Kitab al-Imdad bi Syarh al-Irsyad (الإمداد بشرح
الإرشاد) merupakan sebuah karya
fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh al-Imam Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin
Muhammad bin Ali bin Hajar al-Makki al-Haytami (909-973H).
Kitab al-Imdad ini disusun sebagai huraian (syarah) bagi
kitab al-Irsyad, yang
judul lengkapnya Irsyad al-Ghawi ila Masalik al-Hawi (إرشاد الغاوي إلى
مسالك الحاوي), iaitu sebuah kitab mukhtashar (ringkasan) fiqh mazhab Syafi’i
yang terkenal yang disusun oleh al-Imam Isma‘il bin Abu Bakr Ibn al-Muqri
al-Yamani (837H).
al-Imam Ibn Hajar al-Haytami kemudiannya, telah meringkaskan
kitab al-Imdad ini dengan sebuah karya beliau yang lain, yang berjudul Fath al-Jawad bi Syarh al-Irshad (فتح الجواد على شرح الإرشاد).
Kitab al-Imdad telah diberikan komentar (hasyiah) oleh al-Imam
Syihabuddin Abu al-Abbas Ahmad bin Qasim al-Shibagh al-‘Abbadi al-Qahiri
al-Mishri (995H) melalui karyanya yang berjudul Hasyiah 'ala al-Imdad (حاشية على الإمداد).
Sekadar maklumat yang diketahui, kitab al-Imdad ini belum
pernah lagi cetak dan diterbitkan oleh mana-mana syarikat penerbitan. Ia masih
tersimpan sebagai manuskrip.
Semoga bermanfaat.
Semoga bermanfaat.
Berapa harga nya..?
ReplyDelete