Saturday, September 29, 2018

Bayan Linnas (بيان للناس)


Buku Bayan Linnas (بيان للناس): Penjelasan Isu-Isu Semasa ialah himpunan daripada kenyataan-kenyataan umum oleh Sahibul  Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan terhadap isu-isu nasional dan antarabangsa. Ia merupakan pandangan hukum terhadap sesuatu persoalan yang memerlukan kepada penjelasan syarak secara tepat.

Kenyataan ini terdiri daripada pelbagai bidang seperti akidah, syariah, akhlak dan social. Justeru penerbitan buku seumpama ini mampu memberi kefahaman yang baik tentang Islam serta melengkapi dengan khazanah ilmiah yang lain.

Buku ini telah diterbitkan oleh Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd. dalam tiga jilid. Kandungan buku ini memaparkan 119 isu atau topik yang pernah diterbitkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melalui laman http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas.

Selain buku ini, sebenarnya kandungan Bayan Linnas ini sudah pun diterbitkan sebelumnya dalam bentuk risalah yang memaparkan suatu isu atau tajuk tertentu sahaja.

Oleh itu penerbitan buku ini sangat bermanfaat, kerana pembaca dapat membaca dan meneliti serta mendapat maklumat penting mengenai isu-isu yang pernah dibincangkan dengan lebih mudah. Semoga terbitan seterusnya akan menyusul dengan memaparkan himpunan beberapa kajian mengenai isu-isu baru yang memerlukan kajian dan penelitian para ulama. 

Bagi mendapat maklumat mengenai isu-isu terbaru yang dibincangkan oleh Sahibul Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, pembaca boleh ikutnya di pautan pejabat mufti yang dilampirkan di atas.

Semoga bermanfaat. 

No comments:

Post a Comment