Dalam catatan ini akan
disenaraikan nama-nama kitab yang dikenali atau dimulai dengan perkataan tahrir
(التحرير).
Semoga bermanfaat.
1. Kitab al-Tahrir
fi Furu’ al-Fiqh al-Syafi’i (التحرير في فروع الفقه
الشافعي). Kitab ini adalah
sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh al-Qadhi Abu al-‘Abbas Ahmad
bin Muhammad al-Jurjani al-Syafi’i (482H). Baca lagi...
2. Kitab Tahrir Tanqih al-Lubab (تحربر تنقيه اللباب). Ia merupakan sebuah karya Syaikh al-Islam,
al-Qadhi Zaynuddin Abu Yahya Zakariya bin Muhammad bin Ahmad al-Anshari
al-Sunaiki al-Mishri (823-926H). Kitab yang terkenal dengan judul ringkasnya
al-Tahrir ini merupakan ringkasan bagi kitab Tanqih al-Lubab (تنقيه اللباب), iaitu karya al-Imam Waliyuddin Abu Zur’ah
Ahmad bin al-Hafizh Abdul Rahim al-‘Iraqi (762-826H). Baca lagi...
3. Kitab Tahrir
Lughat al-Tanbih (تحرير لغات التنبيه )
atau judul lainnya al-Tahrir fi Syarh Alfazh al-Tanbih (التحرير في شرح ألفاظ
التنبيه) merupakan
sebuah karya al-Imam Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H). Kitab ini
disusun oleh Imam al-Nawawi bagi menghuraikan lafaz-lafaz atau istilah-istilah
tertentu yang terdapat di dalam kitab al-Tanbih (التنبيه), karya al-Imam Abu Ishaq Ibrahim
al-Syairazi al-al-Fairuzabadi (393-476H). Baca lagi...
No comments:
Post a Comment