Sunday, September 2, 2012

AL-WASITH FI AL-MAZHAB (الوسيط في المذهب)



Kitab al-Wasith fi al-Mazhab (الوسيط في المذهب) adalah sebuah karya Hujjatul Islam al-Imam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali (505H). Kitab al-Wasith merupakan rujukan fiqh utama dalam mazhab al-Syafi’i. Sebenarnya Imam al-Ghazali telah menyusun kitab al-Wasith ini  sebagai ringkasan bagi sebuah karya beliau yang lain iaitu kitab al-Basith fi al-Mazhab (البسيط في المذهب) al-Basith fi al-Mazhab (البسيط في المذهب). Sedangkan kitab al-Basith pula merupakan sebuah ringkasan bagi kitab Nihayah al-Mathlab Fi Dirayah al-Mazhab (نهاية المطلب في دراية المذهب), iaitu sebuah karya agung al-Imam Ruknuddin Abu al-Ma’ali Abdul Malik bin Abdullah al-Juwaini (419-478H), yang  terkenal dengan gelaran Imam al-Haramain.

Kitab al-Wasith telah mendapat perhatian dan sentuhan pena di kalangan ulama mazhab Syafi’i dengan membuat huraian (syarah) dan ringkasannya.

Di antara syarah Kitab al-Wasith ; 

1. al-Muhith Syarh al-Wasith oleh murid al-Ghazali sendiri iaitu Muhyiddin Muhammad bin Yahya al-Naysaburi (548H)
2.     Iydhah al-Aghalith al-Mawjudah fi al-Wasith oleh Ibn Abi al-Dam, Ibrahim bin Abdullah al-Hamdani al-Hamawi (642H),
3.      Syarh Musykil al-Wasith oleh Ibn al-Shalah (643H),
4.   Syarh Musykilat al-Wasith oleh Muwaffiquddin Hamzah bin Yusuf al-Hamawi (670H), 
5.     al-Bahr al-Muhith fi Syarh al-Wasith oleh Najmuddin Ahmad bin Muhammad al-Qamuli (727H). Beliau telah meringkaskan kembali kitab tersebut dalam kitabnya yang berjudul Jawahir al-Bahr. Kemudian Sirajuddin ‘Umar bin Muhammad al-Yamani (887H) telah meringkaskan pula kitab Jawahir al-Bahr dengan kitabnya Jawahir al-Jawahir.
6.      al-Tanqih Syarh al-Wasith oleh Imam al-Nawawi (676H)
7. al-Mathlab al-‘Ali fi Syarh Wasith al-Ghazali oleh Najmuddin Ahmad bin Muhammad ibn al-Rif_’ah (710H) tetapi tidak sempat disiapkanya.
8. Tazkirah al-Akhyar bi ma fi al-Wasith min al-Akhbar – takhrij hadis oleh Sirajuddin ‘Umar bi ‘Ali al-Mulaqqan al-Syafi’i (804H)

 Di antara ringkasan Kitab al-Wasith;

1.  al-Wajiz  oleh al-Ghazali sendiri,
2.  al-Ghayah al-Qushwa fi Dirayah al-Fatwa oleh Nashiruddin al-Baydhawi (685H)

 Kitab al-Wasith karya Imam al-Ghazali ini boleh didownload di pautan berikut;

 Semoga bermanfaat

No comments:

Post a Comment