Kitab al-Imta’ bi Syarh Matn Abi Syuja’ (الإمتاع بشرح متن أبي شجاع) adalah
sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh Syeikh Dr Hisyam al-Kamil
Hamid Musa (1972-) – seorang ulama dari Mesir.
Kitab ini telah diterbitkan oleh Dar al-Manar, Mesir – dengan cetakan
pertamanya pada 2011/ 1432H. Kandungan kitab ini merangkumi 445 halaman.
Kitab al-Imta’ ini disusun sebagai huraian bagi kitab Matn
Abi Syuja’ (متن أبي شجاع), iaitu sebuah matan fiqh mazhab yang terkenal yang
disusun oleh al-Qadhi Abu Syuja’ Ahmad bin al-Husain bin Ahmad al-Ashfahaniy (593
H).
Secara bahasa, al-imta’ bermakna sesuatu yang dinikmati dan
bermanfaat. Ini sesuai dengan harapan penyusunnya Syeikh Hisyam Kamil, yang mengharapkan
kitab ini bermanfaat dan dinikmati oleh para pemula yang ingin menekuni fikih
dalam mazhab Imam Syafii rahimahullah.
Kitab ini
boleh dimuat turun di pautan http://www.almeshkat.net/books/archive/books/Al-Imta.pdf
Semoga bermanfaat.