Saturday, September 8, 2012

Kitab-Kitab Perbandingan Agama


Artikel ini saya nukil dari http://ulasanbukukitab.blogspot.com/2009/08/kitab-kitab-perbandingan-agama.html

Beberapa buah karya ulama di bidang Perbandingan Agama ini.

1- Kitab Jawab al-Qadhi al-Baji ‘ala Risalah Rahib Fransa ila al-Muqtadir Billah (Jawapan al-Qadhi al-Baji terhadap surat daripada Paderi Perancis kepada Khalifah al-Muqtadir Billah).
Karya ini telah ditulis oleh Imam al-Baji iaitu nama penuhnya adalah al-Qadhi Abu al-Walid Sulaiman ibn Khalaf ibn Sa`ad ibn Ayyub al-Tujibi al-Andalusi al-Qurthubi, al-Baji, al-Tamimi, al-Zahabi al-Maliki (w.474H).

2- Kitab al-Jawab al-Sahih li Man Baddala Din al-Masih (Jawapan yang terang kepada mereka yang bertukar menganut Agama Kristian).
Karya oleh Syeikh al-Islam Ibn Taimiyah, nama penuhnya adalah Abu al-‘Abbas, Ahmad Taqiyuddin bin ‘Abd al-Halim Ibn Abu al-Barkat Majduddin Ibn Taimiyah al-Harrani (w.728H).

3- Kitab al-Mukhtar fi al-Radd ‘ala al-Nasara (Jawapan yang terpilih dalam menolak hujah Kristian)
Karya oleh al-Jahizh iaitu Abu ‘Utsman ‘Amr bin Bahr al-Fuqaymi al-Basri (w.868H)

4- Kitab Syifa` al-Ghalil fi Bayan Ma Waqa’a fi al-Taurat wa al-Injil Min al-Tabdil (Penawar kehausan dalam menerangkan yang berlaku di dalam Taurat dan Injil dari penyelewengan).
Karya oleh Imam al-Haramain al-Juwaini, Abu al-Ma’ali ‘Abd al-Malik ibn ‘Abd Allah ibn Yusuf ibn Rukn al-Islam Abi Muhammad al-Juwayni al-Naysaburi al-Shafi’i (w.478H)

5- Kitab al-Fisal fi al-Milal wa al-Ahwa` wa al-Nihal (Pemisah yang membezakan antara agama, fahaman dan anutan) dan kitab al-Radd ‘ala ibn al-Naghazilah al-Yahudi (Penolakan terhadap Ibn al-Naghazilah al-Yahudi).
Karya oleh Ibn Hazm, Ibn Hazm al-Zahiri, Abu Muhammad `Ali ibn Ahmad ibn Sa`id ibn Hazm al-Farisi al-Andalusi al-Qurtubi al-Yazidi (w.456H) 6- Kitab al-Radd al-Jamil li Ilahiyah ‘Isa bi Sarih al-Injil (Penolakan secara baik terhadap ketuhanan Isa dengan pernyataan Injil).
Karya unggul daripada Hujjat al-Islam al-Ghazali, iaitu nama penuhnya adalah Abu Hamid Ibn Muhammad Ibn Muhammad al-Tusi al-Shafi’i al-Ghazali (wafat 505h).

7- Kitab al-I’lam bi ma fi Din al-Nasara min al-Fasad wa al-Auham (Pemberitahuan mengenai agama Kristian dari kerosakan dan kesamaran).
Karya oleh al-Imam al-Qurthubi, Abu ‘Abd Allah, Muhammad ibn Ahmad Abi Bakr ibn Farrah al-Qurtubi (w.671H) 8- Kitab al-Ajwibah al-Fakhirah ‘an al-As`ilah al-Fajirah (Jawapan yang membanggakan mengenai soalan yang hina).
Karya oleh al-Imam al-Qarafi, Ahmad ibn Idris Shihabudin al-Sanhaji al-Qarafi al-Maliki (w.684H).

9- Kitab Izhar al-Haq (Menyatakan Kebenaran).Hasil karya Rahmatullah al-Hindi iaitu nama penuhnya ialah Maulana Muhammad Rahmatullah bin Khalil al-Kairanuwi al-Hindi (w.1278H), beliau berasal dari India.

10- Himpunan Muhadharat fi al-Nasraniyah (Koleksi seminar mengenai Kristian).
Hasil koleks sumber yang dikumpulkan oleh Prof. al-Imam Muhammad Abu Zuhrah (w.1394H).

11- Kitab Ma’rakah al-Wujud Bain al-Quran wa al-Talmud (Pertempuran Yang Nyata di Antara al-Quran dan Talmud).
Merupakan karya Dr. Sa’id ‘Abd al-Sattar Fath Allah.

Masih terdapat banyak lagi sumber lain yang ditulis dalam topik berkenaan terutaman di dalam pelbagai bahasa dan yang paling utama di dalam bahasa Inggeris. Di antara cendekiawan Islam yang bersungguh-sungguh memberikan sumbangan dan jasa di dalam lapangan ini adalah almarhum Syeikh Ahmed Deedat dan kini diterajui pula oleh Dr. Zakir Abdul Karim Nayik. Semoga Allah memberkati usaha mereka semua.
Amin ya Rabb!

No comments:

Post a Comment