Kitab al-Tajrid fi al-Furu’ (التجريد في
الفروع) adalah sebuah karya fiqh yang disusun oleh al-Imam Abu
al-Hasan Ahmad bin Muhammad bin Ahmad al-Mahamili al-Dhabbi al-Baghdadi
(368-415H). Beliau terkenal dengan gelaran al-Mahamili.
Kitab ini mejadi rujukan para ulama mazhab Syafi’i terdahulu.
Mereka banyak menukilkan pandangan Imam al-Mahamili mengenai sesuatu permasalahan
fiqh daripada kitab ini bagi mengisi
perbahasan fiqh dalam karya-karya mereka. Imam al-Nawawi contohnya, banyak
memetik isi kandungan kitab al-Tajrid ketika menyusun kitab al-Majmuk (). Di
antaranya ia boleh didapati dalam Juz 1 (m/s 108, 123, 133, 356), Juz 5 (m/s
176, 190, 191, 209, 217, 219, 239, 254, 423) dan Juz 6 (m/s 139, 186, 443, 450,
525).
Kitab al-Tajrid ini telah diringkaskan oleh murid Imam al-Mahamili
yang bernama Abu Hatim Mahmud bin al-Hasan bin Muhammad al-Anshari al-Thabari
al-Qazwaini (440H) melalui kayanya yang berjudul Tajrid al-Tajrid ( تجريد التجريد).
Sekadar ini saja maklumat yang diperolehi mengenai kitab ini. Saya
belum menemui maklumat cetakan dan kewujudan manuskrip kitab ini pada masa kini.
Mungkinkah manuskrip kitab ini masih wujud atau ada tersimpan di perpustakaan-perpustakaan
atau pusat-pusat manuskrip utama di timur tengah maupun di barat ?.
Semoga bermanfaat.