Kitab Bidayah
al-Mubtadi wa ‘Umdah al-Awladi (بداية المبتدي وعمدة الأولادي) merupakan sebuah kitab menerangkan tiga
bidang utama keilmuan Islam iaitu tauhid (akidah), fiqh, dan tasawuf. Kitab ini
ditulis dalam bahasa Melayu beraksara Arab (Jawi).
Mengenai penyusun kitab ini,
terdapat perbezaan pandangan di kalangan para pengkaji. Ini berlaku kerana
penyusunnya tidak menyebutkan namanya, sama ada di bahagian pendahuluan kitab
ataupun di bahagian akhir kitab sebagaimana yang biasa dilakukan oleh para
penulis kitab-kitab yang lain.
Berdasarkan beberapa cetakan
kitab ini, di halaman depan kitab - nama pengarang tidak dicantumkan. Bahkan
ada di bawah judul kitab ini keterangan berikut;
“ Pada bicara ‘aqaid al-Iman dan beberapa
hukum bagi ibadat terjemah bahasa Melayu oleh setengah daripada mereka yang
alim dan tiada disebutkan namanya kerana soleh dan waraknya ”
Menurut A. Ginanjar Sya’ban
dalam bukunya, Mahakarya Islam Nusantara: Kitab, Naskah, Manuskrip dan
Korespondensi Ulama Nusantara, penyusun kitab Bidayah al-Muhtadi ialah Syaikh
Muhammad Shalih Rawah ibn Muhammad Murid al-Khalwati al-Sammani al-Rawi
al-Jawi. Nama tokoh yang terkenal dengan panggilan Syaikh Shaleh Rawa ini ada
disebutkan oleh editor di halaman terakhir bagi versi cetakan Maktabah Musthofa
al-Babi al-Halabi, Kaherah - pada tahun 1374 H/ 1955 M[1].
Manakala menurut al-Marhum
Haji Wan Muhd Shoghir bin Abdullah pula, penyusun kitab Bidayah al-Muhtadi ini ialah Syaikh Muhammad Arsyad bin Abdullah
bin Abdur Rahman al-Banjari (1710-1812H)[2].
Sebagai makluman Syaikh Muhammad Arsyad al-Banjari adalah guru kepada Syaikh Muhammad Shalih
Rawa di atas.
Dalam kata pengantar kitab Bidayah al-Muhtadi, penyusunnya
mengatakan kitab ini merupakan sebuah
risalah kecil yang ringkas, yang menghimpun kajian atas perkara-perkara yang
harus diketahui oleh setiap muslim yang mukallaf, dari ilmu tauhid dan fiqh.
Kitab ini diselesaikan oleh penyusunnya pada waktu pagi hari Ahad, awal bulan
Jumadil Akhir tahun 1254 H.
Tujuan kitab ini disusun khusus sebagai panduan
dan pegangan untuk mereka yang baru belajar dan kanak-kanak. Kata penyusun kitab; “ Dan aku namai akandia
dengan Bidayah al-Mubtadi wa ‘Umdah al-Awladi (بداية المبتدي وعمدة الأولادي ) ertinya permulaan bagi segala orang yang baharu belajar dan
perpegangan bagi segala kanak-kanak ”.
Muat turun kitab ini dipautan https://archive.org/details/BidayahAlMubtadi
atau terus dipautan;
Semoga bermafaat.
adakah yang tulisan bahasa indonesianya ?
ReplyDelete