Tuesday, March 27, 2018

QURRAH AL-'AIN BI MUHIMMAT AL-DIN (قرة العين بمهمات الدين)


Kitab Qurrah al-‘Ain bi Muhimmat al-Din (قرة العين بمهمات الدين) adalah sebuah kitab fiqh mazhab Syafi’i karya al-‘Allamah Syaikh Zaynuddin Ahmad bin Abdul Aziz bin Zaynuddin al-Malibari al-Fannani (987H). Beliau merupakan antara murid kepada  al-Imam Syihabuddin Abu al-'Abbas Ahmad bin Muhammad bin Ali bin Hajar al-Makki al-Haytami (909-973H),
  
Kitab ini merupakan ringkasan bagi kitab Manhaj al-Thullab karya Syaikh al-Islam Abu Yahya Zakariyya al-Anshari (823-926H), bagi memudahkan para pelajar menghafaznya. Syaikh Zainuddin al-Malibari kemudiannya telah menyusun sebuah karya lain sebagai huraian (syarah) bagi kitab ini melalui karyanya yang berjudul Fath al-Mu’in bi Syarh Qurrah al-'Ain. Selain huraian (syarah) oleh penyusunnya, kitab ini juga telah disyarah oleh al-‘Allamah Muhammad Nawawi al-Banteni (1230H/1813M) dengan karyanya yang berjudul Nihayah al-Zain fi Irsyad al-Mubtadi-in Syarh Qurrah al-‘Ain.

Kitab Qurrah al-‘Ain ini telah dicetak berulang kali bersama kitab-kitab syarahnya. Untuk membaca kitab ini secara berasingan atau terpisah dari kitab-kitab syarah atau hasyiahnya boleh pembaca memuat turun kitab ini di sini.

Di samping kitab syarahnya, kitab Qurrah al-‘Ain juga telah disusun dalam bentuk nazam oleh Syaikh Abu Suhail Anwar Abdullah bin Abdul Rahman al-Fadhfuri (1387-) melalui karyanya yang berjudul al-Nazhm al-Wafi fi al-Fiqh al-Syafi’i (النظم الوفي في الفقه الشافعي). Kitab yang mengandungi sebanyak 999 bait nazam ini boleh  boleh dimuat turun di sini.  

Semoga bermanfaat.

MANZHUMAH FI MA YAHILL WA YAHRAM MIN AL-HAYAWAN


Kitab Manzhumah Fi ma Yahill wa Yahram min al-Hayawan (منظومة فيما يحل ويحرم من الحيوان), merupakan sebuah karya fiqh berdasarkan mazhab Syafi’i yang membincangkan secara khusus mengenai hukum halal dan haram berkaitan dengan haiwan. Kitab yang disusun dalam bentuk nazam yang melebihi 400 bait ini adalah karya al-Imam Syihabuddin Ahmad bin ‘Imad al-Aqfahsi al-Syafi’i (750-808H), yang terkenal dengan gelaran Ibn al-‘Imad.

Kitab ini disusun oleh Imam Ibn al-‘Imad  dalam bentuk nazam bagi sebuah karya beliau yang lain yang berjudul Mukhtashar al-Tibyan Fi Ma Yahill wa Yahram min al-Hayawan (). Manakala kitab Mukhtashar al-Tibyan Fima Yahill wa Yahram min al-Hayawan pula merupakan ringkasan bagi karya beliau yang lain, yang berjudul Ahkam al-Hayawan (الـحـيـوان أحـكـام).

Kitab Manzhumah Fima Yahill wa Yahram min Hayawan ini kemudiannya telah diberikan huraian (syarah) oleh Syaikh Ahmad bin Muhammad al-Thablawi (1080H) dengan karyanya yang berjudul Fath al-Rahim al-Mannan bi Syarh Nazhm al-Tibyan fi ma Yahill wa Yahram min Hayawan ().

Kitab Manzhumah Fi ma Yahill wa Yahram min al-Hayawan ini  boleh dimuat turun di pautan  http://archive.org/download/waq78836/085_78836-04.pdf.  

Semoga bermanfaat.

Sunday, March 25, 2018

Manzhumah al-Durrah al-Muntadhirah fi Ma’fuwwi min al-Najas


Kitab Manzumah al-Durrah al-Muntadhirah fi Ma’fuwwi  min al-Najas (منظومة الدرة المنتضِرَة في المَعْفُوِّ من النجاس) adalah sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun dalam bentuk nazam oleh Syaikh al-‘Allamah Syihabuddin Ahmad al-Syarunbulali al-Syafi’i (), iaitu seorang mufti daerah Haleb, Iraq pada zamannya.

Sebenarnya kitab Manzhumah al-Durrah al-Muntadhirah ini disusun sebagai ringkasan bagi kitab Manzhumah Ibn al-‘Imad fi al-Ma’fuwat (منظومة ابن العماد في المعفوات)., karya al-Imam Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin al-‘Imad bin Yusuf al-Aqfahsi (750-808H). 

Syaikh Syihabuddin Ahmad al-Syarunbulali telah meringkaskan nazam asalnya dengan membuangkan beberapa pendapat yang dianggap lemah dalam mazhab Syafi’i (الأقوال الضعيفة في المذهب), yang telah dimasukkan oleh Imam Abu Abbas Ahmad al-Aqfahsi dalam karyanya (Manzhumah Ibn ‘Imad fi al-Ma’fuwat).

Kitab Manzhumah al-Durrah al-Muntadhirah, kemudiannya telah berikan huraian (syarah) oleh para ulama yang lain, antaranya;

a)         Syaikh Ahmad bin Ahmad bin Muhammad bin Muhammad al-Suja’i (1197H), melalui karyanya yang berjudul al-Fawaid al-Muzhirah bi Syarh al-Durrah al-Muntadhirah (الفوائد المزهِرَة بشرح الدرة المُنتضِرَة).

b)     Syaikh Abdul Aziz Khalifah al-Qushshar melalui karyanya yang berjudul al-Mukhtashar fi Syarh Manzhum al-Ma’fuwat al-Musamma al-Durrah al-Muntadhirah (المختصر في  شرح منظومة المعفوات المسماة الدرة المنتضرة). 

Semoga bermanfaat.

Friday, March 23, 2018

Kitab Fiqh Mazhab Syafi’i Dalam Bentuk Nazham (المنظومات)


Insya Allah dalam catatan ini akan disenaraikan kitab-kitab fiqh mazhab Syafi’i yang disusun dalam bentuk nazam. Terdapat dua jenis penyusunan kitab berbentuk nazam, iaitu;    a) karya asal penyusun.   b) disusun berdasarkan kitab yang lain. Setiap kitab akan disenaraikan mengikut nama pengarangnya, Semoga bermanfaat.

1.    al-‘Allamah Abu Abdullah Muhammad bin Ali bin Muhammad al-Hasan al-Rahbiy al-Syafi’i (557H), yang terkenal dengan gelaran Ibn al-Mutqinah;
a)     Matan al-Rahabiyyah (متن الرحبية), karya. Kitab ini adalah sebuah karya fiqh mengenai ilmu al-Faraid atau al-Mawaris (pusaka dalam Islam), yang disusun dalam bentuk nazam sebanyak 176 bait. Baca lagi di sini.

2.    al-Imam al-Qadhi Shafiyuddin Ahmad bin ‘Umar al-Mazjad al-Zabidi al-Syafi’i (929H);
a)    Tuhfah al-Thullab fi Nazm Masa-il al-Irsyad (تحفة الطلاب في نظم مسائل الإرشاد), dengan baitnya sebanyak 584. Kitab ini disusun berdasarkan kandungan kitab al-Irsyad, karya al-Imam Isma’il bin Abu Bakr Abdullah, yang terkenal dengan nama Ibn al-Muqri (837H). Manuskrip kitab ini boleh dimuat turun di pautan https://archive.org/details/abusalim604_gmail_20131217.

