Kitab
al-Khadim li al-Rawdhah atau judul lengkapnya Khadim al-Rafi’i wa
al-Rawdhah fi al-Furu’ ( خادم الرافعي والروضة في الفروع) adalah sebuah kitab susunan al-Imam Syaikh al-Islam Badruddin Abu Abdullah Muhammad bin Abdullah bin Bahadur
al-Zarkasyi[1]
(745-794H/1344-1392M). Kitab ini merupakan sebuah ensiklopedia fiqh yang
disusun kembali oleh al-Zarkasyi berdasarkan himpunan kandungan empat buah
kitab ‘Hawasyi’ (komentar) bagi kitab Rawdhah al-Thalibin[2]
karya al-Imam Muhyiddin Abu Zakariyya bin Syaraf al-Nawawi (631-676H).
Empat buah hawasyi tersebut
disusun oleh empat[3] orang
tokoh terkenal dalam mazhab al-Syafi’i, iaitu;
2) Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Hamdan al-Azra’i[6] (708-783H), dengan karya
beliau al-Tawassuth Baina al-Rawdhah wa al-Syarh dalam 20 jilid.
3) Sirajuddin
Abu Hafsh ‘Umar bin Ruslan
bin Nashir bin Shalih bin Abdul Khaliq bin Abdul Haq al-Bulqini
(724-805H).
4) Syihabuddin
Ahmad bin ‘Imad bin Muhammad bin Yusuf al-Aqfahsi, yang terkenal dengan gelaran Ibn al-‘Imad al-Syafi’i[7] (750-808H).

Haji
Khalifah ada menyebutkan dalam kitab Kasyf al-Zunun; “ Disebutkan dalam
kitab Bughyah al-Mustafid bahawa kitab al-Khadim ini di ditulis dalam
empat belas jilid, setiap jilid mengandungi 25 lembaran. Kemudian saya pernah
melihat jilid pertamanya, yang dimulai dengan; الحمد لله الذى
امدنا بنعمائه.... Dan
disebutkan bahawa dalam kitab ini dihuraikan perkataan yang susah difahami
dalam kitab al-Rawdhah (karya al-Nawawi) dan kitab al-Fath al-‘Aziz (karya
al-Rafi’i)…….”.
al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani ada menyatakan;
“Kitab al-Khadim disusun berdasarkan
kitab al-Muhimmat (karya al-Asnawi) dan kitab al-Tawassuth karya
al-Azra’i, tetapi ia juga ditambah dengan beberapa faedah dari kitab al-Mathlab
dan selainnya ”.
Kitab al-Khadim ini telah diringkaskan oleh al-Hafiz Jalaluddin Abdul
Rahman al-Suyuthi dengan kitab beliau yang berjudul “ Tahshin al-Khadim
”. Menurut Haji Khalifah, kitab al-Suyuthi menyusun kitab Tahshin al-Khadim
ini bermula bab zakat hingga akhir bab Haji, namun ia tidak sempat menyelesaikannya.
Sekadar maklumat yang saya perolehi, kitab ini belum lagi diterbitkan oleh
mana-mana syarikat penerbitan di Timur Tengah. Ia masih lagi dalam bentuk
manuskrip tulisan tangan oleh beberapa penyalin kitab terdahulu. Manuskrip
kitab al-Khadim ini ada tersimpan di beberapa buah perpustakaan di dunia Islam
dan di barat. Namun, kebanyakan manuskrip itu tidak lengkap kandungannya.
Catatan ringkas mengenai kitab al-Khadim karya al-Zarkasyi ini saya susun
berdasarkan beberapa maklumat yang saya perolehi dari laman maya, antaranya
dari laman al-Multaqa al-Fiqhi di http://www.feqhweb.com/vb/t15099.html.
Jika ada kesilapan maklumat sila maklumkan. Semoga bermanfaat.
[1] Iaitu pengarang
kitab al-Burhan fi ‘Ulum al-Quran, sebuah kitab yang membicarakan
ilmu-ilmu al-Quran yang terkenal sebagai rujukan para ulama. Lihat ringkasan riwayat hidup beliau di pautan http://ibnuzayyin.blogspot.com/2009/11/biografi-imam-badr-al-din-al-zarkasyi.html
[2] Kitab Rawdhah al-Thalibin adalah
ringkasan bagi kitab al-Syarh al-Kabir (Fath al-‘Aziz) karya Imam Imam
Abu al-Qasim Abdul Karim bin Muhammad al-Rafi’i (557-623H). lihat maklumat
ringkas kitab Rawdhah al-Thalibin di pautan http://abusyahmin.blogspot.com/2013/04/rawdhah-al-thalibin.html.
[3] Tiga orang daripada
mereka merupakan guru kepada al-Zarkasyi, iaitu Jamaluddin al-Asnawi,
Sirajuddin al-Bulqini dan Syihabuddin al-‘Azra’i.
[4] Lihat riwayat hidup beliau di
pautan http://dailyculturalinfo.blogspot.com/2013/03/Biography-Alasnoy.html.
[5] Kitab ini telah diberikan huraian
ringkas oleh beberapa ulama, antaranya murid al-Asnawi sendiri iaitu Ibn al-‘Imad
al-Aqfahsi dan Zainuddin al-‘Iraqi. Imam al-Azra’i juga ada menyusun kitab yang
mengandungi beberapa kritikan ilmiah terhadap kitab ini melalui kitabnya al-Tanbihat
‘ala Awham al-Muhimmat .
[6] Lihat riwayat hidup beliau di pautan http://www.feqhweb.com/vb/t11512.html
[7] Beliau merupakan murid kepada Imam Sirajuddin al-Bulqini dan Jamaluddin
al-Asnawi. Beliau ada menyusun kitab al-Ta’liq ‘ala al-Muhimmat , iaitu sebuah kitab yang mengandungi huraian bagi
kitab al-Muhimmat karya al-Asnawi.