Kitab Hidayatush
Shibyan Fi Ma’rifatil Islam wal Iman (هِدَايَةُ الصِّبْيَانِ فِى مَعْرِفَةِ اْلإِسْلاَمِ
وَاْلإِيــْمَانِ) merupakan sebuah
karya mengenai akidah dan fiqh berdasarkan mazhab Syafi’i dalam bahasa Melayu
yang disusun Syaikh Abu ‘Abdullah Husain Nashir bin Muhammad Thayyib al-Mas’udi al-Banjari (1863-1936M), yang mashyur dengan nama Tuan Guru Tuan Hussin Kedah.
Sebagaimana
judulnya Hidayatush Shibyan Fi Ma’rifatil Islam wal Iman (Petunjuk Kanak-Kanak Pada
Mengenal Islam dan Iman) kitab ini ditulis oleh penulisnya sebagai panduan umat
Islam, khususnya bagi kanak-kanak atau mereka baharu mula ingin mempelajari ajaran
Islam, sama ada dari aspek akidah atau syariatnya. Kitab banyak diajar di
pondok-pondok pengajian Islam bagi mereka yang baru memasuki alam pondok.
Dan kitab ini telah
selesai penulisannya oleh pengarang pada hari Isnin, 18hb. Muharram 1330 Hijrah
bersamaan 08hb. Januari 1912 Masihi.
Secara umumnya
kandungannya kitab ini dibahagikan kepada
7 bahagian, iaitu;
1) Kata Pengantar
penulis.
2) Muqaddimah Fil
Iman wal Islam. (Makna iman dan Islam,rukun Iman dan Islam dan sifat wajib bagi
Allah SWT dab para Rasul).
3) Kitab al-Shalah
(Sembahyang), yang terbahagi kepada 11 fasal. (mengenai bersuci dan syarat sah
dan perkara membatalkan sembahyang serta
bang [azan] dan iqamat).
4) Bab fi Arkan
al-Shalah (Rukun-rukun Sembahyang). Terbahagi kepada 16 fasal. Fasal 1- 8,
berkaitan dengan rukun sembahyang. Fasal seterusnya berkaitan dengan perkara
sunat sembahyang, sembahyang sunat, qasar dan jamak, sembahyang berjamaah, berkaitan
dengan sembahyang Jumaat, dan berkaitan dengan orang sakit dan jenazah.
5) Bab al-Zakat. Terbahagi
kepada 2 fasal. Fasal pertama berkaitan dengan pembahagian zakat dan fasal kedua
mengenai beberapa masalah berkaitan dengan zakat.
6) Bab al-Shiyam
(Puasa).
7) Bab al-Haj wal ‘Umrah.
Berkaitan ibadat haji dan umrah.
Pada masa kini,
kitab Hidayatush Shibyan ini telah disalin kembali dengan tulisan Rumi dan telah
diterbitkan oleh beberapa syarikat penerbitan bagi memudahkan generasi sekarang
membaca dan memahami isi kandungannya.
Kitab Hidayatul
Shibyan (edisi Jawi) ini boleh dibaca secara on line di pautan https://sites.google.com/site/kitabhidayatussibyan/.
Maklumat lanjut mengenai kitab ini boleh dibaca dan dimuat turun melalui pautan Kitab Turath Fiqh Syafie Jawi Sebagai Medium Penyampaian Ilmu Fardu Ain di Malaysia: Analisis Metodologi Penulisan Kitab Hidayat al-Sibyan fi Ma‘rifat al-Islam wa al-Iman
Semoga
bermanfaat.
No comments:
Post a Comment