Thursday, October 4, 2018

al-Jami’ Fi al-Khatam (الجامع في الخاتم)


Kitab al-Jami’ Fi al-Khatam (الجامع في الخاتم), adalah sebuah karya al-Imam Abu Bakr Ahmad bin al-Husain bin Ali bin Musa al-Khasrawjirdi al-Khurasani al-Bayhaqi (458H). Dalam kitab ini, Imam al-Baihaqi telah menghimpunkan hadis-hadis yang berkaitan dengan pemakaian cincin.

Berikut adalah antara kandungan kitab al-Jami’ fi al-Khatam;

1)      Memakai Cincin Perak Di Tangan Kanan.
2)     Keharusan Bercincin Bagi Imam (Pemimpin).
3)     Cincin Cop Nabi Saw.
4)     Cincin Nabi Bertukar Tangan.
5)     Bercincin Di Kelingking Kiri.
6)     Bercincin Di Jari Kiri.
7)     Keharusan Bercincin Perak.
8)    Memakai Cincin Perak.
9)     Memakai Cincin Di Kiri.
10) Menyesuaikan Antara Banyak Riwayat Hadith.
11)  Bercincin Di Tangan Kanan.
12) Galakan Pada Mata Cincin.
13) Cop Surat-Surat.
14) Menulis  (mengukir) Pada Cincin.
15)  Hilangnya Cincin Cop Kerasulan Nabi saw.
16) Bahayanya Cincin Emas.
17)  Aliran al-Baihaqi: Memakai Cincin Di Tangan Kiri

Terjemahan kitab al-Jami’ fi al-Khatam

Untuk dikongsi bersama, kitab ini telah diterjemahkan dalam Bahasa Melayu dengan judul Rahsia Cincin Nabi dan Hukum Bercincin oleh al-Ustaz Haji Abdullah al-Qari bin Haji Salleh. Buku ini diterbitkan oleh Al-Hidayah Publications. Buku dalam koleksi saya adalah cetakan kedua pada tahun 2005, setebal 55 halaman.

Berikut adalah petikan kata pengantar buku ini oleh Ustaz Haji Abdullah al-Qari yang merumuskan kandungan al-Jami’ Fi al-Khatam ini, katanya;

 “ Memakai cincin (bercincin) adalah merupakan suatu sunnah (perjalanan hidup) Nabi Muhammad Sallallaahu 'Alaihi Wa Sallam yang mulia lagi suci; bukan semata-mata berdasarkan tradisi. Para sahabat Nabi S.A.W., terutamanya 'Abdullah Bin 'Umar, adalah seorang yang ingin benar-benar meniru sunnah Nabi S.A.W.; salin tak tumpah; di mana beliau bercincin dalam kehidupan sehari-hari; demikian juga 'Abdullah Bin al-Zubair r.a. memakai cincin yang mengandung permohonan agar dijauhkan dari neraka. Bagi Rasulullah saw, cincin baginda adalah merupakan lambang 'aqidah (kepercayaan) dan politik (kekuasaan Islam), di mana menerusi copnya maka surat-surat rasmi baginda dianggap mempunyai kekuasaan (wibawa)”.

Kitab ini boleh dibaca secara atas talian (online)  di pautan الجامع في الخاتم / الجامع في الخاتم.

Semoga bermanfaat.

No comments:

Post a Comment