Sunday, March 25, 2018

Manzhumah al-Durrah al-Muntadhirah fi Ma’fuwwi min al-Najas


Kitab Manzumah al-Durrah al-Muntadhirah fi Ma’fuwwi  min al-Najas (منظومة الدرة المنتضِرَة في المَعْفُوِّ من النجاس) adalah sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun dalam bentuk nazam oleh Syaikh al-‘Allamah Syihabuddin Ahmad al-Syarunbulali al-Syafi’i (), iaitu seorang mufti daerah Haleb, Iraq pada zamannya.

Sebenarnya kitab Manzhumah al-Durrah al-Muntadhirah ini disusun sebagai ringkasan bagi kitab Manzhumah Ibn al-‘Imad fi al-Ma’fuwat (منظومة ابن العماد في المعفوات)., karya al-Imam Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin al-‘Imad bin Yusuf al-Aqfahsi (750-808H). 

Syaikh Syihabuddin Ahmad al-Syarunbulali telah meringkaskan nazam asalnya dengan membuangkan beberapa pendapat yang dianggap lemah dalam mazhab Syafi’i (الأقوال الضعيفة في المذهب), yang telah dimasukkan oleh Imam Abu Abbas Ahmad al-Aqfahsi dalam karyanya (Manzhumah Ibn ‘Imad fi al-Ma’fuwat).

Kitab Manzhumah al-Durrah al-Muntadhirah, kemudiannya telah berikan huraian (syarah) oleh para ulama yang lain, antaranya;

a)         Syaikh Ahmad bin Ahmad bin Muhammad bin Muhammad al-Suja’i (1197H), melalui karyanya yang berjudul al-Fawaid al-Muzhirah bi Syarh al-Durrah al-Muntadhirah (الفوائد المزهِرَة بشرح الدرة المُنتضِرَة).

b)     Syaikh Abdul Aziz Khalifah al-Qushshar melalui karyanya yang berjudul al-Mukhtashar fi Syarh Manzhum al-Ma’fuwat al-Musamma al-Durrah al-Muntadhirah (المختصر في  شرح منظومة المعفوات المسماة الدرة المنتضرة). 

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment