Matan al-Rahbiyyah (متن الرحبية) atau judul asalnya Bughyah al-Bahits ‘an Jumal al-Mawarits (بغية الباحث عن جُمل الموارث)
sebuah karya fiqh mengenai ilmu al-Faraid atau al-Mawaris (pusaka dalam Islam),
yang disusun dalam bentuk nazam sebanyak 176 bait. Kitab ini disusun oleh
al-‘Allamah Abu Abdullah Muhammad bin Ali bin Muhammad al-Hasan al-Rahabiy
al-Syafi’i (557H), yang terkenal dengan gelaran Ibn al-Mutqinah.
Kitab faraid yang disusun berdasarkan mazhab Syafi’i
ini, mendapat perhatian yang besar di kalangan para ulama. Bukan sahaja di
kalangan ulama mazhab Syafi’i, bahkan juga di kalangan para ulama mazhab yang
lain seperti mazhab Maliki dan Hanbali. Kitab ini menjadi rujukan dan telah
diberikan huraian oleh para ulama melalui karya-karya mereka.
Antara para ulama yang telah menyusun kitab huraian
(syarah) bagi matan al-Rahabiyyah ialah;
1. Syaikh Abdullah bin Muhammad al-Syansyuri al-Syafi’i
(999H), melalui karyanya yang berjudul al-Fawa-id al-Syansyuriyyah fi Syarh
al-Manzhumah al-Rahbiyyah (الفوائد الشنشورية
في شرح المنظومة الرحبية) [1].
2. Syaikh Radhiyuddin Abu Bakr Ahmad bin Abdul Rahman
al-Basti melalui karyanya Syarh al-Rahbiyyah[2].
3. Syaikh Muhammad bin Muhammad bin Ahmad bin Badruddin
al-Dimasyqi al-Mishri al-Syafi’i (907H)[3],
melalui karyanya Syarh al-Rahabiyyah.
Matan al-Rahbiyyah boleh dimuat turun di pautan متن الرحبية.
Manakala kitab al-Fawa-id Syansyuriyyah…
boleh dimut turun di pautan الفوائد الشنشورية في شرح المنظومة الرحبية.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment