat-debat Islam di era modern sekarang yang dalam beberapa hal mengulang tema lama, tetapi kadang dengan argumentasi yang kurang kreatif.

Karya al-Syirazi ini menantang sarjana Muslim modern, antara lain untuk melihat bagaimana tradisi "disputatio" atau debat dialektis berlangsung dan dipraktekkan di masa klasik Islam. Al-Syirazi sendiri adalah seorang "dialectician" atau pelaku debat yang handal. Dia menulis semacam manual bagaimana seorang harus berdebat dalam lingkungan fikih. Untuk tujuan ini, dia menulis buku al-Ma'unah fi al-Jadal (Panduan untuk Berdebat).

Banyak karya yang ditulis oleh sarjana Islam klasik mengenai etika berdebat (adab al-munazarah) ini. Salah satu karya yang terkenal dalam bidang ini adalah kitab karangan seorang sarjana fikih dari lingkungan mazhab Hanbali, Ibn 'Aqil al-Hanbali, "Kitab al-Jadal 'Ala Tariqat al-Fukaha." Sayang sekali, karya-karya ini, setahu saya, sudah tak pernah lagi dibaca di pesantren atau lembaga pendidikan Islam di Indonesia.
 
Semoga catatan sederhana tentang karya al-Syirazi ini berguna.
 

Friday, March 15, 2013

Penutup Perdebatan Islam Alaf Kedua Di Dunia Melayu

“ Penutup Perdebatan Islam Alaf Kedua Di Dunia Melayu ” merupakan sebuah buku karya al-Marhum Tuan Guru Hj. Wan Mohd. Shaghir Abdullah seorang penulis yang aktif mengkaji dan menyusun karya-karya bermutu yang berkaitan dengan kitab-kitab Jawi peninggalan ulama nusantara. Berikut saya lampirkan maklumat ringkas mengenai buku “ Penutup Perdebatan Islam Alaf Kedua Di Dunia Melayu ”, yang saya nukilkan dari pautan di bawah. Semoga bermanfaat.
http://koleksikf.blogspot.com/2010/04/judul-buku-penutup-perdebatan-islam.html

 
Isi Kandungan:
Merupakan sebuah buku pembelaan untuk ulama silam dunia Melayu dari cabaran golongan intelektual Islam masa kini. Isu yang dibangkitkan ialah;
 
Bahagian pertama - Istilah Ahlus Sunnah wal Jama'ah, al-Quran dan as-Sunnah, Istilah Martabat Tujuh, Istilah as-Salaf as-Shalih, maulid barzanji, mengenai Nur Muhammad, ulama-ulama dunia Melayu, senarai nama para ulama yang membicarakan Nur Muhammad dan karangan-karangan mereka
Bahagian Kedua - Membicarakan sejarah penulisan fiqh di dunia Melayu / Asia Tenggara, pandangan Syeikh Daud bin 'Abdullah al-Fathani tentang imam mujtahid, pengertian mazhab, taqlid dan talfiq, pandangan mengenai bid'ah, pegangan yang kukuh dalam menghadapi cabaran khilafiyah
Halaman : 172 M/S
Berikut dikongsi muqaddimah penulis, yang membicarakan matlamat penghasilannya, berserta sejarah perdebatan khilafiyah di dunia Melayu dan isi kandungannya;
Cetakan 1999
PERTIKAIAN pendapat dan khilafiyah dalam Islam, sama ada diakui mahu pun tidak, ia memang sejak lama berjalan. Sama ada disengaja atau pun tidak, sama ada mengelak apatah sengaja aktif berkecimpung pada perkara itu, jika kita melibatkan diri dalam aktiviti keislaman ternyata memang tidak dapat dielakkan. Dahulunya saya aktif mengikuti perkembangan khilafiyah di beberapa tempat yang terjadi di dunia Melayu ini, di mana saja forum atau seminar khilafiyah saya akan datang. Pandangan saya dari dulu sampai sekarang sama saja, iaitu saya tidak semestinya berpihak dengan satu pihak.
Sejak akhir-akhir ini saya memang tidak berminat lagi mengikuti pertikaian pendapat. Saya berfikir bahawa masih banyak pekerjaan yang perlu, yang tidak melibatkan khilafiyah, untuk disumbangkan kepada kepentingan umat Islam. Memang pertikaian pendapat menyalah-nyalahkan orang atau pihak lain lebih banyak merugikan perpaduan ummah. Akan tetapi pada saat-saat saya berusaha untuk tidak melibatkan diri dengan perkara khilafiyah, saya diundang oleh pihak tertentu untuk kembali mempersoalkan perkara-perkara yang jauh sebelum ini diperdebatkan orang. Undangan itu disampaikan kepada saya setelah mengajar malam Ahad, bertarikh 7 Rejab 1420 H/17 Oktober 1999 M, yang disampaikan oleh salah seorang ahli pengajian. Dia menyerahkan sebuah buku kepada saya, yang memang diketahuinya bahawa dalam buku yang tersebut memang terdapat sedikit kritikan terhadap buku-buku saya. Buku yang dihadiahi itu ialah ‘Tasauf Falsafi dan Wahdatul Wujud Menurut Islam’, judul kecil di bawahnya ‘Misteri Nur Muhammad, Teori Martabat Tujuh dan Rahsia Kitab Berzanji’ (Prosiding Seminar, diterbitkan oleh Badan Perkhidmatan Penerangan Islam Selangor dan Wilayah Persekutuan (BPPI), cetakan pertama, Jun 1999.
Oleh hal-hal yang tersebut di atas, saya berasa wajib membela diri. Dengan waktu yang mesti diburu, maka saya selesaikanlah buku ini yang saya beri judul ‘PENUTUP PERDEBATAN ISLAM ALAF KEDUA DUNIA MELAYU’. Yang dimaksudkan dengan perkataan ‘ALAF KEDUA’ ialah dalam lingkungan dari 1 Januari 1001 M hingga 31 Disember 1999 M. Perdebatan perkara khilafiyah Islam di dunia Melayu telah berjalan sejak abad ke 16-17 M, iaitu bermula dari Syeikh Nuruddin ar-Raniri mengkritik ajaran Syeikh Hamzah al-Fansuri dan Syeikh Syamsuddin as-Sumatra-i dalam perkara Tasawuf.
Cetakan 2010
Syeikh Nuruddin ar-Raniri bukan berdebat kepada kedua-dua ulama dan tokoh shufi itu, kerana pada ketika itu kedua-duanya telah meninggal dunia. Bertahun-tahun lamanya Syeikh Nuruddin ar-Raniri tiada perlawanan, sempat menyelesaikan beberapa kitab yang memfokuskan sektor shufi sehingga benar-benar dipandang salah tanpa ada pembelaan. Tiba-tiba muncullah seorang shufi bernama Syeikh Saifur Rijal yang mampu berdebat dengan Syeikh Nuruddin ar-Raniri. Setelah diadakan pertarungan debat terbuka, manakala Sultanah Acheh Shafiyatuddin pula tidak berpihak dengan sesuatu pihak, ternyata Syeikh Nuruddin ar-Raniri tidak mampu berhujah melawan Syeikh Saifur Rijal. Akibat peristiwa itulah Syeikh Nuruddin ar-Raniri terpaksa meninggalkan Acheh, lalu pulang ke negerinya India.
Demikianlah salah satu di antara perjalanan debat pada abad ke 16-17. Pada abad ke 19-20, perdebatan masalah khilafiyah menjelma kembali, bukan masalah shufi saja tetapi berbagai-bagai masalah termasuk fiqh Syafi’iyah dan ‘aqidah Ahlis Sunnah wal Jama’ah aliran Hasan al-Asy’ari dan Abu Manshur al-Maturidi.
 
Untuk perdebatan yang ada sekarang, saya mulai dengan kenyataan Syeikh Khatib ‘Ali, kata beliau, “Ketahui olehmu bahawasanya fatwa-fatwa yang batal telah masuk ke negeri Minangkabau dan lain-lain negeri Hindiyah iaitu mulai pada masa tahun hijrah Nabi kita Muhammad SAW 1330 bersetuju dengan tahun Masihi 1912. Asalnya terbit daripada Rasyid Ridha Shahib Al-Manar, Kaum Wahhabiyah di Mesir. Dikembangkan oleh setengah beberapa ulama Minangkabau ini. Diambilnya oleh setengan beberapa ulama Minangkabau ini. Diambilnya daripada Al-Manar itu. Maka datang kitab Khiththah al-Mardhiyah karangan Syeikhuna asy-Syeikh Ahmad Khatib Imam asy-Syafi’iyi Makkah al-Musyarrafah buat menolaknya. Dan datang pula kitab Syawahid al-Haq dan Jawahir al-Bihar karangan Syeikh Yusuf an-Nabhani Ra’su Mahkamah Beirut…. Sekalian kitab-kitab yang tersebut itu menerangkan sesat dan batalnya fatwa-fatwa yang menyalahi mazhab yang empat. Maka berusaha pula al-haqir Muhammad ‘Ali Khatib buat mengarang kitab yang bernama Burhan al-Haq dan mengeluarkan Shuluh Melayu buat menolak segala fatwa-fatwa yang batal itu….”
 
