Matan Jauharatul Tauhid merupakan antara matan ilmu akidah (usuluddin) yang terkenal dan mendapat perhatian di kalangan para ulama dan diajarkan kepada para penuntut dan masyarakat awam.
Imam Ibrahim al-Laqqani sendiri telah menyusun kitab huraian (syarah) bagi matan Jauharatul Tawhid ini melalui 3 buah karyanya, iaitu;
1. ‘Umdah al-Murid
li Jawharah al-Tawhid (عمدة المريد
لجوهرة التوحيد) / al-Syarh al-Kabir.
2. Talhish al-Tajrid li ‘Umdah al-‘Murid (تلخيص التجريد لعمدة
المريد). Ia merupakan ringkasan kitab sebelumnya.
3.
Hidayah al-Murid
li-Jawharah al-Tawhid (هداية المريد الي شرح جوهرة
التوحيد)[1].
Kitab ini juga telah diberikan huraian (syarah) oleh para ulama terkemudian, antaranya;
1. Fath al-Qarib
al-Majid bi Syarh Jawharah al-Tawhid (فتح القريب
المجيد بشرح جوهرة التوحيد), karya Abdul Barr bin Abdullah bin
Muhammad al-Ajhuri (1070H).
2. Ithaf al-Murid bi Jawharah al-Tawhid (اتـحـاف الـمـريـد بـجـوهـرة الـتـوحـيـد)[2] dan Irsyad al-Murid (إرشاد المريد), karya Syeikh Abdul Salam bin Ibrahim al-Laqqani (1078H). Beliau merupakan anak kepada Imam Ibrahim al-Laqqani sendiri.
3. Hasyiah ‘ala Jawharah Tawhid (Tuhfah al-Murid `ala Jawharah al-Tawhid )[3], karya Syaikh Ibrahim al-Bayjuri –Shaykh al-Azhar (1234H.)
4. Hashiyah al-Shawi ‘ala Jawharah al-Tawhid fi Ilm al-Kalam, karya Imam Syihabuddin Ahmad bin Muhammad al-Shawi al-Maliki (1241H).
5. al-Mukhtasar al-Mufid Fi Syarh Jawharah al-Tawhid (المختصر المفيد شرح جوهرة التوحيد -), karya Sheikh Nuh Ali Sulaiman al-Ghuddoh (bekas Qodhi Al-Qudho di Jordan).
6. ‘Aun al-Murid li Syarh Jawharah al-Tawhid (عون المريد لشرح جوهرة التوحيد), karya Abdul Karim Tatan, Muhammad Adib al-Kailani
7. Bughyah
al-Murid li Jawharah al-Tawhid (بغية المريد لجوهرة
التوحيد), karya Ibrahim al-Marghani().
8. Tashil
al-Ma’ani ila Jawharah al-Laqqaani (تسهيل المعاني إلى
جوهرة اللقاني), karya Syaikh Jamil Halim al-Asy’ari.
9. al-Qawl al-Sadid Syarh Jawharah al-Tawhid (القول السديد شرح جوهرة التوحيد), karya Syeikh Ali Utsman Jaradi
Menariknya
Matan Jawharah al-Tawhid yang penting ini turut disyarah di dalam bahasa Melayu
(Jawi) dengan judul “ Syarh Bagi Matan Jauharah al-Tauhid ”.
Tetapi pensyarah di dalam bahasa Melayu tidak diketahui nama pengarangnya (pensyarah).
Pada kulit luar dan dalam kitab ini sekadar diberi maklumat ringkas:
“ Inilah Kitab Syarah Bagi Matan Jauharat al-Tauhid bagi al-Imam al-Syaikh Ibrahim al-Laqqani telah diterjemahkandia oleh seorang `ulama` Jawi dengan Bahasa Melayu. Jaza Allah Muallafaiha khairan ”.
Walau bagaimana terdapat sedikit maklumat pada akhir penulisan syarah di dalam bahasa Melayu ini bahawa kitab ini telah selesai dikarang pada hari Rabu, pada bulan Ramadhan 1292H. bertempat di Sambas, Kampung Parit Dalam, Hampir Sultan Muhammad Safiyy al-Din. Sambas terletak pada bahagian Kalimantan Indonesia.
Matan Jawharah al-Tawhid boleh dibaca di
pautan جـوهـرة الـتـوحـيـد.
Semoga bermanfaat.
Terima kasih atas perkongsian
ReplyDelete