Kitab al-‘Uddah
Syarh al-Ibanah (العدة شرح الإبانة) merupakan sebuah karya fiqh dalam mazhab Syafi’i.
Kitab yang dikenali sebagai al-‘Uddah al-Kubra[1]
(العدة الكبرى) ini disusun oleh al-Imam Abu Abdullah al-Husain bin
Ali al-Thabari (495H) sebagai huraian (syarah) bagi kitab al-Ibanah fi Furu’ al-Syafi’i (الإبانة في فروع الشافعي) , iaitu sebuah kitab fiqh dalam mazhab Syafi’i karya
al-Imam Abu al-Qasim Abdul Rahman bin Muhammad Ahmad bin Fawran al-Fawrani
(461H).
Ramai
para ulama terdahulu memetik kandungan kitab al-‘Uddah ini dan merakamkannya
dalam kitab-kitab mereka. Sebagai contohnya, Imam Abu Zakariyya Yahya al-Nawawi
(676H) banyak menyebut pandangan Imam Abu Abdullah Husain al-Thabari mengenai
sesuatu masalah fiqh di dalam kitab-kitab beliau seperti kitab al-Majmu’ dan
Rawdhah al-Thalibin. Jika disebutkan oleh Imam al-Nawawi – Shahibul ‘Uddah (صاحب العدة) di dalam kitab-kitab beliau ini, maka yang dimaksudkan oleh
beliau ialah penyusun kitab al-‘Uddah al-Kubra ini[2].
Sekadar
ini sahaja maklumat yang diperolehi mengenai kitab ‘al-‘Uddah ini. Semoga
bermanfaat.
[1] Terdapat
sebuah kitab lagi yang berjudul al-‘Uddah, iaitu al-‘Uddah al-Shughra, karya Abu Ishaq al-Ruyani Ibrahim bin
Ali bin al-Husain al-Syaibani al-Thabari
(523H), yang terkenal dengan gelaran Abu al-Makarim al-Ruyani.
[2] Hal ini berbeza dengan Imam Abu
al-Qasim Abdul Karim bin Muhammad al-Rafi’i (623H). Jika beliau menyebutkan
Shahibul ‘Uddah (صاحب العدة) dalam karya beliau seperti Syarh al-Kabir (الشرح الكبير) dan
Syarh al-Shaghir, maka yang dimaksudkan oleh beliau ialah Imam Abu
al-Makarim al-Ruyani (523H), iaitu penyusun kitab al-‘Uddah al-Shughra.
No comments:
Post a Comment