Isu yang tersebutlah yang berjalan terus di dunia Melayu tanpa hentinya hingga sekarang ini, penghujung alaf kedua. Baik peristiwa pada abad ke 16-17 atau pun peristiwa abad ke 19-20 masih dalam lingkungan alaf yang kedua. Oleh sebab alaf yang kedua Masihi berakhir, judul buku ini saya sebut “PENUTUP ….”. Sekarang kita memasuki alaf yang ketiga Masihi, kita semua belum dapat meramalkan perdebatan Islam dalam bentuk apa pula akan terjadi sepanjang alaf itu. Oleh sebab saya yakin buku ini akan menjadi rujukan orang-orang sependapat dengan saya di dunia Melayu mulai sekarang (penghujung alaf yang kedua), sepanjang alaf yang ketiga dan alaf-alaf yang berikutnya, maka setiap terbitan ulangan buku ini (selagi saya hidup), akan saya tulis penambahan-penambahan kandungannya.
 
Buku yang diterbitkan sekarang ini sebenarnya masih belum lengkap. Tulisan tokoh-tokoh tertentu yang segenarasi dengan saya yang mempersalah-salahkan ulama silam dunia Melayu, yang tulisannya telah sampai kepada saya, sebenarnya telah saya tanggapi. Telah saya selesaikan bantahan terhadapnya dalam alaf yang kedua tetapi masih belum diterbitkan, terpaksa diterbitkan dalam alaf yang ketiga. Oleh sebab itulah, maka saya jadikan tambahan dalam buku ini juga untuk penerbitan-penerbitan ulangan. Sebab-sebab belum diterbitkan ialah kerana memelihara hubungan baik peribadi antara saya dengan tokoh-tokoh yang bersangkutan. Akan tetapi setelah saya berfikir dan terus berfikir, bahawa mereka tidak menjaga nama baik ulama-ulama yang telah berjasa. Sedangkan mereka demikian adanya, maka tiada perlulah saya masih bertahan untuk tidak menerbitkan pemikiran saya yang membela ulama-ulama silam kita
Insya-Allah, saya pastikan, sama ada dalam waktu terdekat atau teratur menurut jadwal akan saya terbitkan jua. Bahawa kita berada sekarang ini, kalaulah bukan kerana perjuangan yang gigih ulama-ulama silam kita, agama apa yang kita anut atau tahap pengenalan kita terhadap agama Islam belum tentu seperti yang ada sekarang ini. Orang-orang tertentu telah mencemarkan nama ulama-ulama silam, sedangkan setiap ulama mempunyai keturunan nasab dan keturunan murid yang sekian ramai sekaligus meninggalkan karangan-karangan berupa risalah dan kitab sebagai pedoman.
Kitab-kitab peninggalan mereka pula dipersalahkan atau pun diharamkan mempergunakannya. Tanpa disedari orang-orang tertentu tadi memutuskan tali silaturrahim antara ulama silam yang terkenal dengan keturunan nasab dan jalur murid-murid mereka dari atas hingga sekarang ini, jika propaganda pihak-pihak tertentu tadi diterima oleh mereka. Atau pun keturunan nasab ulama dan keturunan murid-murid pada mulanya menjadikan karangan ulama silam sebagai pegangan, tetapi setelah membaca tulisan-tulisan orang tertentu yang menyalahkan atau pun mengharamkan tadi, mereka memandang kitab-kitab itu sangat jijik, kerana percaya dengan tuduhan, bahawa kitab-kitab itu penuh dengan kesesatan, bid’ah dan khurafat.
 
Mereka yang pandai menyalahkan atau pun mengharamkan ternyata tiada mampu menghasilkan karya yang berpengaruh dalam masyarakat sejagat dunia Melayu. Tanpa mereka sedari, walaupun mereka mengaku bahawa mereka akan memurnikan Islam, sebenarnya adalah sebagai virus kanker perusak dan pemusnah aliran Islam yang tidak sependapat dengan mereka. Dan sekaligus sebagai perusak dan pemusnah khazanah pengkaryaan Melayu-Islam yang telah dihasilkan ulama-ulama Melayu yang telah digunakan oleh masyarakat Islam di rantau ini sejak sekian lama.
Selanjutnya dalam buku ini terdapat dua judul. Selain PENUTUP PERDEBATAN ISLAM DI DUNIA MELAYU ALAF KEDUA, judul lainnya adalah SUMBANGAN SYEIKH DAUD BIN ABDULLAH AL-FATHANI KEPADA PENGAJIAN FIQH SYAFI’IE DI ASIA TENGGARA. Judul ini adalah merupakan kertas kerja saya dalam Nadwah Ilmiah Tokoh Ulama Peringkat Kebangsaan Kali Keempat (SYEIKH DAUD BIN ABDULLAH AL-FATANI) anjuran bahagian Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri dengan kerjasama Akademi Islam Universiti Malaya, 11-13 Jamadilakhir 1412 H/ 17-19 Disember 1991 M. Kertas kerja yang tersebut belum pernah diterbitkan dalam bentuk buku.
 
Digabungkan penerbitannya dengan judul yang pertama adalah tepat pada waktunya kerana lebih memperkuat dan menyerlahkan bukti keulamaan dan ketokohan Syeikh Daud Bin Abdullah al-Fathani setelah karya beliau dikecam dalam buku berjudul ‘Tasauf Falsafi dan Wahdatul Wujud Menurut Islam’ yang telah disebutkan pada awal muqaddimah ini. Kertas kerja mengenai sumbangan Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani adalah penting sebagai pedoman untuk menghadapi khilafiyah dalam bidang fiqhiyah Syafi’iyah pada masa-masa yang akan datang.
Sekian saja kata pengantar/ muqaddimah pada terbitan yang pertama ini, mudah-mudahan perkara ikhtilaf dalam mazhab dan firqah Islam yang dibicarakan ini menjadi rahmat, janganlah hendaknya perpecahan ummah menjadi yang lebih besar.

Diselesaikan di Kuala Lumpur.

Pada Selasa, 15 Sya’ban 1420H / 23 November 1999M.

Wassalam,

Hj. Wan Mohd. Shaghir Abdullah.

Thursday, March 14, 2013

Mafahim Yajib An Tushahhah


Mafahim Yajib An Tushahhah merupakan sebuah karya besar dari seorang seorang ulama berpengaruh dari kota Makkah, berketurunan keluarga Nabi Muhammad Saw, iaitu Prof. Dr. al-Sayyid Muhammad bin 'Alwi Al-Maliki al-Hasani. Buku ini menjelaskan apa yang diakui rumit oleh ramai umat Islam. Ia menerangkan secara jelas berbagai permasalahan yang membuat ramai orang bingung kerananya. Buku ini benar-benar diakui istimewa di dalam bidangnya, serta sejalan dengan pemahaman akidah Ahlus Sunnah wal Jamaah. Dalam buku ini al-Sayyid al-Maliki mengulas berbagai permasalahan secara proporsional, menjauhi sikap berlebihan, serta bersikap adil. Beliau juga mencoba memperbaiki berbagai pemahaman keliru sambil memberikan nasihat kepada saudara-saudara kaum Muslimin dengan menggunakan berbagai dalil yang qath'i serta argumentasi yang baik, benar, dan rasional.
 
Kandungan buku ini dibahagikan  kepada 15 bab utama. Setiap bab dibahagikan pula kepada tajuk-tajuk kecil yang akan memudahkan kita dalam membaca dan memahaminya.
 
Berikut adalah judul-judul bab dalam buku ini:
 
- Ukuran untuk menilai keimanan, kekufuran dan kesesatan orang lain.
- Pengagungan antara penyembahan dan etika.
- Tentang Perantaraan
- Tasawuf: Pakaian Kepalsuan?
- Seputar Bid’ah. - Tentang Mazhab Asya-'irah
- Tentang Tawasul.
- Tentang Syafa’at
- Keistimewaan Nabi Muhammad Saw
- Hakikat Nubuwwah dan Basyariyyah
- Tentang Tabaruk
- Kehidupan Para Nabi di Alam Barzakh
- Ziarah kubur dalam pandangan ulama
- Tabaruk dan peninggalan Nabi
- Seputar peringatan hari besar Islam
 
Kitab ini boleh didownloadkan di pautan berikut ;
 
Bahasa Arab | PDF | Download |   Terjemah Bahasa Indonesia | PDF | Download |