Dalam
catatan ini akan disenaraikan nama-nama kitab yang dikenali atau dimulai dengan perkataan minhaj
(منهاج). Semoga bermanfaat.
1. Kitab Minhajul
‘Arifin (منهاج العارفين). Ia
adalah sebuah karya dalam bidang tasawuf yang disusun oleh Hujjatul Islam
al-Imam Abu Hamid, Muhammad bin Ahmad
al-Ghazali al-Thushi (450-504H). Baca lagi..
2. Kitab Minhajul
Abidin (منهاج العابدين) atau judul lengkapnya Minhaj al-‘Abidin
ila Jannah Rabb al-‘Alamin (منهاج العابدين
إلى جنة رب العالمين) adalah sebuah kitab tasawuf karya Imam
al-Mujaddid Hujjatul Islam Abu Hamid Muhammad bin Muhammad al-Ghazali
(450-505H), yang terkenal dengan gelaran Imam al-Ghazali. Kitab ini adalah
karya terakhir Imam al-Ghazali., sebagai peninggalan berharga yang menjadi
wasiat bimbingan terakhir beliau bagi umat Islam, sebelum menjelang
kewafatannya. Baca lagi..
3. Kitab Minhaj
al-Wushul ila ‘Ilm al-Ushul (منهاج الوصول إلى
علم الأصول). Ia merupakan sebuah karya dalam bidang
Usul Fiqh aliran Mutakallimin atau Syafi’iyyah yang disusun oleh Imam al-Qadhi
Nishiruddin Abu Sa’id Abdullah ‘Umar Muhammad al-Baydhawi al-Syairazi
al-Syafi’i (685H). Jika disebutkan dengan judul ringkas al-Minhaj lil Baydhawi,
maka ia merujuk kepada kitab ini.
Baca lagi..
4. Kitab Minhaj
al-Thalibin Wa ‘Umdah al-Muftin (منهاج الطالبين وعمدة المفتين). Kitab ini disusun oleh al-Imam
Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (631-676H). Ia merupakan ringkasan kitab al-Muharrar karya al-Imam
Abu al-Qasim Abdul Karim al-Rafi‘i (624H). Walaupun ia merupakan ringkasan
kitab al-Muharrar, namun keistimewaan kitabnya dianggap melebihi kitab
al-Muharrar kerana Imam al-Nawawi telah memilih dan menambah pendapat yang muktamad pada pandangan beliau. Baca lagi...
5.
Kitab al-Minhaj Fi Syarh Shahih Muslim (المنهاج في شرح صحيح مسلم). Ia adalah sebuah karya al-Imam Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi
(676H),yang disusun sebagai huraian bagi kitab Shahih Muslim, iaitu karya al-Imam
Abul Husain Muslim bin al-Hajjaj bin Muslim bin al-Warid bin Kusyaz al-Qusyairi
al-Naisaburi (204-261H), yang terkenal dengan gelaran Imam Muslim. Muat turun
kitab ini di pautan https://www.almeshkat.net/images/icons/pdf.png.
6. Kitab Minhaj
al-Qashidin (منهاج القاصدين)
atau judul lengkapnya Minhaj al-Qashidin wa Mufid al-Shadiqin (منهاج القاصدين ومفيد
الصادقين) adalah sebuah karya
al-Imam Jamaluddin Abu al-Faraj Abdurrahman bin Abu al-Hasan ‘Ali bin Muhammad
bin ‘Ubaidillah al-Qurasyi, yang terkenal dengan gelaran Ibn al-Jauzi (510-597
H). Ia adalah sebuah karya dalam bidang tazkiyah al-nafsi (penyucian diri),
atau juga dikenali dengan bidang tasawuf. Baca lagi...
7.
Kitab Minhaj
al-Muslim (منهاج المسلم). Ia merupakan sebuah
karya Syaikh Abu Bakr Jabir bin Musa al-Jazairi (1924-2018), seorang ulama
terkenal dari Madinah, Arab Saudi. Kandungan kitab ini meliputi bidang akidah, adab
(akhlak), ibadat dan muamalat. Kitab ini
boleh dimuat turun di pautan https://ia801600.us.archive.org/23/items/80184s/80184s.pdf.
No comments:
Post a Comment