Showing posts with label Ibn Daqiq al-'Ied. Show all posts
Showing posts with label Ibn Daqiq al-'Ied. Show all posts

Tuesday, September 11, 2018

Ihkamul Ahkam Syarah Umdatul Ahkam (إحكام الأحكام شرح عمدة الأحكام)


Kitab Ihkamul Ahkam Syarah Umdatul Ahkam (إحكام الأحكام شرح عمدة الأحكام) adalah sebuah karya dalam bidang hadis hukum yang disusun oleh al-Hafizh Taqiyuddin Abu al-Fath Muhammad bin Majduddin Abu al-Husain Ali bin Wahb al-Qusyairi, yang terkenal dengan gelaran Ibnu Daqiq al-‘ Iyd  (625-702H).

Kitab ini disusun sebagai huraian (syarah) terhadap hadis-hadis hukum yang terdapat dalam kitab Umdatul Ahkam min Kalam Khairil Anaam (عمدة الأحكام من كلام خيرالأنام), karya al-Imam Taqiyuddin 'Abdul Ghani al-Maqdasi  (600H). 

Kandungan kitab Ihkamul Ahkam ini telah diimlakkan oleh Imam Ibnu Daqiq al-‘ Iyd kepada murid-murid beliau. Manakala kitab Ihkamul Ahkam yang tersebar di kalangan ulama dan penuntut ilmu adalah berdasarkan kitab yang ditulis dan dihimpun oleh murid beliau yang bernama al-Qadhi al-Wazir ‘Imamuddin Ismail bin Tajuddin Ahmad bin Sa’id Ibn al-Atsir al-Halabi (699H), yang terkenal dengan gelaran al-Katib.

Berdasarkan kitab Ihkamul Ahkam yang dterbitkan oleh Alamul Kutub, Beirut pada tahun 1987 (cetakan ke-2), ia ditebitkan dalam 2 jilid (juzuk). Kitab ini boleh dimuat turun di pautan إحكام الأحكام شرح عمدة الأحكام.


Terjemahan kitab ini

Kitab Ihkamul Ahkam ini telah diterjemahkan dalam bahasa Indonesia dan diterbitkan oleh Pustaka Azzam, Indonesia dalam dua jilid.

Wednesday, September 19, 2012

Kitab al-Ilmam fi Ahadits al-Ahkam


Kitab al-Ilmam fi Ahâdits al-Ahkam merupakan sebuah kitab yang menghimpunkan hadis-hadis hukum  yang disusun mengikut bab-bab fiqh. Kitab al-Ilmam ini adalah karya Taqiyuddin Abu al-Fath Muhammad bin Ali bin Wahb bin Muthi’ al-Mishri al-Qusyairi  yang masyhur dengan sebutan Ibnu Daqiq al-‘Ied (702H).
Hâji Khalifah berkata, “Ia  mengumpulkan matan hadits-hadits yang berkaitan dengan hukum tanpa sanad, kemudian mensyarahnya dengan baik dan memberi nama al-Imâm. Ada yang mengatakan sesungguhnya beliau tidak pernah menulis kitab hadits sejenis yang lebih bagus dari kitab ini, karena manfaat dan cara pengambilan hukumnya. Namun, ia tidak menyelesaikan kitab ini, kemudian al-Baqa’i dalam Hâsyiah kitab Alfiahnya menyebutkan bahwa ia telah menyempurnakan kitab tersebut. Hanya sedikit sahaja dari kitab al-Imam ini dijumpai setelah wafatnya. Seandainya kitab tersebut masih ada, nescaya orang tidak memerlukan lagi kitab-kitab syarah yang lain ”.
Kitab ini telah ditahqiq dan ditakhrij haditsnya oleh Husain bin Isma’il al-Jamal dan diterbitkan Dâr al-Mi’raaj di Riyadh dan cetakan pertamanya tahun 1414 H dalam dua jilid.
Di antara ulama yang mensyarah kitab ini adalah:
1.      Penulis sendiri Ibnu Daqiq al-‘Ied, sebagaimana disampaikan imam al-Hâfizh al-Dzahabi; " Syeikhul Islam (Taqiyuddin Ibn Taimiyyah) menyatakan: tidak ada seorangpun yang berbuat seperti beliau, tidak juga al-Dhiya’ dan tidak pula datuku Abu al-Barakaat ". Syarah beliau ini ditahqiq seperenamnya oleh Syeikh Abdul ‘Aziz bin Muhammad al-Sa’id sebagai disertasi Sarjananya, yang bertajuk Assunnah wa ‘Ulumuha di Universiti Imam Muhammad bin Su’ud Arab Saudi dan diterbitkan oleh Daar Athlas Riyadh tahun 1418H dalam 2 jilid. Jilid pertama berjumlah 464 halaman dan kedua berjumlah 360, tidak termasuk indeks isi dan rujukan. Hadits yang disyarah dalam dua jilid ini hanya 7 hadits saja.

2.      al-Hafizh Syamsuddin Muhammad bin Nashiriddin Ad-Damsyiqi wafat tahun 842 H.

3.      al-Qâdhi Yusuf bin Hasan al-Hamawi wafat tahun 809. Kitab ini telah diringkas oleh al-Haafizh Qathbuddin Abdulkarim bin Munayyir al-Halabi tahun 664-735 H dengan judul al-Ihtimaam Bi Talkhish kitab al-Ilmaam diterbitkan Mu`assasah Al-Kutub Ats-Tsaqafah, bairut tahun 1410 H.
Sumber: