Dalam catatan ini akan disenaraikan nama-nama
kitab yang dimulai dengan perkataan Irsyad
(إرشاد). Insya Allah akan ditambah lagi kitab-kitab lain. Semoga bermanfaat.
1) Kitab Irsyad
al-Muhtadi ila Syarh al-Kifayah al-Mubtadi (إرشاد المهتدي إلى
شرح كفاية المبتدي) adalah
sebuah karya dalam bidang akidah yang disusun oleh al-‘Allamah Abdul Hamid bin
‘Ali bin Abdul Qadir Qudus al-Khathib (1335H), seorang tokoh ulama terkenal
dari Makkah al-Mukarramah berketurunan Melayu (Indonesia). Kitab Irsyad
al-Muhtadi ini disusun oleh Syaikh Abdul Hamid Qudus sebagai huraian (syarah)
bagi sebuah karya ayah beliau sendiri Syaikh al-‘Allamah ‘Ali bin Abdul Qadir
Qudus, yang berjudul kitab Kifayah al-Mubtadi (كفاية المبتدي). Baca lagi..
2) Kitab Irsyad
al-Anam ila Syarh Faidh al-Malik al-‘Allam
(إرشاد الأنام إلى شرح فيض الله الملك العلام) adalah sebuah kitab yang menerangkan
mengenai tatacara ibadat haji dan umrah berdasarkan mazhab Syafi’i. Kitab
ini disusun oleh al-'Allamah al-Sayyid Yusuf bin Muhammad bin Yahya bin Abu
Bakr bin Ali al-Baththah al-Ahdal al-Husaini al-Zabidi (1246H) sebagai huraian
(syarah) bagi sebuah karya guru beliau al-‘Allamah al-Syaikh Muhammad Shalih
bin Syaikh Ibrahim al-Rayyis (1187-1240H), yang berjudul Faidh al-Malik
al-‘Allam (فيض الله الملك العلام).
Baca lagi..
3) Kitab al-Irsyad
(الإرشاد) atau judul penuhnya Irsyad
al-Ghawi ila Masalik al-Hawi (إرشاد الغاوي إلى
مسالك الحاوي) adalah sebuah karya
ringkasan fiqh mazhab Syafi’i yang terkenal. Ia disusun oleh al-Imam Ibn
al-Muqri, Ismail bin Abu Bakr bin Abdullah al-Muqri al-Zabidi al-Yamani
(755-837H) sebagai ringkasan bagi kitab al-Hawi al-Shaghir (الحاوي الصغير). Baca lagi..
4) Kitab Irsyad
al-'Ibad ila Sabil al-Rasyad (إرشاد العباد إلى
سبيل ارشاد) adalah karya Syaikh
Zaynuddin Ahmad bin Abdul Aziz bin Zaynuddin bin ‘Ali al-Ma’bari al-Malibari
al-Fanani (987H). Kitab ini mengandungi kumpulan hadits tentang berbagai macam
perkara keagamaan. Bahagian awal perbahasan berupa masalah iman dan sebab yang
membuat seseorang menjadi murtad. Dilanjutkan dengan huraian hadits-hadits yang
menjelaskan tentang bersuci (taharah) beserta ragam tata caranya, mulai dari
wuduk, mandi wajib, mandi biasa, hingga tayammum. Kemudian dihuraikan pula
tentang fadilat (keutamaan) zikir dan berbagai macam ibadah shalat. Dari shalat
fardu sampai shalat sunat, beserta bacaan-bacaannya. Baca lagi..
5) Kitab Irsyad Thullab
al-Haqa-iq ila Ma'rifat Sunan Khayr al-Khala-iq
(إرشاد طلاب الحقائق إلى معرفة سنن خير الخلائق) merupakan sebuah karya dalam bidang ilmu
hadis yang disusun oleh al-Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi
(676H). Imam al-Nawawi menyusun kitab yang terkenal dengan judul ringkasnya
al-Irsyad (الإرشاد) ini sebagai ringkasan bagi kitab Muqaddimah Ibn al-Shalah (مقدمة ابن الصلاح), iaitu karya al-Imam al-Hafizh Taqiyuddin Abu ‘Amru Utsman bin
Abdur Rahman (577-643H). Baca lagi...
No comments:
Post a Comment