Kitab
Al-Ahadis al-Kulliyah (الاحاديث الكلية) merupakan sebuah karya dalam bidang
hadis yang disusun oleh Syaikh al-Islam Taqiyuddin Abu Amr Utsman bin Musa
al-Syarzuki, atau lebih dikenali dengan nama Ibn al-Sholah yang wafat pada
tahun 643H. Dalam kitab ini
dihimpunkan sebanyak 26 hadis yang
bersifat komprehensif, yang dikatakan merangkumi dasar-dasar utama agama Islam.
Kemudiannya, Imam
Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H) telah menyalin semua
dua puluh enam hadis-hadis tersebut, serta menambahkan sebanyak enam belas 16
hadis lagi sehingga menjadi berjumlah empat puluh dua hadis ke dalam karyanya
yang berjudul “al-Arba’in al-Nawawiyah (الأربعين النووية) ”.
Kitab
al-Arba’in karya Imam al-Nawawi ini kemudiannya menjadi sangat terkenal, banyak
menjadi hafalan, dan Allah menjadikannya begitu bermanfaat berkat keikhlasan
penyusun dan kebaikan maksudnya. Terlalu banyak pujian dan sanjungan dari para
ulama sejak dahulu hingga kini terhadap karya ini. Kitab tersebut cukup
dikenali dan tersebar ke serata dunia dan diterjemahkan ke pelbagai bahasa. Para
ulama yang muncul selepas al-Nawawi sangat mengambil perhatian terhadap kitab
al-Arbain ini dengan menghasil berbagai karya bagi menghuraikan (syarah) 42
hadis yang terkandung dalamnya supaya manfaatnya tersebar di kalangan
masyarakat.
Kemudian
al-Hafizh Ibn Rajab Zainuddin Abu al-Farj
‘Abdul Rahman bin Ahmad bin Abdul Rahman al-Hanbali (795H), telah
menambahkan lagi lapan hadis lain dari hadis-hadis komprehensif (jawami’ul
kalim) ke dalam kitab al-Arba’in, sehingga jumlah hadis menjadi berjumlah lima puluh hadis. Setelah itu
al-Hafizh Ibn Rajab telah menyusun sebuah kitab berjudul Jami’ al-‘Ulum wa
al-Hikam fi Syarh Khamsin Haditsan min Jawami’ al-Kalim (جامع العلوم والحكم
في شرح خمسين حديثا من جوامع الكلم), yang mengandungi
syarah (huraian) bagi lima puluh hadis tersebut.
No comments:
Post a Comment