Kitab al-Tahrir fi Furu’ al-Fiqh
al-Syafi’i (التحرير في فروع الفقه الشافعي) adalah sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh al-Qadhi Abu
al-‘Abbas Ahmad bin Muhammad al-Jurjani al-Syafi’i (482H).
Kitab al-Tahrir ini merupakan sebuah
kitab yang sederhana ukurannya. Di mana penyusunnya menghasilkan kitab ini sebagai
ringkasan fiqh Syafi’i bagi rujukan para penuntut ilmu.
Kitab ini dianggapkan sebagai sebuah karya tersendiri, yang
tidak berkaitan dengan kitab-kitab fiqh sebelumnya. Di mana, ia bukannya
disusun sebagai ringkasan, syarah atau takliq bagi kitab-kitab karya ulama yang
lain.
Kandungan kitab ini dibahagikan kepada 16 buah kitab. Setiap
kitab pula dipecahkan kepada beberapa bab. Manakala setiap bab pula dipecahkan
kepada bebarapa fasal. Bagaimanapun, ada juga kitab yang tidak disebutkan
babnya, seperti Kitab Ahli al-Baghy (pemberontak), kitab al-Riddah dan kitab Had Qitha’ al-Thariq (perompak). Begitu
juga ada bab tertentu yang tidak disebutkan fasal.
Perbincangan permasalahan fiqh dalam kitab ini juga
disebutkan tanpa membawakan dalil dari al-Quran atau Hadis. Penyusun juga tidak
menyebutkan rujukan beliau dalam penyusunan kitab al-Tahrir ini, sama ada nama
kitab atau nama ulama fiqh yang menjadi rujukan beliau. Bagaimanapun,
berdasarkan kandungan kitab ini, dapat diketahui bahawa rujukan utama al-Qadhi
Abu al-‘Abbas al-Jurjani dalam menghasilkan kitab ini adalah karya-karya guru beliau
al-Imam Abu Ishaq Ibrahim al-Syairazi (393-476H),
khusus kitab al-Muhazzab (المهذب) .
Ini terbukti adanya kemiripan permasalahan yang dibincangkan dalam kitab
al-Tahrir dan kitab al-Muhazzab.
Berdasarkan kitab al-Tahrir yang diterbitkan oleh
Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah - Beyrut pada tahun 2008, ia telah dicetak dalam dua
jilid (936 halaman).
Muat
turun kitab al-Tahrir
Semoga
bemanfaat.
No comments:
Post a Comment