Kitab Ghayah al-Bayan
Fi Syarh Zubad Ibn Ruslan (غاية البيان في شرح
زبد ابن رسلان) adalah sebuah
karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh Imam Syamsuddin Muhammad bin Abu
al-‘Abbas Ahmad bin Hamzah bin Ahmad Syihabuddin al-Ramli al-Munufi (919-1004 H).
Kitab Ghayah al-Bayan
ini disusun sebagai huraian (syarah) bagi matan fiqh yang terkenal, iaitu Matn al-Zubad (متن الزبد),
yang juga dikenali dengan judul Manzhumah Shafwah al-Zubad atau Alfiyyah
al-Zubad fi al-Fiqh al-Syafi’i. Sedangkan Matan Zubad adalah hasil karya
Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin al-Husain bin Hasan bin ‘Ali bin bin Ruslan
al-Ramli al-Maqdisi al-Syafi’i (753H -844H).
Kitab Ghayah al-Bayan ini boleh dimuat turun di pautan غاية البيان في شرح زبد ابن رسلان.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment