Kitab al-Iqna’
( الإقناع )[1]
yang ingin dikongsi dengan pembaca adalah sebuah karya
dalam bidang hadis hukum yang disusun oleh al-Imam al-Hafizh al-Mujtahid Abu
Bakr Muhammad bin Ibrahim bin al-Munzir al-Naysaburi (318H), yang terkenal
dengan gelaran Ibn al-Munzir.
Kandungan
kitab ini dibahagikan kepada beberapa judul permasalahan fiqh yang dinamakan
sebagai kitab tertentu, seperti kitab thaharah (bersuci), kitab Solat dan
sebagainya. Setiap kitab pula dibahagikan kepada beberapa
bab.
Dalam kitab
al-Iqna’ ini, Ibn al-Munzir bukan sekadar menghimpunkan hadis-hadis hukum
sahaja, bahkan beliau juga memberikan huraian atau komentar setiap hadis
tersebut.
Berdasarkan
kitab al-Iqna’ yang ditahkik oleh Dr. Abdullah bin Abdul Aziz al-Jibrin, yang diterbitkan
dengan cetakan pertamanya pada tahun 1988, kitab ini diterbitkan dalam dua jilid (828
halaman). Kitab ini boleh dimuat turun di pautan الإقناع
[1] Selain kitab ini, terdapat kitab
lain yang juga berjudul al-Iqna’, antaramya;
a) al-Iqna’ fi
al-Fiqh al-Syafi’i (الإقناع في الفقه الشافعي), karya al-Imam Abu
al-Hasan ‘Ali bin Muhammad bin Habib al-Mawardi al-Bashri al-Baghdadi
(364-450H). Baca maklumat lanjut di sini.
b) al-Iqna’ fi Masail al-Ijma’ (الإقناع في مسائل الإجماع). Sebuah kitab yang memhimpun beberapa
permasalahan hukum yang dianggap menjadi ijmak para ulama. Kitab ini disusun
oleh al-Imam Ibn al-Qaththan Abu al-Hasan Ali bin Muhammad bin Abdul Malik
al-Katami al-Hamiri al-Fasi (). Kitab ini boleh dimuat turun di pautan http://waqfeya.com/book.php?bid=8916.
c) al-Iqna’ fi Hal Alfazh Abi Syuja’
(الإقناع في حل ألفاظ أبي شجاع).
Sebuah kitab fiqh mazhab Syafi’i karya al-‘Allamah Muhammad Al-Khathib
al-Syarbini (977H). Baca maklumat lanjut mengenai kitab ini di sini..
d) al-Iqna’ li Thalib al-Intifa’ (الإقناع لطالب الانتفاع). Sebuah kitab fiqh mazhab Hanbali karya
Syarafuddin Abu al-Naja Musa bin Ahmad al-Hijjawi al-Maqdisi, al-Dimasyqi
al-Hanbali (895-968H). Maklumat maklumat lanjut mengenai kitab ini, boleh
dibaca sebuah artikel (dalam bahasa Arab) di pautan
http://www.feqhweb.com/vb/t3139.html. Kitab ini boleh dimuat turun di pautan http://waqfeya.com/book.php?bid=4999.
No comments:
Post a Comment