
Kandungan yang terdapat di dalam kitab ini ialah
sebanyak 12 bab iaitu :
1) Menyatakan
mengenai dengan siksaan orang-orang yang meninggalkan sembahyang.
2) Menyatakan
mengenai dengan siksaan orang-orang yang derhaka kepada ibubapa.
3)
Menyatakan
mengenai dengan siksaan orang-orang meminum khamar (arak).
4)
Menyatakan
mengenai dengan siksaan orang-orang yang berzina.
5) Menyatakn
mengenai dengan siksaan orang-orang yang melakukan liwat(hubungan sesama
jenis).
6)
Menyatakan
mengenai dengan siksaan orang-orang yang memakan riba.
7)
Menyatakn
mengenai dengan orang-orang yang tidak redha dengan qada dan qadar Allah dan
yang menyatakan mengenai dengan pahala orang-orang yang sabar.
8)
Menyatakan
mengenai dengan siksaan orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat.
9)
Menyatakan
mengenai dengan siksaan orang-orang yang membunuh orang lain tanpa hak yang
betul.
10) Menyatakan mengenai dengan hak wanita ke atas suaminya
dan orang yang memutuskan hubungan silaturahim dengan ahli keluarga.
11) Menyatakan mengenai dengan Hari Kiamat.
12) Menyatakan mengenai dengan syurga dan isi-isi di
dalamnya.
Kitab Tanbihul Ghafilin versi tulisan Rumi sudah ada
diterbitkan oleh beberapa syarikat penerbitan bagi memudahkan para pembaca kini
menjadikan kitab ini sebagai bahan bacaan
dan rujukan mereka.
Beberapa catatan mengenai kitab Tanbihul Ghafilin
karya Syaikh Abdullah al-Fathani
Berikut dibawakan maklumat ringkas kitab ini,
berdasarkan kajian al-Marhum Haji Wan Mohd Shaghir Abdullah, katanya;
“ Sheikh Abdullah menghasilkan sebuah kitab hadis
berjudul Tanbihul Ghafilin, yang diselesaikan penulisannya tahun 1184 H/1770 M.
Kitab tersebut juga masih beredar di pasaran kitab. Karyanya yang pertama ialah
terjemahan Tanbihul Ghafilin karya Sheikh Abu Laits as-Samarqandi. Terdapat
tiga versi terjemahan beliau, ada yang lengkap merupakan terjemahan keseluruhan
kandungan kitab asalnya. Namun, yang beredar di pasaran hanyalah merupakan
terjemahan petikan-petikan kandungannya saja.
Versi yang sebuah lagi lebih lengkap daripada
yang pernah diterbitkan. Dua versi yang agak lengkap tidak pernah dicetak.
Beberapa manuskrip daripada ketiga-tiga versi tersebut telah dijumpai penulis,
sekali gus menjadikannya koleksi sebagai bahan-bahan rujukan ”[1].
Berdasarkan kenyataan Haji Wan Mohd Shaghir di atas, ini
menjelaskan bahawa kitab Tanbihul Ghafilin (Jawi) yang dicetak dan menjadi
bacaan serta rujukan umat Islam kini, merupakan ringkasan terjemahan dari kitab
Tanbihul Ghafilin bi Ahaditsi Sayyidil Anbiya’ wal Mursalin karya
al-Imam Abu Al-Laith al-Samarqandi al-Hanafi (375H). Di samping kitab ringkasan
ini, terdapat versi lain terjemahan Tanbih al-Ghafilin yang lebih lengkap
yang masih dalam bentuk manuskrip.
Berikut beberapa kesimpulan yang saya perolehi berdasarkan
pengamatan saya terhadap Tanbihul Ghafilin (Jawi) yang dicetak;
a) Kitab
ini merupakan kitab ringkasan bagi terjemahan Tanbihul Ghafilin susunan Syaikh
Abdullah al-Fathani. Ini berdasarkan teks di awal kitab “Ku mulai mukhtashar
ini (كملأي مختصر اين )”, yang bermungkinan dari kata peringkasnya. Wallahu a’lam.
