Kitab
al-Hawasyi al-Bughawiyyah 'Ala al-Muqaddimah al-Hadhramiyyah (الحواشي البغوية على المقدمة الحضرمية)
adalah sebuah karya fiqh mazhab Syafi’I yang disusun oleh al-Syeikh al-'Allamah al-Ustaz Dr. Musthofa Dieb al-Bugha Hafizahullahu Taala. Kitab ini diterbitkan oleh Darul
Mustofa, Dimasq, Syria.
Kitab
ini disusun sebagai huraian bagi kitab al-Muqaddimah al-Hadhramiah (المقدمة الحضرمية), iaitu sebuah karya al-Imam Jamaluddin
Abdullah bin Abdul Rahman Bafadhal al-Sa’di al-Hadhrami (850-918H).
Huraian ini adalah merupakan huraian yang ringkas dan sangat sesuai bagi para pemula
atau mubtadi dalam mempelajari matan al-Muqaddimah al-Hadhramiyyah dan juga
sangat sesuai dijadikan rujukan bagi para asatizah yang mengajarkan kitab ini
kepada penuntut ilmu dan juga orang awam.
Semoga
bermanfaat.
No comments:
Post a Comment