3.    Syihabuddin Ahmad bin Saifuddin Baylabak al-Zhahiri (753H).
a)  Rawdh al-Nazih fi Nazhm al-Tanbih (الروض النزيه في نظم التنبيه). Kitab ini disusun berdasarkan kandungan kitab al-Tanbih (التنبيه), karya al-Imam Abu Ishaq al-Syairazi (476H). Manuskrip kitab ini boleh dimuat turun di pautan http://www.archive.org/download/nadmtanbih/nadmtanbih.pdf

4.    Abu Muhammad Abdul ‘Aziz bin Ahmad bin Sa’id al-Damiri al-Dirini al-Mishri  (612/613-694H);
             a) Nazhm al-Tanbih,

5.    al-Hafizh Zaynuddin  Abdul Rahim bin al-Husain al-‘Iraqi (806H).
a)   Manzhumah fi al-Shuwar allati Yastahibb Fiha al-Wudhuk (منظومة في الصور التي يستحب فيها), karya Ia kemudiannya telah diberikan huraian oleh anaknya Imam Waliyuddin Abu Zur’ah Ahmad (826H).  Kitab ini boleh dimuat turun di pautan http://archive.org/download/waq98555/100_98555-05.pdf.

6.    al-‘Allamah al-Sayyid Abu Bakr bin Ahmad bin Abu al-Qasim al-Ahdal al-Yamani (984-1025H);

a)  Tuhfah al-Nusuk  bi Nazhm Muta’lliqat al-Siwak (تحفة النساك بنظم متعلقات السواك), Karya Kitab ini boleh dimuat turun di pautan http://archive.org/download/waq78836/084_78836-03.pdf.

b)    Manhah al-Wahhab bi Nazhm Tahrir Tanqih al-Lubab. Ia disusun dalam bentuk nazam  yang melebihi 4 ribut bait, sebagai manzumah  bagi kitab Tahrir Tanqih al-Lubab  karya Syaikhul Islam al-Qadhi Abu Yahya Zakariyya  al-Anshari  (926H).

c)   Nafhah al-‘Abir fi Nazhm al-Tahrir. Kitab ini merupakan ringkasan bagi kitab Manhah al-Wahhab bi Nazhm Tahrir Tanqih al-Lubab.

d)    al-Fara-id al-Bahiyyah Fi Nuzum al-Qawa'id  al-Fiqhiyyah
                                                                                                                       
7.    al-Imam Syihabuddin Ahmad bin ‘Imad al-Aqfahsi al-Syafi’i (750-808H);

a)  Manzhumah [al-Tibyan] Fima Yahill wa Yahram min al-Hayawan (منظومة فيما يحل ويحرم من الحيوان). Kitab ini boleh dimuat turun di pautan http://archive.org/download/waq78836/085_78836-04.pdf. Maklumat lanjut baca di sini.

b)  Manzumah Ibn al-‘Imad fi al-Ma’fuwat (منظومة ابن العماد في المعفوات), karya al-Imam Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin al-‘Imad bin Yusuf al-Aqfahsi (750-808H). Baca lagi di sini.

8.    al-Imam Syarafuddin Yahya al-‘Imrithi al-Syafi’i (989H);
a)  Nihayah al-Tadrib fi Nazhm Ghayah al-Taqrib (نهاية التدريب في نظم غاية التقريب), Ia disusun berdasarkan matan kitab al-Ghayah wa al-Taqrib fi al-Fiqh al-Syafi’i (الغاية والتقريب في الفقه الشافعي) karya al-Qadhi Abu Syuja’ (). Kitab ini boleh dimuat turun di pautan http://www.archive.org/download/waq7561/7561.pdf.

