Sunday, March 11, 2018

AL-FUTUHAT AL-RABBANIYYAH 'ALA AL-AZKAR AL-NAWAWIYYAH


Kitab al-Futuhat al-Rabbaniyyah ‘ala al-Azkar al-Nawawiyyah (الفتوحات الربانية على الأذكار النواوية), karya al-Allamah Syeikh Muhammad bin ‘Allan al-Siddiqi al-Syafi’i (1057H). Beliau terkenal dengan gelaran Ibnu 'Allan al-Shiddiqi.

Kitab ini merupakan kitab yang menghuraikan kandungan kitab al-Azkar agak terperinci. Ibn ‘Allan telah mentakhrij hadis-hadis yang terdapat dalam kitab al-Azkar dan menghuraikan maksud hadis-hadis di dalamnya. Kitab ini dianggap sebagai kitab pertama yang menghuraikan (mensyarah) isi kandungan kitab al-Azkar. Kitab ini telah dicetak oleh kebanyakan penerbit sebanyak 7 jilid.

Kitab ini boleh dibaca dan didownload di pautan berikut:  http://archive.org/details/futohat

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Bahjah al-Nufus wa Ghayatuha (بهجة النفوس وغايتها)

Kitab Bahjah al-Nufus wa Ghayatuha [1] bi Ma'rifati Ma Laha wa 'Alaiha ( بهجة النفوس وغايتها بمعرفة ما لها وما عليها ) merupa...