Di
antara kitab fiqh terkenal dalam mazhab al-Syafi’i adalah kitab “ Fatawa al-Subki fi Furu al-Fiqh al-Syafi ” (فتاوى السبكي في فروع الفقه الشافعي). Kitab yang disusun dalam bentuk soal-jawab
ini merupakan sebuah karya yang menghimpunkan beberapa fatwa yang pernah
dikeluarkan oleh al-Imam Taqiyuddin Abu al-Hasan ‘Ali bin ‘Abdul Kafi al-Subki
al-Syafi’i (683-756H).
Fatwa-fatwa
ini dihimpunkan kembali dari fatwa-fatwa yang pernah ditulis sendiri oleh al-Imam
Taqiyuddin al-Subki. Walau bagaimanapun terdapat juga beberapa fatwa dalam
permasalahan tertentu yang dinisbahkan kepada anak beliau, iaitu al-Imam
Tajuddin Abu Nasr Abdul Wahhab bin ‘Ali al-Subki (727-771H).
Selain
fatwa yang berkaitan dengan fiqh, kandungan kitab ini juga ada merakamkan
beberapa fatwa yang berkaitan dengan tafsir beberapa ayat al-Quran. Kitab fatwa
ini telah diterbitkan dalam dua juzuk (jilid).
Kitab ini boleh dimuat turun di pautan berikut; الواجهة, الجزء الأول, الجزء الثاني. Semoga
bermanfaat.
No comments:
Post a Comment