b)  al-Taysir fi Nazhm al-Tahrir fi al-Fiqh al-Syafi’i Kitab ini disusun berdasarkan kitab al-Tahrir fi al-Fiqh al-Syafi’i () karya Syaikh al-Imam Abu Yahya Zakariyya al-Anshari ()
.
9.    al-Imam Ahmad bin Husain, yang terkenal dengan gelaran Ibn Raslan al-Ramli (844H);
a)    Alfiyah al-Zubad (ألفية الزيد ). Maklumat lanjut mengenai kitab ini baca di sini.. Kitab ini boleh dimuat turun di pautan http://www.archive.org/download/alfi...iyat-zobad.pdf.

10. al-Imam ‘Alamuddin al-Sakhawi (643H);
a)  Tuhfah al-Faraidh  wa Thurfah al-Muhazzab al-Murtadh (المرتاض  تحفة الفرّاض وطُرفة المهذب), Manuskrip kitab ini boleh dimuat turun di pautan http://www.aljazi.org/taib/man/to7ft-farrad.rar.

11. al-‘Allamah al-Syaikh ‘Ali bin Ahmad al-‘Azizi al-Bulaqi al-Syafi’i (1070H/1660M).
a)    Manzhumah al-‘Azizi fi Masa-il al-Jama’ah (منظومة العزيزي في مسائل الجماعة). Maklumat lanjut dengan mengenai kitab ini baca di sini.

12. Zaynuddin Abu Hafsh ‘Umar bin al-Muzaffar bin ‘Umar al-bin al-Wardi Mu’arri al-Kindi (749H);
a)    al-Bahjah al-Wardiyyah (البهجة الوردية).
Ia merupakan ringkasan dalam bentuk nazam bagi kitab al-Hawi al-Shaghir (الحاوي الصغير) karya Imam Najmuddin Abdul Gaffar bin Abdul Karim al-Qazwaini al-Syafi’i (575-665H). Maklumat lanjut baca di sini. 

13. ‘Imaduddin Abu al-Fida’ Ismail bi Ali bin Mahmud al-Malik al-Ayyubi (672-732H).
a)    Nazhm al-Hawi ().  Ia merupakan ringkasan dalam bentuk nazam bagi kitab al-Hawi al-Shaghir (الحاوي الصغير) karya Imam Najmuddin Abdul Gaffar bin Abdul Karim al-Qazwaini al-Syafi’i (575-665H). 

14. Syaikh Mustafa bin Usman al-Jawi al-Qaruti, seorang ulama dari Garut, Indonesia;
a)   al-Fath al-Mubin ‘ala Muqaddimah al-Sittin (الفتح المبين على مقدمة الستين), karya. Kitab al-Fath al-Mubin ini disusun oleh Syaikh Mustafa bin Usman al-Jawi al-Qaruti dalam bentuk nazam (al-Manzhumah) berdasarkan Matn al-Sittin Mas-alah (الستين مسألة), iaitu sebuah matan fiqh yang disusun oleh al-Imam al-‘Alim Abu al-‘Abbas Ahmad al-Zahid (819H).  Kitab al-Fath al-Mubin ini telah diberikan huraiannya oleh ‘Allamah al-Syaikh Abu al-Mu’thi Muhammad Nawawi al-Bantani al-Jawi (1316H/1898M)melalui karya yang berjudul al-‘Aqd al-Tsamin Syarh ‘ala al- Manzhumat  Musamma bi al-Fath al-Mubin  (العقد الثمين شرح منظومة الستين مسألة المسماة الفتح المبين).

15.  al-Hafizh Jalaluddin Abdul Rahman bin Abu Bakr al-Suyuthi (911H);

a)    al-Khulashah fi Nazhm al-Rawdhah (). al-Hafizh al-Suyuthi telah membuat huraian (syarah) kitab ini dengan karya beliau yang lain, yang berjudul Raf’u al-Khashashah Syarh al-Khulashah ().

b)    al-Ibtihaj ila Nazhm al-Minhaj (),

16. al-Imam Taqiyuddin Abu Bakr bin Qadhi ‘Ajlun al-Syafi’i (928H)
            a) Nazhm Ghayah al-Ikhtishar ().

17. Syamsuddin Abu ‘Abdullah, Muhammad bin Abd al-Da-im bin Musa al-‘Asqalani al-Birmawi al-Mishri (831H)
a)    al-Manzhumah fi al-Fara-idh,

18. Abu al-Nur Abdullah bin Makki bin Abdul Hamid;
a)   al-Durr al-Tsamin fi Nazhm al-Masa-il al-Sittin (الدر الثمين في نظم المسائل الستين).

19. Muhammad bin Ahmad al-Jamal al-Mahalli (selepas 1302H);
a)    al-Fara-id al-Mujammalah Nazhm al-Sittin Mas-alah (الفرائد المجملة نظم الستين مسألة.). Syaikh Muhammad al-Jamal kemudiannya telah menghuraikan kitab ini melalui karya beliau yang berjudul al-Fawa-id al-Mukammalah bi Syarh al-Fara-id al-Mujammalah (الفوائد المكملة بشرح الفرائد المجملة).

20. Muhammad bin Abdul Qadir al-Ahdal (1324H);
a)    Ithaf al-Mubtadin bi Nazhm al-Masa-il al-Sittin (إتحاف المبتدين بنظم المسائل الستين).

21.  Syaikh al-‘Allamah Syihabuddin Ahmad al-Syarunbulali al-Syafi’i (), iaitu  seorang mufti daerah Haleb, Iraq;
a) Manzumah al-Durrah al-Muntadhirah fi Ma’fuwa min al-Najas (منظومة الدرة المنتضِرَة في المَعْفُوِّ من النجاس). Ia merupakan ringkasan bagi kitab Manzumah Ibn al-‘Imad fi al-Ma’fuwat (منظومة ابن العماد في المعفوات),, karya al-Imam Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin al-‘Imad bin Yusuf al-Aqfahsi (750-808H). Maklumat lanjut mengenai kitab ini baca di sini.

22. al-Allamah Abu Abdullah Muhammad bin al-Zhahiri al-Syafi’i ();
a)   al-Kifayah fi Nazhm al-Ghayah. Ia disusun berdasarkan kitab  al-Ghayah al-Qushwa fi Dirayah al-Fatwa (الغاية القصوى في دراية الفتوى)  Qadhi al-Qudhat Nashiruddin Abdullah bin Umar bin Muhammad bin Ali al-Baydhawi al-Syairazi (685H). 

23. al-Sayyid al-‘Allamah Abdullah bin Husain bin Thahir al-‘Alawi al-Husaini (1272H)
a)  al-Adhwa’ al-Lami’ Nazhm al-Risalah al-Jami’ah wa al-Tazkirah al-Nafi’ah (نظم الرسالة الجامعة والتذكرة النافعة ). Ia disusun berdasarkan kitab al-Risalah al-Jami’ah wa al-Tazkirah al-Nafi’ah (نظم الرسالة الجامعة والتذكرة النافعة ) karya al-‘Allamah al-Sayyid Ahmad bin Zain bin ‘Alawi bin Ahmad al-Habsyi (1069-1145H), seorang tokoh ulama terkenal mazhab Syafi’i dari Hadhramaut, Yaman.

24. Syaikh Abu Suhail Anwar Abdullah bin Abdul Rahman al-Fadhfuri (1387-);
a)  al-Nazhm al-Wafi fi al-Fiqh al-Syafi’i (النظم الوفي في الفقه الشافعي). Ia merupakan ringkasan dalam bentuk nazam bagi kitab Qurrah al-‘Ain fi al-Fiqh al-Syafi'i karya al-‘Allamah Zaynuddin bin Muhammad al-Malibari al-Fannani (938-).Terdapat 999 bait dalam kitab ini. Kitab ini boleh dimuat turun di sini.





