Di
antara kitab rujukan para ulama mazhab al-Syafi’i yang ingin dikongsi bersama
pembaca ialah dua buah kitab fiqh yang digabung cetakannya dalam satu terbitan,
iaitu kitab yang berjudul “Hasyiata
Qalyubi wa ‘Umairah ‘ala Syarh al-Mahalli ‘ala Minhaj al-Thalibin” (حاشيتا قليوبي وعميرة على شرح المحلى على منهاج
الطالبين).
Kitab
ini sebenarnya merupakan gabungan dua buah kitab yang disusun oleh dua orang
tokoh ulama mazhab Syafi’I yang terkenal, iaitu;
- Kitab Hasyiah Qalyubi ‘ala Syarh
al-Mahalli ‘ala Minhaj al-Thalibin, karya al-Imam Syihabuddin Abu
al-‘Abbas Ahmad bin Ahmad bin Salamah al-Qalyubi al-Mishri (1069H). Beliau
terkenal dengan gelaran al-Qalyubi.
- Kitab Hasyiah ‘Umairah ‘ala Syarh
al-Mahalli ‘ala Minhaj al-Thalibin, karya Imam Syihabuddin Ahmad
al-Burullusi al-Mishri (907H). Beliau terkenal dengan gelaran ‘Umairah.
Kedua-dua
kitab ini merupakan dua buah hasyiah (komentar) bagi kitab Syarh al-Mahalli ‘ala Minhaj al-Thalibin
atau judul asalnya “ Kanz al-Raghibin Syarh Minhaj al-Thalibin ”, iaitu
karya al-Imam al-Hafiz Jalaluddin Muhammad bin Ahmad al-Mahalli al-Syafi’i
(864H). Beliau menyusun kitab ini sebagai syarah (huraian) bagi kitab Minhaj
al-Thalibin, karya Imam Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (). Seorang tokoh ulama terkenal
yang menjadi rujukan utama dalam mazhab al-Syafi’i.
Semenjak berlakunya penyatuan antara dua buah kitab
ini dalam penerbitannya, seolah-olah kedua-duanya hanyalah satu kitab. Dalam
beberapa cetakan kedudukan Hasyiyah al-Qalyubi biasanya diletakkan di atas
Hasyiyah ‘Umairah. Tidak diketahui secara pasti siapa yang memulakan idea penyatuan
dua hasyiah ini. Termasuk motif di sebalik penyatuan tersebut dan mengapa
dipilih kedua hasyiah ini. Setelah melalui proses pencarian dari berbagai
sumber, agaknya belum ada satu pun sumber yang berupaya memberikan sedikit cahaya
agar jawapan-jawapan yang masih cukup gelap itu sedikit terang dan terbuka. Tulisan
ini tidak lebih dari sekadar mencuba menemukan jawapan bagi semua pertanyaan
tersebut, yang semoga boleh memberikan sedikit titik terang.
Kalau kitab Minhaj al-Thalibin dengan syarahnya
Kanz al-Raghibin ini diterbitkan tanpa kedua hasyiah tersebut, barangkali cukup
satu jilid saja yang diperlukan. Tapi dengan adanya tambahan kedua-dua syarah
tersebut, beberapa penerbit mengeluarkannya dalam bentuk empat jilid relatif
tebal-tebal yang masing-masing jilidnya sekitar 370 hingga 440 halamannya.
Dari empat jilid tersebut, berikut disebutkan tema kitab dan babnya;
Jilid 1 : Muqaddimah sampai kitab al-Janaiz
Jilid 2 : Kitab al-Zakat sampai kitab al-Wakalah
Jilid 3 : Kitab al-Iqrar sampai kitab al-Thalaq
Jilid 4 : Kitab al-Raj’ah sampai kitab Ummhat al-Aulad
Kandungan kedua-dua Hasyiah
Kandungan tema kedua-dua hasyiah tersebut sudah tentu relatifnya sama. Tema
penulisan dan sistematik penyusunannya mengikuti tema-tema kitab Minhaj al-Thalibin
sebagai matan dan Kanz al-Raghibin sebagai syarah. Perkara yang membezakan
antara kedua-dua hasyiah tersebut adalah aspek kuantiti dan juga kualiti kedua-duanya.
Dari aspek kuantiti, Hasyiah al-Qalyubi lebih banyak mengandungi isi
penjelasan. Kerana sebagaimana dikatakan sendiri oleh penulisnya, bahawa dalam
hasyiahnya - beliau mengumpulkan keterangan dari pelbagai kitab hasyiah bagi
Kanz al-Raghibin dan juga berbagai kitab hasyiah bagi kitab syarah Minhaj
al-Thalibin yang lain.
Selain itu, dalam hasyiah al-Qalyubi ini terdapat pemilihan pendapat yang
mu’tamad setelah memaparkan beberapa pendapat yang ada. Hal lain yang boleh
kita dapati dalam Hasyiah al-Qalyubi adalah terdapatnya diskusi fiqh atas beberapa
argumentasi pendapat masing masing. Hanya saja kebanyakan pendapat-pendapat
tersebut tidak disandarkan kepada para pemiliknya. Dan hal ini, ternyata memang
disengajakan oleh penulis dengan tujuan mempermudah dan mempersingkat isi hasyiah.
Sedangkan apa yang ditulis oleh ‘Umairah dalam hasyiahnya, isi kandungannya relatif lebih singkat dan
hanya mengomentari perkara-perkara yang
dianggap perlu saja. Maka dari sisi penjelasan yang konfrehensif, Qalyubi boleh
dikatakan lebih unggul. Hal ini boleh difahami mengingat masa hidup Amirah yang
lebih dahulu daripada al-Qalyubi. Di mana, pada zaman Amirah jumlah hasyiah
atas kitab-kitab syafi’i tentu saja belum sebanyak zaman al-Qalyubi. Sehingga al-Qalyubi
lebih memiliki banyak bahan untuk dikaji daripada ‘Umairah. Bahkan sangat
mungkin sekali hasyiah ‘Umairah adalah salah satu bahan kajiannya al-Qalyubi.
Antara kedua-dua Penulis
Dari sumber-sumber yang terbaca, meski mereka berdua adalah termasuk fuqaha
Syafi’iyyah dari Mesir, - hanya perbezaan wilayah (‘Umairah berasal dari al-Burullus,
sedangkan al-Qalyubi dari wilayah Qalyub) – namun, tidak ada satupun maklumat
yang menyebutkan bahawa mereka berdua pernah bertemu, baik sebagai guru murid,
atau teman seperjuangan dalam menuntut ilmu.
Sebagai ulama yang sama-sama faqih, mereka berdua
sama-sama memiliki warisan intelektual dalam bidang fiqih dan ushul fiqih.
Lagi-lagi mereka memiliki sebuah kesamaan. Rata-rata karya mereka adalah
sama-sama berbentuk hasyiyah baik dalam fiqih maupun ushul fiqih.
Mengingatkan selisih antara tahun wafat mereka
berdua memang cukup jauh zamannya. iaitu sekitar satu abad dua belas tahun.
Maka tidak mungkin, disimpulkan bahawa penyatuan kedua hasyiah tersebut adalah
atas kesepakatan kedua-dua penulisnya.
Menurut pendapat para ulama tentang kedua-dua tokoh ini, ‘Umairah mendapat kedudukan tinggi dan unggul
sebagai ulama rujukan dalam mazhab Syafi’i berbanding al-Qalyubi. Dalam banyak
kesaksian para fuqaha Syafi’iyyah -meski sama-sama faqih- ‘Umairah memiliki
posisi penting dalam legaliti fatwa-fatwa ulama Syafi’iyyah berbanding al-Qalyubi.
al-Zirikli misalnya, dengan mengutip pendapat Najmuddin al-Ghazzi mengatakan bahawa
pada fiqh ‘Umairah lah kepemimpinan tahqiq mazhab Syafi’i bermuara. Selain itu,
ketika menyebutkan para fuqaha mu’tabar yang fiqihnya dijadikan sandaran
berfatwa, para ulama menyebutkan nama ‘Umairah dan para pemilik syarah dan
hasyiah yang lain tanpa menyebutkan Qalyubi. Padahal Hasyiyah al-Qalyubi selalu
hidup bersama berdua dengan Hasyiyah ‘Umairah.
Antara ulama yang menyatakan demikian misalnya Syaikh Alawi ibn Ahmad al-Sagaf
(w. 1335 H) dalam al-Fawaid al- Makkiyah dan juga Syaikh Muhammad ibn Sulaiman
Al Kurdi (w.1194 H) dalam al-Fawaid al-Madaniyah. Perkara ini jiga diikuti kemudiannya oleh Syaikh Dr. Ali Jum’ah dalam salah satu
pembahasan dalam kitabnya tentang mazhab.
Barangkali dari paparan di atas, boleh ditarik
kesimpulan bahawa Hasyiah al-Qalyubi memiliki keunggulan dalam kelengkapannya
menjelaskan Kanz Ar Raghibin dari banyak sisi dan juga memiliki rujukan yang jauh lebih kaya, bahkan boleh jadi Hasyiah
‘Umairah adalah salah satu rujukannya.
Sedangkan Hasyiyah’ Umairah memiliki keunggulan dari sisi penulisnya yang termasuk
dalam jajaran fuqaha mu’tabar sebagai rujukan fatwa dalam lingkungan mazhab Syafi’i
ketika para ulama tidak menemukan jawapan atas suatu persoalan dari para fuqaha
sebelum masa ‘Umairah.
Kemungkinan besar, masing-masing keunggulan berbeza yang dimiliki oleh kedua
hasyiah inilah yang kemudian menjadi latarbelakang disatukannya kedua-dua hasyiah
tersebut dalam satu kitab ketika
penerbitannya. Kerana itu, bagi para pembaca harus cermat saat mengutip
pernyataan dalam kitab tersebut. Pembaca harus memastikan milik siapa
pernyataan tersebut, apakah tulisan ‘Umairah ataukah tulisan al-Qalyubi. Agar
nantinya tidak terjatuh dalam kesalahan penyandaran sebuah pernyataan.
Semoga bermanfaat.