Dalam catatan ini akan
disenaraikan nama-nama kitab yang dimulai dengan perkataan Ghayah (غاية). Insya
Allah akan ditambah lagi kitab-kitab
lain. Semoga bermanfaat.
1) Kitab al-Ghayah
fi Ikhtishar al-Nihayah (الغاية في اختصار النهاية ). Ia adalah sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i
yang disusun oleh Sulthanul ‘Ulama’ Imam
‘Izzuddin bin ‘Abdul Salam (660H). Kitab al-Ghayah ini disusun sebagai
ringkasan bagi kitab Nihayah al-Mathlab Fi Dirayah al-Mazhab (نهاية المطلب في دراية
المذهب ), karya
al-Imam Abu al-Ma'ali 'Abdul Malik bin
'Abdullah bin Yusuf bin Muhammad bin 'Abdullah al-Juwaini al-Naisaburi
(419-478H). Baca lagi..
2) Kitab al-Ghayah
al-Qushwa fi Dirayah al-Fatwa (الغاية القصوى في دراية
الفتوى). Ia adalah sebuah kitab fiqh mazhab Syafi’i yang
disusun oleh Qadhi al-Qudhat Nashiruddin Abdullah bin Umar bin Muhammad bin Ali
al-Baydhawi al-Syairazi (685H). Kitab al-Ghayah al-Qushwa
ini asalnya disusun oleh al-Baydhawi sebagai ringkasan (mukhtashar) bagi kitab
al-Wasith fi al-Mazhab, karya Hujjatul Islam al-Imam Abu Hamid al-Ghazali
(450-505H). Namun begitu, kitab al-Ghayah al-Qushwa bukan sekadar ringkasan
kitab al-Wasith, bahkan penyusunnya telah membuat beberapa penambahan dan
penilaian terhadap beberapa permasalahan yang disebutkan dalam kitab al-Wasith.
Baca lagi..
3) Kitab al-Ghayah
wa al-Taqrib (الغاية والتقريب) atau
Matan Abi Syujaa’ (). Ia merupakan sebuah
matan fiqh dalam mazhab Syafi’i yang disusun Imam Abu Syuja’ Ahmad bin
al-Husain al-Asfahani (433-493H). . Baca lagi..
4) Kitab Ghayah
al-Maram fi Syarh Syuruth al-Ma’munm wa al-Imam (غاية المرام في شرح
شروط المأموم والإمام) adalah sebuah karya
fiqh yang disusun khusus mengenai syarat-syarat makmum dan imam dalam
pelaksanaan solat berjemaah berdasarkan pandangan mazhab Syafi’i. Kitab ini disusun
oleh al-Imam Syamsuddin Muhammad bin Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Ahmad
bin Hamzah al-Ramli al-Munufi (919-1004H), sebagai huraian (syarah) bagi karya
bapa beliau al-Imam Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Ahmad bin Hamzah
al-Ramli (957H) yang berjudul Syuruth al-Ma’mun wa al-Imam (شروط المأموم والإمام). Baca lagi..
5) Kitab al-Ghayah fi Syarh al-Hidayah fi ‘Ilm
al-Riwayah (الغاية في شرح الهداية في
علم الرواية) merupakan sebuah karya mengenai ilmu hadis yang disusun oleh al-Imam
al-Hafizh Syamsuddin al-Sakhawi al-Syafi’i (831-902H). Kitab al-Ghayah ini disusun sebagai huraian
bagi kitab al-Hidayah fi ‘Ilm al-Riwayah (الهداية في علم الرواية), iaitu sebuah kitab yang disusun dalam bentuk nazam oleh al-Imam al-Hafizh
Ibn al-Jazari (751-833H). Baca lagi..
6) Kitab
Ghayah al-Bayan Fi Syarh Zubad Ibn Ruslan (غاية البيان في شرح زبد ابن رسلان)
adalah sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun
oleh Imam Syamsuddin Muhammad bin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Hamzah bin Ahmad
Syihabuddin al-Ramli al-Munufi (919-1004 H). Kitab Ghayah al-Bayan ini disusun
sebagai huraian (syarah) bagi Matn al-Zubad (متن الزبد), iaitu sebuah matan fiqh karya Syihabuddin Abu
al-‘Abbas Ahmad bin al-Husain bin Hasan bin ‘Ali bin bin Ruslan al-Ramli
al-Maqdisi al-Syafi’i (753H -844H). Baca lagi…
7) Kitab Ghayah
al-Maram Fi Takhrij Ahadits al-Halal wa al Haram (غاية المرام في تخريج أحاديث الحلال والحرام)
merupakan sebuah karya al-Muhaddits Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani (),
seorang ulama hadis yang terkenal masa kini. Kitab ini disusun secara khusus
bagi meneliti status hadits-hadits yang dimuatkan oleh al-‘Allamah Syaikh Dr.
Yusuf al-Qaradhawi di dalam karya beliau yang terkenal, iaitu kitab al-Halal wa al-Haram (الحلال والحرام). Baca lagi....
No comments:
Post a Comment