Kitab atau matan Jauharatul Tauhid (جـوهـرة الـتـوحـيـد) adalah
sebuah karya dalam bidang akidah Ahli Sunnah wal Jamaah yang disusun oleh al-Syeikh
al-Imam Burhanuddin Ibrahim bin Ibrahim al-Laqqani al-Makki (1041H/1632H).
Matan Jauharatul Tauhid ini disusun dalam bentuk puisi (nazam) yang merangkumi 144 bait.
Matan Jauharatul Tauhid merupakan antara matan ilmu akidah
(usuluddin) yang terkenal dan mendapat perhatian di kalangan para ulama dan
diajarkan kepada para penuntut dan masyarakat awam.
Imam Ibrahim al-Laqqani sendiri telah menyusun kitab huraian
(syarah) bagi matan Jauharatul Tawhid ini melalui 3 buah karyanya, iaitu;
1. ‘Umdah al-Murid
li Jawharah al-Tawhid (عمدة المريد
لجوهرة التوحيد) / al-Syarh al-Kabir.
2. Talhish al-Tajrid li ‘Umdah al-‘Murid (تلخيص التجريد لعمدة
المريد). Ia merupakan ringkasan kitab sebelumnya.
3.
Hidayah al-Murid
li-Jawharah al-Tawhid (هداية المريد الي شرح جوهرة
التوحيد).
Kitab ini juga telah diberikan huraian (syarah) oleh para ulama
terkemudian, antaranya;
1. Fath al-Qarib
al-Majid bi Syarh Jawharah al-Tawhid (فتح القريب
المجيد بشرح جوهرة التوحيد), karya Abdul Barr bin Abdullah bin
Muhammad al-Ajhuri (1070H).
2. Ithaf al-Murid
bi Jawharah al-Tawhid (اتـحـاف الـمـريـد بـجـوهـرة
الـتـوحـيـد)
dan Irsyad al-Murid (إرشاد المريد), karya Syeikh Abdul Salam bin Ibrahim
al-Laqqani (1078H). Beliau merupakan anak kepada Imam Ibrahim al-Laqqani
sendiri.
3. Hasyiah ‘ala
Jawharah Tawhid (Tuhfah al-Murid
`ala Jawharah al-Tawhid ), karya
Syaikh Ibrahim al-Bayjuri –Shaykh al-Azhar
(1234H.)
4. Hashiyah al-Shawi
‘ala Jawharah al-Tawhid fi Ilm al-Kalam, karya Imam Syihabuddin Ahmad bin
Muhammad al-Shawi al-Maliki (1241H).
5.
al-Mukhtasar
al-Mufid Fi Syarh Jawharah al-Tawhid (المختصر المفيد
شرح جوهرة التوحيد -), karya Sheikh Nuh Ali Sulaiman al-Ghuddoh
(bekas Qodhi Al-Qudho di Jordan).
6. ‘Aun al-Murid li Syarh Jawharah al-Tawhid (عون المريد لشرح جوهرة التوحيد), karya Abdul Karim Tatan,
Muhammad Adib al-Kailani
7. Bughyah
al-Murid li Jawharah al-Tawhid (بغية المريد لجوهرة
التوحيد), karya Ibrahim al-Marghani().
8. Tashil
al-Ma’ani ila Jawharah al-Laqqaani (تسهيل المعاني إلى
جوهرة اللقاني), karya Syaikh Jamil Halim al-Asy’ari.
9. al-Qawl al-Sadid
Syarh Jawharah al-Tawhid (القول السديد شرح جوهرة التوحيد), karya Syeikh Ali Utsman Jaradi
Menariknya
Matan Jawharah al-Tawhid yang penting ini turut disyarah di dalam bahasa Melayu
(Jawi) dengan judul “ Syarh Bagi Matan Jauharah al-Tauhid ”.
Tetapi pensyarah di dalam bahasa Melayu tidak diketahui nama pengarangnya (pensyarah).
Pada kulit luar dan dalam kitab ini sekadar diberi maklumat ringkas:
“ Inilah
Kitab Syarah Bagi Matan Jauharat al-Tauhid bagi al-Imam al-Syaikh Ibrahim
al-Laqqani telah diterjemahkandia oleh seorang `ulama` Jawi dengan Bahasa
Melayu. Jaza Allah Muallafaiha khairan ”.
Walau bagaimana
terdapat sedikit maklumat pada akhir penulisan syarah di dalam bahasa Melayu
ini bahawa kitab ini telah selesai dikarang pada hari Rabu, pada bulan Ramadhan
1292H. bertempat di Sambas, Kampung Parit Dalam, Hampir Sultan Muhammad Safiyy
al-Din. Sambas terletak pada bahagian Kalimantan Indonesia.
Matan Jawharah al-Tawhid boleh dibaca di
pautan جـوهـرة الـتـوحـيـد.
Semoga bermanfaat.
a) Hashiyah Ibn al-Amir 'ala Ithaf al-Murid Syarh
Jawharah al-Tawhid, karya Ibn al-Amir
al-Imam Muhammad bin Muhammad bin Ahmad bin Abd al-Qadir bin Abd al-Aziz
(1232H).
b) al-Mazid ‘ala Ithaf al-Murid bi Syarh Jawharah
al-Tawhid (المزيد على
إتحاف المريد بشرح جوهرة التوحيد),
karya Ahmad bin Muhammad bi Ali al-Hasani al-Suhaimi (1178H).
c) Hasyiah al-Syinwani ‘ala Ithaf al-Murid Syarh
Jawharah al-Tawhid (), karya Imam Muhammad bin Ali al-Syinwani ()