b) Kitab
ini ditulis pada 1184H. Berdasarkan petikan kata pengarangnya; “ Maka adapun
kemudian dari itu. Maka adalah tatkala hijrah Nabi saw seribu seratus
dulapan puluh empat tahun, maka sanya telah meminta kepada ku seorang
daripada sahabatnya yang .... padaku menghimpunkan suatu risalah pada
menyatakan ilmu hadis....”. Menurut pandangan saya, ini merupakan kata-kata
penulis asal kitab, iaitu Syaikh Abdullah al-Fathani yang dipetik oleh
peringkasnya. Manakala berdasarkan kenyataan al-Marhum Haji Wan Mohd Shaghir,
tarikh ini adalah tahun kitab ini selesai ditulis. Wallahu a’lam.
c) Di
akhir kitab terjemahan Tanbih al-Ghafilin tercatat “ (تم هذا الكتاب يائت حديث يغ برنما تنبيه الغافلين فد وقت عشاء فد مالم
ثلاث تيك هاري بولن شعبان فد تاهون سريب تيك راتس انم هجرة نبي صلى الله عليه وسلم)”.
Di mana, dinyatakan selesai penulisan kitab ini pada malam selasa, 3 hb Sya’ban
tahun 1306H. Berdasarkan jarak di antara tahun mula ditulis, iaitu tahun 1184H,
dan tahun selesainya 1306H yang agak jauh, iaitu mengambil masa selama 122
tahun, ini menunjukkan teks terakhir kitab ini adalah kata-kata daripada
peringkasnya. Wallahu a’lam.
d) Jika
dianggap kitab ringkasan ini sememangnya ditulis oleh Syaikh Abdullah sendiri,
kerana melihat kepada teks dalam muqaddimahnya;
“ Maka adapun
kemudian dari itu. Maka adalah tatkala hijrah Nabi saw seribu seratus dulapan
puluh empat tahun, maka sanya telah meminta kepada ku seorang daripada
sahabatnya yang .... padaku menghimpunkan suatu risalah pada menyatakan ilmu
hadis yang muwafakat atas Ahli Sunnah wal Jama'ah pada hal aku memindahkan
daripada bahasa Arab kepada Bahasa Melayu supaya beroleh manfaat dengan dia
kiranya bagi barangsiapa yang tidak tahu bahasa Arab, maka memperkenankan oleh
faqir yang daif lagi bebal yang tiada mempunyai ilmu dan amal pada hal aku
berpegang kepada Allah Ta’ala, iaitu Haji Abdullah anak Abdul Mubin Syafi’i
mazhabnya dan bahawa dijadikan kiranya mukhtashar (ringkasan) ini tulus ikhlas
bagi hadrat-Nya yang mulia dan ku namai hadis ini Tanbih al-Ghafilin
.................. Maka adalah kitab hadis ini aku jadikan dua belas bab”.
Maka
teks di awal kitab “Ku mulai mukhtashar ini (كملأي
مختصر اين ) sebagaimana di nota (a) hingga akhir bab ke 12 adalah
daripada penulisan Syaikh Abdullah al-Fathani sendiri. Manakala teks terakhir
sebagaimana dalam nota (c) di atas, kemungkinan adalah kata-kata penyalin
(nasikh) kitab ringkasan terjemahan Tanbihul Ghafilin ini. Wallahu a’lam.
Kitab Tanbihul
Ghafilin (Jawi) ini boleh dimuat turun di pautan https://ia801606.us.archive.org/24/items/TanbihAlGhafilin/Tanbih%20al-Ghafilin.pdf.
Semoga
bermanfaat.
[1] Dipetik dari artikel berjudul Penulisan hadis tokoh ulama Nusantara, karya Haji Wan Mohd Shaghir bin Abdullah.
Assalamualaikum..
ReplyDeleteMacamana nak oder ya?
sayapon nak order
ReplyDeleteSaya nak order kitab ni satu
ReplyDeleteAda yg nk bli ke kitab ni..?0135466246 bleh call
ReplyDeleteIsi kandungan kitab ni agak sama dengan kitab al-Yawaqit wal Jawahir fi Uqubat Ahli al Kabair
ReplyDeleteKata az-Zahabi, kitab asal ini banyak terdapat hadis palsu. Jadi tak boleh baca kalau tak tahu bab takhrij.https://www.muftiwp.gov.my/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2197-al-kafi-675-pandangan-berkaitan-kitab-tanbih-al-ghafilin
ReplyDelete