Kitab Bidayah al-Hidayah Syarh Matn Umm al-Barahin (بداية الهداية شرح متن أم البراهين)
adalah sebuah karya dalam bidang aqidah berdasarkan mazhab Ahli Sunnah wal Jama’ah.
Kitab ini disusun oleh Syaikh Muhammad Zayn bin Faqih Jalaluddin al-Asyi (),
seorang ulama terkenal dari Acheh, Indonesia.
Kitab
ini merupakan himpunan huraian dan ulasan di dalam bahasa Melayu terhadap kitab Umm al-Barahin(أم البراهين) ,
iaitu sebuah kitab dalam bidang akidah yang terkenal, yang disusun al-Imam
Muhammad bin Yusuf bin `Umar bin Syu’aib al-Sanusi al-Maliki al- Hasani
al-Tilimsani (832-895H).
Kitab Bidayah al-Hidayah ini selesai disusun di Makkah pada
malam Jumaat 24 Syaaban (1170H/1756M). Menurut Tuan Guru Wan Muhammad Shaghir
Abdullah, kitab karya ulama Aceh ini merupakan kitab aqidah yang tertua yang
masih berada di pasaran, adapun kitab aqidah yang lebih awal ataupun yang
berdekatan tahun selesai penulisan dengannya sudah tidak diterbitkan lagi.
Menurut Ustaz Zaidi Abdullah dari Akademi Ulum Pondok dan
Pencerahan Tamadun, kitab ini ada diberikan taqrir (catatan) oleh Syaikh Ahmad
bin Muhammad Zain al-Fathani yang diselesaikan pada hari Sabtu, 20 Rejab, 1303H.
Kitab
Bidayah al-Hidayah boleh dimuat turun di pautan;
Semoga
bermanfaat.
No comments:
Post a Comment