Showing posts with label Taqiyuddin al-Subki. Show all posts
Showing posts with label Taqiyuddin al-Subki. Show all posts

Friday, April 3, 2015

Fatawa al-Subki


Di antara kitab fiqh  terkenal  dalam mazhab al-Syafi’i  adalah kitab “ Fatawa al-Subki  fi Furu al-Fiqh al-Syafi ”   (فتاوى السبكي في فروع الفقه الشافعي).  Kitab yang disusun dalam bentuk soal-jawab ini merupakan sebuah karya yang menghimpunkan beberapa fatwa yang pernah dikeluarkan oleh al-Imam Taqiyuddin Abu al-Hasan ‘Ali bin ‘Abdul Kafi al-Subki al-Syafi’i (683-756H).

Fatwa-fatwa ini dihimpunkan kembali dari fatwa-fatwa yang pernah ditulis sendiri oleh al-Imam Taqiyuddin al-Subki. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa fatwa dalam permasalahan tertentu yang dinisbahkan kepada anak beliau, iaitu al-Imam Tajuddin Abu Nasr Abdul Wahhab bin ‘Ali al-Subki (727-771H).

Selain fatwa yang berkaitan dengan fiqh, kandungan kitab ini juga ada merakamkan beberapa fatwa yang berkaitan dengan tafsir beberapa ayat al-Quran. Kitab fatwa ini telah diterbitkan dalam dua juzuk (jilid).

Kitab ini boleh dimuat turun di pautan berikut;   الواجهة, الجزء الأول, الجزء الثاني. Semoga bermanfaat.

Monday, October 1, 2012

Kitab Ma’na Qaul Imam al-Muthallibi Iza Shahha al-Hadits Fahuwa Mazhabi


Salah satu kata-kata Imam Syafi’i yang sangat terkenal ialah:

 
اذا صح الحديث فهو مذهبي

 
Maksudnya: “ Apabila sahih sesuatu hadis, maka ia adalah mazhabku ”.


Sebenarnya kata-kata ini hampir serupa juga dengan kata-kata yang diucapkan oleh Imam-imam Mujtahid sebelum Imam Syafii. Walaubagaimana pun, banyak pihak yang salah mengertikan makna sebenar kata-kata Imam Syafi’i tersebut. Kata-kata ini sering dijadikan hujah atau bukti  sebahagian golongan yang mengatakan bahawa Imam Syafi'i melarang taqlid kepada pendapat beliau.

Ramai para ulama telah menerang dan menjelaskan maksud atau makna yang dikehendaki dengan kata-kata Imam al-Syafi'i ini. Imam Abu Zakariya al-Nawawi  menghuraikan dengan panjang lebar maksud perkataan Imam yang agung ini dalam kitab beliau Majmuk Syarah Muhazzab. Bahkan ada sebahagian ulama yang mengarang kitab secara khusus menjelaskan perihal kalimat tersebut.

Di antara kitab yang secara khusus menerangkan hal tersebut adalah kitab Ma’na Qaul Imam al-Muthallibi  Iza Shahha al-Hadits Fahuwa Mazhabi  karya Imam  Syaikh al-Islam al-Taqiyuddin Abu al-Hasan 'Ali bin Abdul Kafi al-Subki (683-756H).
 
Nah kini kami menampilkan file kitab tersebut dengan format pdf yang dicetak oleh Maktabah Qurthubiyah. Sebenarnya dalam cetakan ini sebelumnya ada satu muqaddimah kitab ini yang menerangkan beberapa masalah yang sangat diperlukan untuk memperdalami makna kalimat ini. Namun dalam file yang ada pada kami muqaddimah tersebut tidak disertakan sehingga lembaran yang pertama di mulai dari halaman 77. Namun dari pada tidak ada, file kitab ini tetap boleh menjadi satu wadah penambah koleksi file-file kitab klasik.