MATAN AL-RAHBIYYAH (متن الرحبية)


Matan al-Rahbiyyah (متن الرحبية) atau judul asalnya Bughyah al-Bahits  ‘an  Jumal al-Mawarits (بغية الباحث عن جُمل الموارث) sebuah karya fiqh mengenai ilmu al-Faraid atau al-Mawaris (pusaka dalam Islam), yang disusun dalam bentuk nazam sebanyak 176 bait. Kitab ini disusun oleh al-‘Allamah Abu Abdullah Muhammad bin Ali bin Muhammad al-Hasan al-Rahabiy al-Syafi’i (557H), yang terkenal dengan gelaran Ibn al-Mutqinah.

Kitab faraid yang disusun berdasarkan mazhab Syafi’i ini, mendapat perhatian yang besar di kalangan para ulama. Bukan sahaja di kalangan ulama mazhab Syafi’i, bahkan juga di kalangan para ulama mazhab yang lain seperti mazhab Maliki dan Hanbali. Kitab ini menjadi rujukan dan telah diberikan huraian oleh para ulama melalui karya-karya mereka.

Antara para ulama yang telah menyusun kitab huraian (syarah) bagi matan al-Rahabiyyah ialah;

1.  Syaikh Abdullah bin Muhammad al-Syansyuri al-Syafi’i (999H), melalui karyanya yang berjudul al-Fawa-id al-Syansyuriyyah fi Syarh al-Manzhumah al-Rahbiyyah (الفوائد الشنشورية في شرح المنظومة الرحبية) [1].

2.  Syaikh Radhiyuddin Abu Bakr Ahmad bin Abdul Rahman al-Basti melalui karyanya Syarh al-Rahbiyyah[2].

3.    Syaikh Muhammad bin Muhammad bin Ahmad bin Badruddin al-Dimasyqi al-Mishri al-Syafi’i (907H)[3], melalui karyanya Syarh al-Rahabiyyah.

Matan al-Rahbiyyah boleh dimuat turun di pautan متن الرحبية. Manakala kitab al-Fawa-id  Syansyuriyyah… boleh dimut turun di pautan الفوائد الشنشورية في شرح المنظومة الرحبية.

Semoga bermanfaat.




[1] Kitab ini telah diberikan kometar (hasyiah) oleh Syaikh Ibrahim al-Bajuri melalui karyanya yang berjudul (التحفة الخيرية على الفوائد الشنشورية).
[2] Huraiannya yang ringkas
[3] Beliau adalah cucu kepada Jamaluddin Abdullah bin Khalil bin Yusuf al-Mardiniy. 

Monday, March 19, 2018

Manzhumah al-Sittin Mas-alah al-Musammat bi al-Fath al-Mubin


Kitab Manzhumah al-Sittin Mas-alah al-Musammat bi al-Fath al-Mubin (منظومة الستين مسألة المسماة بالفتح المبين) adalah sebuah karya Syaikh Mustafa bin Usman al-Jawi al-Qaruti, seorang ulama dari Garut, Indonesia. Kitab ini disusun oleh Syaikh Mustafa bin Usman al-Jawi al-Qaruti  dalam bentuk nazam (al-Manzhumah) berdasarkan Matn al-Sittin Mas-alah ( الستين مسألة ) .

Manakala kitab al-Sittin Mas-alah pula merupakan satu kitab fiqh mazhab Syafi’i yang ringkas, yang menghimpunkan enam puluh permasalahan agama yang berkaitan dengan akidah dan fiqh yang perlu diketahui oleh umat Islam. Kitab ini merupakan hasil karya al-Imam al-‘Alim Abu al-‘Abbas Ahmad al-Zahid (819H).

