Friday, September 7, 2012

Rahsia Cincin Nabi dan Hukum Bercincin


Buku yang ingin dikongsi bersama kali ialah sebuah buku terjemahan dalam Bahasa Melayu yang berjudul ‘ Rahsia Cincin Nabi dan Hukum Bercincin ’. Buku ini diterbitkan oleh Al-Hidayah Publications. Buku dalam koleksi saya adalah cetakan kedua pada tahun 2005, setebal 55 halaman.

Menurut penterjemahnya, iaitu al-Ustaz Abdullah al-Qari bin Haji Salleh, buku ini merupakan terjemahan dari kitab ‘ al-Jami’ Fi al-Khatam ’ karya al-Imam Abu Bakr Ahmad bin al-Husain al-Bayhaqi. Bagi melengkapkan lagi buku ini, Ustaz Abdullah al-Qari telah menambah beberapa tajuk dan isi kandungan yang baru berkaitan dengan pemakaian cincin.

Dalam pengantar buku ini, Ustaz Abdullah al-Qari telah merumuskan kandungan al-Jami’ Fi al-Khatam ini, katanya;
                                                                                                                                      
Memakai cincin (bercincin) adalah merupakan suatu sunnah (perjalanan hidup) Nabi Muhammad Sallallaahu 'Alaihi Wa Sallam yang mulia lagi suci; bukan semata-mata berdasarkan tradisi. Para sahabat Nabi S.A.W., terutamanya 'Abdullah Bin 'Umar, adalah seorang yang ingin benar-benar meniru sunnah Nabi S.A.W.; salin tak tumpah; di mana beliau bercincin dalam kehidupan sehari-hari; demikian juga 'Abdullah Bin al-Zubair R.A. memakai cincin yang mengandung permohonan agar dijauhkan dari neraka. Bagi Rasulullah S.A.W., cincin baginda adalah merupakan lambang 'aqidah (kepercayaan) dan politik (kekuasaan Islam), di mana menerusi copnya maka surat-surat rasmi baginda dianggap mempunyai kekuasaan (wibawa).

Memakai cincin (bercincin) adalah merupakan suatu sunnah (Perjalanan Hidup) Nabi Muhammad Sallallaahu 'Alaihi Wa Sallam yang mulia lagi suci; bukan semata-mata berdasarkan tradisi. Para sahabat Nabi saw, terutamanya 'Abdullah Bin 'Umar, adalah seorang yang ingin benar-benar meniru sunnah Nabi saw, salin tak tumpah; di mana beliau bercincin dalam kehidupan sehari-hari; demikian juga 'Abdullah Bin al-Zubair r.a. memakai cincin yang mengandung permohonan agar dijauhkan dari neraka.

Bagi Rasulullah saw, cincin baginda adalah merupakan lambang 'aqidah (kepercayaan) dan politik (kekuasaan Islam), di mana menerusi copnya maka surat-surat rasmi baginda dianggap mempunyai kekuasaan (wibawa) ”.
KANDUNGAN

BAHAGIAN PERTAMA: TAJUK-TAJUK ASAL
1.       Memakai Cincin Perak Di Tangan Kanan
2.      Keharusan Bercincin Bagi Imam (Pemimpin)
3.      Cincin Cop Nabi S.A.W.
4.      Cincin Nabi Bertukar Tangan
5.      Bercincin Di Kelingking Kiri
6.      Bercincin Di Jari Kiri
7.      Keharusan Bercincin Perak
8.     Memakai Cincin Perak
9.      Memakai Cincin Di Kiri
10.  Menyesuaikan Antara Banyak Riwayat Hadith
11.   Bercincin Di Tangan Kanan
12.  Galakan Pada Mata Cincin
13.  Cop Surat-Surat
14.  Menulis Pada Cincin
15.   Hilangnya Cincin Cop Kerasulan Nabi saw
16.  Bahayanya Cincin Emas
17.   Aliran al-Baihaqi: Memakai Cincin Di Tangan Kiri

BAHAGIAN KEDUA: TAJUK-TAJUK TAMBAHAN
1.       Membuat Tulisan Pada Cincin
2.      Hukum-Hukum Memakai Cincin;
- Hukum Bercincin
- Hukum Bahan Pembuatan Cincin
- Hukum Mengenai Berat Bahan Cincin
- Hukum Bilangan Cincin
- Hadith-Hadith Memakai Cincin Pada Tangan Kanan
- Hadith-Hadith Memakai Cincin Pada Tangan Kiri
- Tinjauan Tangan Kanan Atau Kiri?
- Utama Bercincin Di Jari Kelingking
3.      Cincin Hadiah Allah Sebelum Memasuki Syurga
4.      Cop Cincin Rasulullah Pada Surat Baginda Kepada Muqauqis, Gabenor Rom Timur Di Mesir
5.      Cop Cincin Rasulullah Pada Surat Baginda Kepada Hiraklius, Penguasa Rom Timur

Saya belum memiliki kitab versi Arabnya. Saya ada cuba mencari pautan download kitab ‘Arab di internet , kalau-kalau ada ebooknya sama ada dalam file pdf, word dan sebagainya. Namun tidak dijumpai. Jika pembaca ada maklumat mengenai kedai-kedai buku yang ada kitab ini, bolehlah maklumkan kepada saya.

1 comment: