Kitab Tadrib al-Mubtadi
wa Tahzib al-Muntahi (تدريب المبتدي وتهذيب
المنتهي ) adalah sebuah kitab fiqh mazhab Syafi’i yang
disusun oleh Syaikh al-Islam Sirajuddin Abu Hafsh ‘Umar bin Raslan bin Yusuf
al-Bulqini al-Syafi’i (805H). Beliau ialah seorang
tokoh ulama terkenal dalam mazhab al-Syafi’i, yang
dianggap oleh para ulama sebagai Mujaddid
abad ke 8 Hijrah.
Selain judul Tadrib al-Mubtadi wa Tahzib al-Muntahi
yang diberikan oleh penyusunnya, kitab ini juga terkenal dengan judul al-Tadrib
fi al-Fiqh al-Syafi’i (التدريب في الفقه الشافعي) dan al-Tadrib fi al-Furu’, atau judul
ringkasnya al-Tadrib (التدريب) sahaja.
Sebenarnyam penyusunan kitab al-Tadrib ini tidak
sempat disiapkan oleh al-Imam Sirajuddin al-Bulqini. Namun begitu, anak beliau
al-Imam ‘Alamuddin Salih bin‘Umar al-Bulqini (868H) telah berusaha menyambung
usaha penyusuan kitab ini bermula dari kitab al-Nafaqat (النفقات) hingga akhir kitab ini.
Di samping kitab
al-Tadribnya, al-Imam Sirajuddin al-Bulqini juga ada menyusun ringkasan bagi
kitab berliau tersebut melalui karya beliau yang berjudul al-Ta’dib fi
Mukhtashar al-Tadrib.
Kitab al-Tadrib ini boleh dimuat turun di pautan
berikut;
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment