Kitab
al-Khazâin
al-Saniyyah min Masyâhir al-Kutub al-Fiqhiyyah li Aimmatinâ al-Fuqahâ
al-Syâfi’iyyah (الخزائن السنية من مشاهير الكتب الفقهية لإئمتا الفقهاء الشافعية) merupakan
sebuah karya penting yang perlu dimiliki oleh para ulama dan penuntut ilmu, khususnya
mereka yang mengkaji dan mempelajari
kitab-kitab fiqh mazhab Syafi’i. Di mana, kitab ini adalah sebuah karya bibliografi
(thabaqât al-kutub) yang menghimpun nama-nama dan data-data kitab fiqh mazhab
Syafi’i beserta pengarangnya. Lebih dari 400 nama kitab fiqh Syafi’i dan
pengarangnya dirangkumkan dalam kitab ini.
Penyusun
(pengarang) kitab ini adalah Syaikh ‘Abd al-Qâdir ibn ‘Abd al-Muthallib
al-Mandîlî al-Jâwî (1904-1965 M), seorang ulama besar fiqh dan hadits yang berasal
dari Nusantara (tepatnya dari Mandailing, Sumatera Utara), yang mendapat
kedudukan sebagai guru di Masjidil Haram, Makkah pada zamannya. Nisbah
“al-Mandîlî” di belakang nama pengarang merujuk kepada daerah asalnya;
Mandailing.
Menurut
al-Mandili, beliau meyusun kitab al-Khazain sebagai rujukan pentela’ah kitab-kitab
mazhab Syafi’i. Di mana, kitab ini dapat memudahkan mereka mentelaah
kitab-kitab fiqh mazhab kerana nama-nama pengarang kitab yang dikandungnya
terkadang masih samar bagi pembaca, serta istilah-istilah yang boleh jadi belum
diketahui oleh pelajar.
Syaikh al-Mandili menjadikan karyanya
ini terdiri dari 8 pasal, iaitu;
a)
Fasal 1: Nama-nama kitab yang kerap
disebutkan dalam kitab-kitab fiqh Syafi’iyyah. Inilah kandungan utama kitab al-Khazain
al-Saniyyah dan intinya yang paling banyak dihimpunkan oleh penyusun.
b) Fasal 2: Menyenaraikan nama Para ahli fiqh yang 7 (al-Fuqaha
al-Sab’ah) yang berada di Madinah Munawwarah.
c) Fasal 3: Nama-nama para Mujaddid umat ini.
d) Fasal 4: Nama-nama Ahli Hadits (al-Muhaddits) yang sering
disebutkan dalam kitab-kitab fiqh.
e) Fasal 5: Rumuz nama-nama pengarang kitab.
f) Fasal 6: Beberapa istilah, iaitu gelaran dan sifat sebahagian
ulama yang sering disebutkan dalam kitab-kitab fiqh Syafi’iyyah seacara khusus,
dan kitab-kitab ilmiah secara umum.
g) Fasal 7: Nama-nama golongan yang sesat (al-Firaq), yang
menyalahi Ahli Sunnah wa Jama’ah.
h) Fasa 8: Ahli Qiraah yang tujuh (al-Qurra’ al-Sab’ah) beserta
para perawinya.
Bagi
memudahkan rujukan pembaca, semua nama-nama dan istilah yang disebutkan telah
disusun mengikut susunan abjad (alif, ba’ ta’…..).
Kitab
al-Khazain versi fail PDF boleh dimuat
turun di sini. Maklumat lanjut mengenai Syaikh Abdul Qadir al-Mandili boleh dibaca di sini.
Semoga
bermanfaat.