Kitab ‘Unwanul Falah wa 'Unfuwanus Shalah (عنوان الفلاح و عنفوان
الصلاح) adalah sebuah karya dalam bahasa Melayu (Jawi) susunan Syaikh Ahmad bin Muhammad Zain
bin Mustafa al-Fathani (1856-1908M).
Kandungan kitab ini membincangkan mengenai aqidah, fiqh dan
tasawuf. Kitab ini selesai disusun
sesudah Asar, hari Jumaat, 7 Syawal
1319H bersamaan 16 Januari 1902 M di Mekah. Saya belum mendapat maklumat
mengenai cetakan terawal kitab ini.
Di antara cetakan terbaharu kitab ini ialah yang telah
diterbitkan al-Marhum Tuan Haji Mohd Shaghir Abdullah melalui syarikatnya
Khazanah Fathaniyah. Di antara cetakan kitab ini yang tersebar luas hingga kini
ialah yang diterbitkan oleh Mathba’ah Ben Halabi, Patani, Thailand.
Di bahagian muka hadapan kitab ini ditulis “ Inilah kitab
yang bernama ‘Unwanul Falah pada menyatakan ilmu tauhid dan Ilmu feqah dan adat
perangai yang elok dan ilmu pergaulan ”.
Di antara isi kandungannya;
1) Muqadimah pada kelebihan
ilmu dan menuntutinya dan ahlinya dan mengajarnya.
2)
Pada menyatakan bab
Taharah.
3)
Pada menyatakan Bab
Solat.
4)
Pada menyatakan Bab
Zakat.
5)
Pada menyatakan Bab
Puasa.
6)
Pada menyatakan Bab Haji
dan Umrah.
7)
Pada menyatakan Bab
Sembelihan dan makanan.
8) Pada
menyatakan Bab Bersumpah dan nazar.
9)
Pada menyatakan Bab Kira
Bicara.
10) Pada
menyatakan Bab Membahagi Pusaka.
11) Pada
menyatakan Bab Bicara Nikah.
12) Pada
menyatakan Bab Segala Dosa besar serta Dera nya (siksaannya).
13) Pada
menyatakan Bab Beberapa Kebajikan.
14) Pada
menyatakan Katamah Pada menyatakan berperangai dengan segala perangai yang baik.
Sekadar
ini sahaja catatan mengenai kitab ini. Semoga bermanfaat.
Canne nk oder kitab ni?
ReplyDelete