Kitab Miftah al-Jannah (مفتاح الجنة) adalah sebuah karya dalam bidang aqidah (Usuluddin) yang disusun oleh Syaikh Muhammad
Thayyib bin Mas`ud al-Banjari dalam bahasa Melayu (Jawi). Kitab ini merupakan
terjemahan dan huraian bagi kitab Umm al-Barahin, karya Imam Muhammad bin Yusuf bin `Umar bin Syu’aib al-Sanusi
al-Maliki al-Hasani al-Tilimsani (832-895H).
Kitab ini disusun oleh Syaikh Muhammad Thayyib dalam bahasa
Melayu bagi memudahkan umat Islam mempelajari dan memahami ilmu aqidah. Kata beliau;
“ Dan ada pun kemudian dari itu, tatkala ku lihat akan
kebanyakan daripada orang Jawi tiada faham mereka itu akan kalam Arab kerana
lemah mereka itu pada menuntut ilmu yang bahasa Arab, maka tiadalah mengenal
oleh setengah daripada mereka ituakan tafsil segala ‘aqa-idul iman dan tiada
mengenal ia akan dalilnya yakni tiada mengenal kebanyakan mereka itu akan
tafsil simpulan iman yang lima npuluh seperti yang tersebut di dalam kitab Kifayatul
‘Awam atau enam puluh atau enam puluh enam seperti yang tesebut di dalam Umm al-Barahin. Dan tiada mengenal mereka itu
akan dalilnya yang ijmali tetap dalil sekalian ‘aqa-id yang tersebut ”.
Dalam penyusunan kitab ini, Syaikh Muhammad Thayyib
al-Banjari telah menambah beberapa keterangan untuk menjelaskan lagi maksud
ungkapan-ungkapan perkataan yang terkandung di dalam kitab Umm al-Barahin
dengan merujuk kepada beberapa kitab syarah (huraian) dan hasyiahnya. Kata Syaikh
Muhammad Thayyib;
“ Maka aku pungut bagi mereka itu segala simpulan iman
daripada kitab Umm al-Barahin dengan bahasa mereka dan aku datangkan dengan
dalil pada sisi madlulnya dan aku nyatakan segala makna tiap-tiap ‘aqa’id itu
dengan barang yang aku tilik akan dia daripada segala syarah dan segala hasyiyah
atas jalan memendekkan kerana memudahkan mereka itu ”.
Berdasarkan beberapa cetakan kitab ini, ia dicetakkan bersama
tiga buah kitab yang lain, iaitu;
a) Kitab
Ushul al-Tahqiq pada ilmu usuluddin.
c) Kitab
Tajwid al-Quran.
Semoga bermanfaat.
mantab bang
ReplyDelete