Kitab terkenal sebagai al-Fath al-Mubin ini telah diberikan huraian (syarah) oleh  al-‘Allamah al-Syaikh Abu al-Mu’thi Muhammad Nawawi al-Bantani al-Jawi (1316H/1898M) melalui karya berliau yang berjudul  al-‘Aqd al-Tsamin Syarh ‘ala al- Manzhumah Musamma bi al-Fath al-Mubin (العقد الثمين شرح منظومة الستين مسألة المسماة الفتح المبين).

Semoga bermanfaat,

Tuesday, March 13, 2018

QURRAH AL-'UYUN BI SYARH NUZHUM IBN YAMUN FI ADAB AL-NIKAH


Kitab Qurrah al-‘Uyun (قرة العيون) atau judul lengkapnya Qurrah al-‘Uyun bi Syarh Nuzhum Ibn Yamun fi Adab al-Nikah wa Ma Yatallaq bihi Mimma Yajib wa Yubah (قرة العيون بشرح نظم ابن يامون في آداب النكاح وما يتعلق به مما يجب أو يباح ) adalah sebuah karya yang membincangkan mengenai pernikahan menurut agama Islam. 

Kitab ini disusun oleh Syaikh al-Faqih Abu Abdullah Muhammad al-Tihami bin al-Madani Kannun al-Idrisi al-Husaini al-Fasi (1323H) sebagai huraian (syarah) bagi nazam yang disusun oleh Syeikh al-Imam al-‘Allamah al-Hammam Abu Muhammad Sayyid Qasim Bin Ahmad Bin Musa Bin Yamun al-Talidi al-Akhmasyi (), yang terkenal dengan gelaran Ibn Yamun.

Kandungan kitab ini memuatkan beberapa fasal mengenai tatacara dalam membina rumah tangga yang menepati ajaran Islam. Berikut beberapa perkara yang dibincangkan dalam kitab ini;

1. Nikah dan Hukumnya.  
2. Beberapa hal yang positif dalam perkahwinan (nikah) 
3. Perkara yang perlu dilakukan dalam menikah
4. Mencari waktu yang tepat untuk melakukan hubungan intim
5. Sekitar penyelenggaraan majlis perkawinan(walimah) 
6. Tentang tata krama melakukan hubungan intim
7. Tentang etika dan cara-cara yang nikmat dalam melakukan hubungan intim
8. Tentang berdandan dan kesetiaan isteri
9. Tentang posisi, cara untuk mencapai puncak kenikmatan dan do`a dalam bersetubuh
10. Tentang makanan yang perlu dijauhi saat sedang berbulan madu dan ketika isteri hamil
11. Beberapa perkara hal yang perlu dilakukan ketika hendak melakukan hubungan intim
12. Kewajiban suami terhadap isteri dalam memberi nafkah batin.
13. Posisi dalam bersetubuh yang perlu dihindari.
14. Batas-batas yang diharamkan dan dihalalkan dalam hubungan intim dengan isteri
15. Memilih waktu yang tepat dan hal-hal lainnya yang perlu diperhatikan dalam hubungan          intim.
16. Perkara larangan bagi orang yang sedang junub
17. Tentang orang yang hendak bersetubuh dua kali dan hal-hal yang perlu di perhatikan     dalam bersetubuh
18. Suami isteri harus saling memuliakan dan saling menghormati antara sama lain.
19. Kewajiban suami terhadap isteri dan seluruh anggota keluarganya dalam membina rumah tangga.
20. Suami dan isteri wajib mendidik anak mereka agar menjadi anak yang berbudi luhur

Kitab Qurrah al-‘Uyun ini telah diterbitkan terjemahannya ke dalam Bahasa Melayu dan Indonesia oleh beberapa syarikat penerbitan.

Kitab Qurrah al-‘Uyun (Arab) boleh dibaca dan dimuat turun di http://www.archive.org/download/abuyaala_nikah_yamun/nikah_yamun.pdf

Manakala terjemahannya boleh dibaca secara atas talian di https://terjemahan-qurratul-uyun.blogspot.my/

Semoga bermanfaat.