Kitab “Fath al-Mu'in ,
Terjemahan dan Huraian” merupakan sebuah karya Abu al-Shalah Dr. Muhammad
Uthman al-Muhammady (1943-2014), seorang ulama dan intelektual Islam yang terkenal
negara. Kitab ini adalah sebuah karya terjemahan dari sebuah kitab fiqh mazhab
Syafi’i yang terkenal iaitu Kitab Fath al-Mu’in bi Syarh Qurrah al-‘Ayn bi Muhimmah al-Din (فتح المعين بشرح قرة العين بمهمة الدين) karya al-'Allamah Zaynuddin bin Abdul ‘Aziz al-Malibiri al-Fanani (987H) , seorang murid kepada Syaikh al-Islam al-Imam Syihabuddin Abu
al-‘Abbas Ahmad bin Muhammad bin Ali bin Hajar al- Haytami
al-Sa’di al-Anshari (974H).
Kitab ini diterbitkan oleh
Majlis Agama Islam Kelantan dengan cetakan pertamanya pada tahun 1989
dengan tulisan Jawi. Hanya jilid 1 sahaja diterbitkan, iaitu terjemahan bagi Kitab
al-Shalat (kitab yang membincangkan mengenai solat). Dalam penyusunan kitab
ini, penterjemah bukan sekadar menterjemah bahasa kitab asalnya, bahkan juga
membuat huraian ringkas bagi beberapa kalimah atau permasalahan dalam kitab
tersebut. Huraian ini diletakkan di dalam kurungan [ ] yang terletak di di akhir
setiap permasalahan yang diterangkan. Kebanyakan huraian tambahan ini beliau
petik dari kitab I’anah al-Thalibin (إعانة
الطالبين), karya al-‘Allamah
‘Abu Bakr Utsman bin Muhammad Syata al-Dimyathi
al-Bakri (1300H), seorang guru terkenal di Masjidil Haram Makkah
pada zamannya. Kitab yang terkenal dengan judul
ringkas al-I’anah (الإعانة)ini adalah sebuah kitab yang menjadi komentar
(hasyiah) bagi kitab Fath al-Mu’in.
Dalam kata sambutan Mufti Kelantan
Dato’ Haji Muhammad bi Che Wook terhadap kitab ini, beliau memuji usaha terjemahan
kitab ini, katanya…
“ …kita dapati satu usaha yang
amat besar dan sumbangan yang sungguh berguna telah dijayakan oleh al-Fadhil (Dr.
Muhammad Uthman al-Muhammady). Al-Fadhil berjaya mengemaskini iyadah (kembali)
kitab Fathul Mu’in itu sehingga dapat difahami oleh setiap peringkat tanpa
sedikit pun mengurangkan isi kandungan dan tidak pula menjejaskan mutu dan
keistimewaan kitab itu saebagai sebuah kitab rujuk di dalam bidang ilmu fiqah
mazhab Syafi’i yang terkenal dengan kekayaan masalah…. ”
Menurut penyusunnya al-Marhum Dr.
Muhammad Uthman al-Muhammady, kitab terjemahan ini akan akan disusuli dengan
jilid 2 - yang dimulai dengan membincangkan tentang zakat. Kata beliau di akhir
kitab jilid pertamanya;
“ Telah selesai diterjemahkan ada
25 Sya’ban 1407 Hijrah bersamaan dengan 24 Aril 1987, bihamdulillah, dengan ini
selesai juzuk pertama terjemahan dan huraian Fathul Mu’in dan insyaa Allah akan
disusuli dengan juzuk keduanya mulai fasal berkenaan dengan hukum-hukum tentang
zakat ”
Namun, setakat pengetahuan
saya, jilid 2 yang dijanjikan itu belum ada diterbitkan. Sehingga
kewafatan beliau pada 25 Mac 2013 di kediamannya di
ISTAC, Taman Duta, Kuala Lumpur tiada maklumat mengenai kitab terjemahan jilid
ke 2 tersebut. Semoga usaha penterjemahan
kitab ini dapat disambung kembali oleh para ulama lain yang berkelayakan dalam
bidang ini.
Assalammualaikum, mana boleh saya dapatkan kitab fatul muin nii
ReplyDeleteWaalaikumussalam. Kitab ini masih diterbitkan oleh majlis agama islam kelantan.Ia ada dijual di kedai buku syarikat jaafar rawas kota bharu, kelantan.
ReplyDeleteڤرنه سواتو کتيک ساي دمينتا منداڤتکن کتاب اين يعني ڤد سکيتر تاهون ،1995 کتيک ايت اوسيا ساي 29 تاهون
ReplyDelete