Kitab Mathla’ al-Nurain (مطلع النورين) adalah karya Dato' Syaikh Zakaria bin Haji Ahmad Wan Besar (1928-2011),
seorang ahli jawatankuasa Majlis Fatwa Negeri Kedah Darul Aman.
Sebagaimana judul lengkapnya “Matla’ al-Nurain -Untuk
Menghuraikan ‘Ibarat Kitab Matla’ al-Badrain”, maka tujuan penyusunan kitab
ini adalah sebagai kitab syarah (huraian) bagi kitab Mathla’ al-Badrain wa Majma’al-Bahrain (مطلع البدرين ومجمع البحرين), karya Syaikh Muhammad bin Ismail Daud al-Fathani (1914),
untuk memudahkan ‘ibarat yang kusut dan uslub yang payah -yang tidak dapat
difahami maksudnya oleh kebanyakkan generasi kini, yang terdapat di dalam kitab
tersebut.
Buku ini amat sesuai dibaca oleh semua lapisan masyarakat
bagi mendalami pengetahuan agama masing-masing. Ini kerana, penyusun merupakan
seorang yang berkelulusan dari Universiti Al-Azhar, Mesir dan beliau
berpengalaman luas dan menjalankan dakwah dan pengajaran secara 'nizami' dan
'umumi' di serata tempat di negeri Kedah, di masjid-masjid, surau dan
jabatan-jabatan kerajaan.
Oleh kerana itu, buku ini telah banyak digunakan oleh para
guru ta'mir masjid surau seluruh Malaysia, khususnya di negeri Kedah Darul Aman
sebagai salah satu sukatan (kurikulum) yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal
Agama Islam Negeri Kedah Darul Aman. Kitab Mathla’ al-Nurain telah diterbitkan
oleh Pustaka Darussalam – Kedah dalam tiga juzuz.
Semoga bermanfaat.
No comments:
Post a Comment