Tuesday, September 18, 2012

Kitab 'Umdah al-Ahkam min Kalam Khair al-Anam


Kitab ‘Umdatul Ahkâm Min Kalam Khair al-Anâm merupakan karya Taqiyuddin Abu Muhammad Abdul Ghani bin Abdul Wahid al-Maqdisy al-Jama’ili yang wafat pada tahun 600 H.
 
Kitab ini adalah salah satu kitab-kitab hadits ahkâm yang penting dan ringkas, karena seluruh hadits-haditsnya shahih, adakalanya hadits-hadits yang muttafaqun ‘alaihi, ada juga yang hanya diriwayatkan Bukhari atau Muslim. Beliau bersandar dalam menyampaikan hadits-hadits muttfaqun ‘alaihi kepada kitab al-Jam’u Baina al-Shahihain karya al-Humaidi.
 
Kitab Umdah al-Ahkâm ini telah dicetak beberapa cetakan, di antaranya:
 
  1. Cetakan Mathba’ah (percetakan) al-Sunnah al-Muhammadiyah dengan tahqiq Syeikh Muhammad Hâmid al-Faqi tahun 1371 H.
  2. Cetakan Dâr al-Ma’ârif dengan tash-hih Syeikh Ahmad Muhammad Syâkir tahun 1371 H.
  3. Cetakan al-Mathba’ah al-Salafiyah di Mesir tahun 1376 H dengan pengawasan Syeikh Muhibuddin al-Khathib.
  4. Cetakan Mathba’ah al-Manâr di Mesir dengan perhatian dari Syeikh Muhammad Rasyid Ridha dimasukkan dalam Majmu’ah al-Hadits al-Najdiyah tahun 1342.
  5. Dicetak ulang secara terpisah melalui Dâr al-Salâm .
  6. Cetakan Dâr al-Ma’mun Li al-Turats tahun 1405 H dengan Tahqiq Syeikh Mahmud al-Arnauth.
  7. Cetakan dengan tahqiq Samier bin Amin al-Zuhairi.
  8. Cetakan Dâr al-Thayyibah beberapa kali dan cetakan ketiganya tahun 1427 H dengan tahqiq Nazhar Muhammad al-Fâriyâbi dengan 7 naskah manuskrip.
Kerana pentingnya kitab ini, maka para ulama memberikan perhatian besar kepadanya sejak dahulu hingga sekarang dengan mensyarah dan mengajarkan serta memberikan komentar ilmiah terhadap kitab ini. Di antara syarah kitab ini adalah :
 
  1. Ihkâm al-Ahkâm Syarh ‘Umdatul Ahkâm,karya al-Hafizh Ibnu Daqiq al-‘ Aid wafat tahun 702H dicetak beberapa cetakan, diantaranya;
ü  Cetakan Dâr ‘Alam al-Fikr di Mesir dengan takhrij Thaha Sa’ad dan Mushthafa Al-hawâri dalam 2 jilid.
ü  Cetakan Muhammad Munir Ad-Dimasyqi di Mesir tahun 1342 H dalam 2 jilid dan disebarkan oleh Dâr Al-Kutub Al-‘Ilmiyah di Bairut.
 
  1. al-‘Uddah Bi Syarh al-‘Umdah, karya Muhammad bin Isma’il Ash-Shan’ani. Kitab ini adalah hasyiyah (komentar ilmiyah) terhadap kitab Ihkâm al-Ahkâm Syarh Umdah al-Ahkâm. Kitab ini dicetak al-Mathba’ah al-Salafiyah di Kaherah pada tahun 1379H dalam empat jilid dengan tahqiq Syeikh ‘Ali bin Muhammad Al-Hindi (wafat tahun 1419H).
 
