Tuesday, March 27, 2018

QURRAH AL-'AIN BI MUHIMMAT AL-DIN (قرة العين بمهمات الدين)


Kitab Qurrah al-‘Ain bi Muhimmat al-Din (قرة العين بمهمات الدين) adalah sebuah kitab fiqh mazhab Syafi’i karya al-‘Allamah Syaikh Zaynuddin Ahmad bin Abdul Aziz bin Zaynuddin al-Malibari al-Fannani (987H). Beliau merupakan antara murid kepada  al-Imam Syihabuddin Abu al-'Abbas Ahmad bin Muhammad bin Ali bin Hajar al-Makki al-Haytami (909-973H),
  
Kitab ini merupakan ringkasan bagi kitab Manhaj al-Thullab karya Syaikh al-Islam Abu Yahya Zakariyya al-Anshari (823-926H), bagi memudahkan para pelajar menghafaznya. Syaikh Zainuddin al-Malibari kemudiannya telah menyusun sebuah karya lain sebagai huraian (syarah) bagi kitab ini melalui karyanya yang berjudul Fath al-Mu’in bi Syarh Qurrah al-'Ain. Selain huraian (syarah) oleh penyusunnya, kitab ini juga telah disyarah oleh al-‘Allamah Muhammad Nawawi al-Banteni (1230H/1813M) dengan karyanya yang berjudul Nihayah al-Zain fi Irsyad al-Mubtadi-in Syarh Qurrah al-‘Ain.

Kitab Qurrah al-‘Ain ini telah dicetak berulang kali bersama kitab-kitab syarahnya. Untuk membaca kitab ini secara berasingan atau terpisah dari kitab-kitab syarah atau hasyiahnya boleh pembaca memuat turun kitab ini di sini.

Di samping kitab syarahnya, kitab Qurrah al-‘Ain juga telah disusun dalam bentuk nazam oleh Syaikh Abu Suhail Anwar Abdullah bin Abdul Rahman al-Fadhfuri (1387-) melalui karyanya yang berjudul al-Nazhm al-Wafi fi al-Fiqh al-Syafi’i (النظم الوفي في الفقه الشافعي). Kitab yang mengandungi sebanyak 999 bait nazam ini boleh  boleh dimuat turun di sini.  

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment

Minhaj al-Muslim (منهاج المسلم)

Kitab Minhaj al-Muslim ( منهاج المسلم ) Ia merupakan sebuah karya Syaikh Abu Bakr Jabir bin Musa al-Jazairi (1924-2018), seorang ulama t...