Tuesday, October 2, 2018

Fiqh Al-Hadith Syarah Bulugh Al-Maram



Buku Fiqh Al-Hadith Syarah Bulugh Al-Maram (فقه الحديث شرح بلوغ المرام) merupakan sebuah karya dalam bidang hadis yang disusun oleh Prof. Madya Dr. Mohd Muhiden Abd Rahman. Kandungan buku ini memaparkan terjemahan dan huraian dalam bahasa Melayu bagi hadis-hadis hukum yang terdapat dalam kitab hadis ahkam  yang terkenal, iaitu Bulugh al-Maram min Adillah al-Ahkam (بلوغ المرام من أدلة الأحكام), karya al-Imam al-Hafizh Abu al-Fadhl Ahmad bin Ali bin Muhammad al-Kinani al-Syafi’i, yang terkenal dengan gelaran Ibnu Hajar al-‘Asqalani (773-852H).

Buku terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) ini, telah dikeluarkan secara bersiri dengan empat judul. Setiap satunya merangkumi satu bab daripada kitab Bulughul Maram, iaitu;

a)     Fiqh Al-Hadith Syarah Bulugh Al-Maram: Taharah (139 buah hadis).
b)     Fiqh Al-Hadith Syarah Bulugh Al-Maram: Solat (135 buah hadis).
c)      Fiqh Al-Hadith Syarah Bulugh Al-Maram: Pengurusan Jenazah (66 buah hadis).
d)     Fiqh Al-Hadith Syarah Bulugh Al-Maram: Solat Sunat (211 buah hadis).

Buku ini disusun secara sistematik dengan menggunakan bahasa yang mudah difahami. Setiap hadith mengandungi terjemahan yang lengkap, huraian terperinci tentang matan hadith, kosa kata hadith (mufradat),fiqh al-hadith dan pengajaran hadith. Selain itu,setiap hadithjuga akan ditakhrijkan darpada sumbernya yang asal dan dinyatakan statusnya sama ada sahih,hasan, ataupun Dha’if.

Oleh itu,buku ini perlu dimiliki oleh setiap pencinta Sunnah Rasulullah saw kerana ia boleh dijadikan panduan lengkap kepada umat Islam, khususnya dalam aspek ibadat.

Semoga bermanfaat.

2 comments:

  1. Alhamdulillah.. Terima kasih ustaz..
    Ada link utk muat turun?

    ReplyDelete