  1. al-I’lâm Bi Fawâ’id ‘Umdah al-Ahkâm, karya al-Hâfizh Sirajuddin Abu Hafsh Umar bin ‘Ali bin Ahmad Al-Anshâri yang dikenal dengan ibnu Mulaqqin wafat tahun 804 H. Kitab ini dicetak pertama kali dalam lima jilid oleh Daar Al-‘Ashimah dengan tahqiq Syeikh Abdul Aziz bin Ahmad bin Muhammad al-Musyaiqih. Kemudian disempurnakan menjadi 11 jilid dengan kata pengantar dari Syeikh Shâlih bin Fauzan al-Fauzan dan Syeikh Bakr bin Abdillah Abu Zaid.
  1. Khulashah al-Kalâm Syarh ‘Umdah al-Ahkâm, karya Syeikh Faishal bin Abdul ‘Aziz Ali Mubaarak wafat tahun 1376 H. Kitab ini telah dicetak beberapa kali di antaranya cetakan kedua diterbitkan Maktabah An-Nahdhah dan Al-Maktabah Al-Ahliyah di Riyâdh tahun 1379 H dan dicetak tahun 1412 H oleh Maktabah al-Rusyd.
 
  1. Aqwâl al-A`imah al-A’lâm Bi Syarh Umdah al-Ahkâm, karya beliau juga dan belum diterbitkan.
  1. Khulashah al-Kalâm ‘ala ‘Umdah al-Ahkâm, karya Syeikh Abdullah bin Abdurahman bin Shalih al-Basâm wafat tahun 1423 H dicetak di Mathba’ah Al-Fajâlah Al-Jadidah di Kaherah.
  1. Taisîr al-‘Alâm Syarh ‘Umdah al-Ahkâm, karya beliau juga. Kitab ini telah dicetak beberapa kali dan pertama kali pada tahun 1380 H di Mathba’ah Al-Madani di Kairo dalam dua jilid. Terakhir keluar cetakan yang lebih baik dari Dâr Al-Maimân tahun 1426 H dalam dua jilid diawasi langsung oleh anak beliau yang bernama Basâm bin Abdillah Al-Basâm.
 
  1. Ta’sis al-Ahkâm ‘Ala Mâ Shahha ‘An Khair al-Anâm Bi Syarh  Ahâdits ‘Umdah al-Ahkâm, karya Syeikh Ahmad bin Yahya al-Najmi. Kitab ini dicetak secara sempurna dalam 5 jilid oleh Daar Al-Minhâj di Mesir tahun 1427 H.
 
  1. al-Ilmâm Bi Syarh ‘Umdah al-Ahkâm, karya Syeikh Isma’il bin Muhammad Al-Anshari wafat tahun 1417 H. Syarah ini cukup ringkas dan mudah sehingga dijadikan buku pegangan siswa di kerajaan saudi Arabia hingga tahun 1397 H. Dicetak beberapa kali diantaranya oleh Maktabah Ar-Riyâdh tahun 1392 H dan Mathba’ah As-Sa’adah di Mesir tahun 1400 H.
  1. Tanbîh al-Afhâm Syarhu ‘Umdah Al-Ahkâm min Kalâm Khairi al-Anâm, karya Syeikh Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin wafat tahun 1421 H. Kitab ini adalah buku pegangan siswa tingkat MTS dan ma’had ilmiyah dimulai tahun ajaran 1397-1398 H dicetak dalam 3 juz dan terakhir digabung dalam satu jilid oleh Dâr Al-Bashirah di Mesir.
  1. Nail al-Marâm Syarh ‘Umdah al-Ahkâm, karya Syeikh Hasan bin Ismail al-Nûri dan Syeikh ‘Alwi bin ‘Abas al-Mâliki wafat tahun 1391 H. Dicetak dalam beberapa cetakan di antaranya cetakan Mathaabi’ Syarikah Asy-Syamarli di Mesir tahun 1392 H.
  1. al-‘Uddah Syarh    al-‘Umdah fi Ahâdits al-Ahkâm, karya ‘Alauddin Ali bin Dawud bin al-‘Athâr Asy-Syâfi’i (tahun 654-724 H) di cetak dengan wakaf dari Syeikh Nizhâm Muhammad Shalih Ya’qubi dan diterbitkan Dâr Al-Basyâ`ir di Libanon tahun 1427 H.
Masih banyak lagi syarah kitab ‘Umdah ini yang masih dalam bentuk naskah manuskrip.
 

No comments:

Post a Comment