Kitab Faidh al-Malik al-‘Allam li ma Isytamala ‘alaihi
al-Nusuk min al-Ahkam (فيض الله الملك العلام لما اشتمل عليه النسك من الأحكام) adalah sebuah
kitab ringkas yang menerangkan mengenai tatacara ibadat haji dan umrah
berdasarkan mazhab Syafi’i. Kitab ini disusun oleh al-‘Allamah al-Syaikh
Muhammad Shalih bin Syaikh Ibrahim al-Rayyis (1187-1240H).
Kitab
ini telah diberikan huraian (syarah) oleh dua orang murid Syaikh Muhammad
Shalih al-Rayyis, iaitu;
1) al-'Allamah
al-Sayyid Yusuf bin Muhammad bin Yahya bin Abu Bakr bin Ali al-Baththah
al-Ahdal al-Husaini al-Zabidi (1246H), dengan karyanya yang berjudul Irsyad al-Anam ila Syarh Faidh al-Malik al-‘Allam li ma Isytamala ‘alaihi al-Nusuk min al-Ahkam (إرشاد الأنام إلى شرح فيض الله الملك العلام لما اشتمل عليه النسك من الأحكام).
2) al-‘Allamah Syaikh Muhammad Nawawi al-Bantani al-Jawi (1230-1314H), dengan karyanya yang
berjudul ‘Umdah al-‘Awam fi Syarh Faidh
al-Malik al-‘Allam (عمده العوام في شرح فيض الملك العلام).
Saya
belum dapat maklumat kitab Faidh al-Malik al-‘Allam ini dalam versi cetakan. Manakala
manuskripnya boleh dimuat turun di
pautan https://al-mostafa.info/data/arabic/depot/gap.php?file=m016459.pdf.
Kitab
Irsyad al-Anam pula boleh dimuat turun di pautan إرشاد الأنام dan kitab ‘Umdah al-‘Awam di pautan عمده العوام.
Semoga
bermanfaat.
No comments:
Post a Comment