Kitab
“ Fatawa al-Bulqini ” (فتاوى البلقيني )
atau judul asalnya “ al-Tajarrud
wa al-Ihtimam bi Jam’i Fatawa al-Walid Syaikh al-Islam ( الوالد شيخ الإسلام بجمع فتاوى التجرد والاهتمام ) merupakan sebuah kitab yang
menghimpunkan fatwa-fatwa yang pernah dikeluarkan oleh Syaikh al-Islam al-Imam Sirajuddin Abu Hafsh ‘Umar
bin Raslan bin Nasir bin Salih al-Bulqini (805H), seorang tokoh ulama terkenal
dalam mazhab al-Syafi’i, yang digelar Mujaddid abad ke 8 Hijrah.
Kitab
yang terkenal dengan judul Fatawa al-Bulqini, usaha penyusunannya tidak
dilakukan sendiri oleh Syaikhul Islam al-Bulqini. Usaha penyusunan karya yang
bermanfaat ini, sebenarnya dilakukan oleh anak beliau iaitu al-Imam ‘Alamuddin
Saleh bin ‘Umar al-Bulqini (868H).
Terdapat
900 permasalahan yang penting mengenai kehidupan manusia yang diterangkan dalam
kitab ini. Jawapan yang diberikan oleh Syaikhul Islam dalam sesuatu
permasalahan ada yang agak panjang penjelasannya, dan ada juga yang agak ringkas.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment