Saturday, September 29, 2018

Bayan Linnas (بيان للناس)


Buku Bayan Linnas (بيان للناس): Penjelasan Isu-Isu Semasa ialah himpunan daripada kenyataan-kenyataan umum oleh Sahibul  Samahah Datuk Dr. Zulkifli bin Mohamad al-Bakri, Mufti Wilayah Persekutuan terhadap isu-isu nasional dan antarabangsa. Ia merupakan pandangan hukum terhadap sesuatu persoalan yang memerlukan kepada penjelasan syarak secara tepat.

Kenyataan ini terdiri daripada pelbagai bidang seperti akidah, syariah, akhlak dan social. Justeru penerbitan buku seumpama ini mampu memberi kefahaman yang baik tentang Islam serta melengkapi dengan khazanah ilmiah yang lain.

Buku ini telah diterbitkan oleh Grup Buku Karangkraf Sdn. Bhd. dalam tiga jilid. Kandungan buku ini memaparkan 119 isu atau topik yang pernah diterbitkan oleh Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan melalui laman http://www.muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas.

Selain buku ini, sebenarnya kandungan Bayan Linnas ini sudah pun diterbitkan sebelumnya dalam bentuk risalah yang memaparkan suatu isu atau tajuk tertentu sahaja.

Oleh itu penerbitan buku ini sangat bermanfaat, kerana pembaca dapat membaca dan meneliti serta mendapat maklumat penting mengenai isu-isu yang pernah dibincangkan dengan lebih mudah. Semoga terbitan seterusnya akan menyusul dengan memaparkan himpunan beberapa kajian mengenai isu-isu baru yang memerlukan kajian dan penelitian para ulama. 

Bagi mendapat maklumat mengenai isu-isu terbaru yang dibincangkan oleh Sahibul Samahah Mufti Wilayah Persekutuan, pembaca boleh ikutnya di pautan pejabat mufti yang dilampirkan di atas.

Semoga bermanfaat. 

Wednesday, September 26, 2018

Himpunan Fatwa Mufti Kerajaan Negeri Kelantan


Buku Himpunan Fatwa Mufti Kerajaan Negeri Kelantan adalah kombinasi dari dua buah buku Fatwa Edisi Jawi iaitu Himpunan Fatwa Mufti Kerajaan Negeri Kelantan Jilid pertama yang diterbitkan pada Disember 1986 dan Jilid kedua pada Mei 1993. Penerbitan buku ini diselenggarakan oleh Dato’ Haji Mohamad Shukri b. Mohamad, (Mufti Kerajaan Negeri Kelantan) dan diterbitkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) dengan cetakan pertama (edisi Rumi) pada tahun 2014.

Bagi memenuhi permintaan pembaca dan meluaskan audiens terutama generasi muda yang cenderung dan mampu membaca rumi, maka buku ini diterbitkan dalam edisi rumi, di samping jadi identity dan imej Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat  Melayu Kelantan (MAIK) sejak satu abad yang lalu.

Buku ini mengandungi 50 bab yang telah disusun semula mengikut keutamaan. Berikut ringkasan permasalahan yang terdapat dalam buku ini; dengan didahului permasalahan yang berkaitan dengan akidah (bab 1-3), taharah (bab 4-6), sembahyang (bab 7-14), korban (bab 15) dan sembelihan (bab 16), zakat (bab 17), perkawinan dan yang berkaitan (bab 18-21), perceraian (bab 22-26), nafkah (bab 27), pembahagian harta sepencarian (bab 28), nasab (bab 29), penyusuan (bab 30), hadhanah (bab 31), kematian (bab 32-33), pusaka dan wasiat (bab 34-35), pemberian semasa hidup (bab 36), tanah perkuburan (bab 37), wakaf (bab 38), muamalat dan berkaitan (bab 39-43), pakaian ( bab 44), perhiasan (bab 45), melihat gambar dan wayang gambar (bab 46), makanan dan minuman (bab 47), kuasa mufti (bab 48), masalah umum (bab49) dan bermacam-macam kesalahan (bab 50).

Buku ini boleh menjadi panduan kepada umat Islam mengenai beberapa permasalahan agama berdasarkan fatwa-fatwa yang pernah dikeluarkan oleh Mufti dan Jemaah Ulama’  Majlis Agama Islam Kelantan. 

Semoga bermanfaat.

al-Ghayah fi Syarh al-Hidayah fi ‘Ilm al-Riwayah


Kitab al-Ghayah fi Syarh al-Hidayah fi ‘Ilm al-Riwayah (الغاية في شرح الهداية في علم الرواية) merupakan sebuah karya mengenai ilmu hadis yang disusun oleh Aal-Imam al-Hafizh Syamsuddin Abu al-Khair Muhammad bin al-Abdul Rahman al-Sakhawi al-Syafi’i al-Imam al-Hafizh Syamsuddin Abu al-Khair Muhammad bin al-Abdul Rahman al-Sakhawi al-Syafi’i (831-902H).

Kitab al-Ghayah ini disusun sebagai huraian bagi kitab al-Hidayah fi ‘Ilm al-Riwayah (الهداية في علم الرواية), iaitu sebuah kitab yang disusun dalam bentuk nazam oleh al-Imam al-Hafizh Ibn al-Jazari (751-833H) al-Imam al-Hafizh Ibn al-Jazari (751-833H)

Dalam kitab al-Ghayah ini, Imam al-Sakhawi telah menghuraikan lafaz-lafaz (perkataan) yang susah difahami yang terdapat dalam kitab al-Hidayah fi ‘Ilm Riwayah  tersebut. 

Kitab ini boleh dimuat turun di pautan الغاية في شرح الهداية في علم الرواية. Manakala matan al-Hidayah fi ‘Ilm al-Riwayah boleh  dimuat turun di pautan الهداية في علم الرواية

Semoga bermanfaat.

Minhaj al-Muslim (منهاج المسلم)


Kitab Minhaj al-Muslim (منهاج المسلم) Ia merupakan sebuah karya Syaikh Abu Bakr Jabir bin Musa al-Jazairi (1924-2018), seorang ulama terkenal dari Madinah, Arab Saudi. Kitab ini dianggap sebagai sebuah ensiklopedia yang memaparkan ajaran Islam meliputi bidang akidah, adab, akhlak, ibadat dan muamalat. 

Menurut Syaikh Abu Bakr al-Jazair, beliau menyusun kitab Minhajul Muslim ini atas permintaan seorang kawan beliau yang berada di Wujdah, Maghribi untuk menuliskan kepada mereka dan kemudian syaikh mengabulkan permintaan tersebut dengan cara mengumpulkan bahan-bahan rujukan yang diperlukan dan tidak lupa berdoa supaya diberikan kemudahan dalam menyusun buku tersebut.

Kitab ini terdiri dari 5 bab dan setiap bab dibahagikan pula kepada beberapa fasal, iaitu;

a)     Bab Aqidah, terdiri dari  17 fasal,
b)     Bab Etika (Adab), terdiri dari 14 fasal,
c)      Bab Akhlak, terdiri dari 2 fasal,
d)     Bab Ibadah, terdiri dari 14 fasal,
e)     Bab Mu’amalah, terdiri dari 13 fasal

Setiap fasal dari bab ibadah dan mu’amalah terdapat materi yang terkadang banyak dan terkadang sedikit. Menurut Syaikh Jabir buku tersebut memuat prinsip-prinsip Islam berserta cabang-cabangnya, kitab Minhajul Muslim merupakan panduan jalan hidup orang Muslim, yang dapat dijadikan pegangan oleh individu, keluarga dan organisasi.

Berbagai permasalahan pokok dihuraikan secara transparan dan padat, mengacu kepada dalil-dalil yang akurat dan kuat, kerana Syaikh Abu Bakr al-Jazair memiliki komitmen yang tinggi untuk mengikuti jejak salafush-shalih, terlepas dari dalil-dalil yang meragukan, apalagi dha’if, seperti yang biasa menghiasi buku-buku lain.

Belum genap dua tahun, kitab tersebut telah rampung sehingga pada cetakan-cetakan berikutnya buku ini benar-benar sudah disempurnakan sehingga layak untuk dipelajari dan diamalkan bagi kalangan muslim. Disebabkan pada cetakan pertama hingga cetakan ketiga buku tersebut laris terjual di kalangan masyarakat, maka pada cetakan yang keempat beliau menambahkan fasal baru 1aitu Ilmu Faraid yang terdapat pada bab mu’amalah serta melengkapi harakat (baris) pada nash yang ada. Beliau juga menambahkan satu fasal lagi, iaitu perlumbaan, memanah, olahraga dan akal pada bab mu’amalah.  

Sementara ciri bahasan dalam kitab-kitab fiqh secara umum ialah mengemukakan pendapat para imam, para mazhab, dengan dalih masalah khilafiyah atau mengacu kepada hadis kemudian memilih pendapat yang paling benar di antara pendapat berbagai mazhab, seperti yang pernah ditulis oleh Imam Abu Hanifah, Imam Malik, Imam al Syafi’i dan Imam Ahmad, jika terdapat nash atau dalil yang tidak pasti datangnya dari al-Qur’an dan Sunnah kerana keduanya adalah sumber kekuatan dan kebaikan di semua waktu dan tempat.

Bab-bab yang disusun oleh Syaikh Abu Bakr cukup lengkap dan mudah bagi kita untuk menemukan permasalahan sesuai sub judul yang kita inginkan. Buku tersebut dikemas secara sistematik dengan gaya bahasa yang menarik dan mudah difahami. Sehingga tidak heran jika buku ini telah dicetak berulang kali dalam edisi aslinya dan tersebar luas di banyak negara.

Bahkan beliau berani mengklaim bahwa jika kaum muslimin mengamalkan manhaj ini dalam bab aqidah atau bab fiqh atau bab etika (akhlak), bererti ia telah mengamalkan syariat Allah dan petunjuk sunnah Rasulullah. Jadi beliau tidak mendasarkan pemahamannya kepada mazhab tertentu saja, karena beliau mengungkapkan seandainya ini beliau lakukan tentu beliau sangat mampu melakukannya.

Ini artinya beliau tidak taqlid dan ta’ashub madzhabiyyah sebagaimana orang-orang yang suka mendasarkan pendapatnya kepada salah satu pendapat saja dan meninggalkan yang lain, ternyata pendapat yang lain itu justru lebih rajih dan shahih.

Sistematika kitab ini adalah dengan mengungkapkan terlebih dahulu pokok permasalahan yang dilanjutkan dengan adanya dalil dari al-Qur’an maupun sunnah, adanya penjelasan tentang lafadh yang diara sulit untuk dipahami –yang belum bisa dikatakan dengan syarah- akan tetapi hanya sebatas semacam mufradat dari kata yang dipandang susah difahami. Kitab ini juga didasarkan pada dalil ‘aqli.

Yang membezakan buku ini dari buku-buku sirah Nabi saw. lainnya adalah huraiannya yang lugas sekaligus menyejukkan. Buku ini tidak hanya berisikan paparan sejarah semata, namun juga kaya dengan ulasan-ulasan ayat al-Qur’an dan hadits yang berkaitan dengan fragmen-fragmen dalam kehidupan Nabi Muhammad saw.

Buku ini menunjukkan kepada setiap muslim-dan bahkan setiap orang-bahwa Rasulullah saw. adalah contoh tertinggi dalam segenap aspek kehidupan. Kerananya, buku ini pun menutup setiap paparan episod sejarah beliau saw. dengan kesimpulan berupa intisari, hikmah, dan teladan yang boleh dipetik dari episode terkait untuk diikuti. Karya ini akan menghantarkan kita mengarungi keluasan samudera rahmat, keluhuran akhlak, dan keunggulan budi pekerti.

Kitab ini boleh dimuat turun di pautan منهاج المسلم

Monday, September 24, 2018

Tafsir Surah Yasin dari Perspektif Sains dan Sejarah


Buku Tafsir Surah Yasin dari Perspektif Sains dan Sejarah, adalah antara karya Ustaz Zawawi haji Ahmad dalam bidang tafsir[1]. Buku ini pertama kali diterbitkan pada tahun 2004 oleh Aras Mega (M) Sdn. Bhd, Kajang Selangor.

Dalam buku ini, pengarangnya cuba membongkar beberapa rahsia yang terkandung dalam surah Yasin dari sudut sains dan sejarah. Dengan memahami mesej sebenar yang terkandung dalam surah ini, umat Islam akan sedar bahawa setiap surah yang diturunkan oleh Allah SWT bukan sahaja untuk dibaca tetapi yang lebih penting ialah memahami isi kandungannya agar dapat melaksanakan segala perintah-Nya dengan lebih taat.


Semoga bermanfaat.

Bulughul Maram min Adillat al-Ahkam (بلوغ المرام من أدلة الأحكام)


Kitab Bulughul Maram min Adillat al-Ahkam (بلوغ المرام من أدلة الأحكام), adalah antara karya al-Imam al-Hafizh Abu al-Fadhl Ahmad bin Ali bin Muhammad al-Kinani al-Syafi’i, yang terkenal dengan gelaran Ibnu Hajar al-‘Asqalani (773-852H). Kitab ini merupakan kitab hadis tematik (maudhu'i) yang memuatkan hadis-hadis yang dijadikan sumber pengambilan hukum fiqh oleh para ahli fiqh. Kitab ini menjadi rujukan utama khususnya bagi fiqh dari Mazhab Syafi'i. Kitab ini termasuk karya hadis hadis hukum yang menerima pengiktirafan, sanjungan dan perhatian para ulama dan  juga banyak diterjemahkan di seluruh dunia.

Kitab Bulughul Maram memuatkan 1,596 buah hadis. Di setiap akhir hadis yang dimuatkan dalam kitab Bulughul Maram, Ibnu Hajar al-‘Asqalani menyebutkan siapa perawi hadis asalnya. Hadis-hadis yang terdapat dalam kitab Bulughul Maram dipilih dari sumber-sumber utama seperti Sahih al-Bukhari, Sahih Muslim, Sunan Abu Dawud, Sunan al-Tirmidzi, Sunan al-Nasa'i, Sunan Ibnu Majah, dan Musnad Ahmad dan selainnya.

Kitab Bulughul Maram memiliki keutamaan yang istimewa kerana seluruh hadis yang termuat di dalamnya kemudian menjadi landasan fiqh dalam mazhab Syafi'i. Selain menyebutkan asal muasal hadis-hadis yang termuat di dalamnya, penyusun juga memasukkan perbandingan antara beberapa riwayat hadis lainnya yang datang dari jalur yang lain. Kerana keistimewaannya ini, Bulughul Maram hingga kini tetap menjadi kitab rujukan hadis yang dipakai secara meluas di kalangan para ulama, tanpa mengira mazhab fiqhnya.


Metode penyusunan

Metode yang digunakan oleh Ibnu Hajar al-'Asqalani dalam menyusun kitab ini ialah dengan metode tematik (maudhu’i) berdasarkan tema-tema fiqh, mulai dari Bab Bersuci (Thaharah) sampai Bab Kompilasi (al-Jami’). Ia menyeleksi beberapa hadis dari kitab-kitab shahih, sunan, mu’jam, dan al-Jami yang berkaitan dengan hukum-hukum fiqh.

Sistematik kitab Bulughul Maram sebagai berikut :

1) Terdiri dari 16 bab mulai dari Bab Bersuci (Kitab at-Thaharah) sampai Bab Kompilasi (Kitab al-Jami’), setiap bab terdiri dari beberapa sub-bab.

2) Memuatkan sebanyak 1596 buah hadis sahih, hasan, bahkan dha’if yang bertemakan fiqh.

3)     Membuang rangkaian sanad, kecuali pada tingkat sahabat dan mukharrij.

4) Terkadang menyertakan jalur-jalur periwayatan hadis secara ringkas dan menyebutkan tambahan-tambahan redaksi dari riwayat lainnya dan menjelaskan statusnya.

5)  Menjelaskan status hadis-hadis yang lemah (padanya ada kelemahan, sanadnya lemah... dsb.) atau dengan keterangan ulama, seperti "dilemahkan oleh Abu Hatim, dll.".

6)   Dalam hal penguat hadis, Ibnu Hajar menyertakan keterangan ringkas yang hanya mencantumkan sanad saja tanpa mengulang isi matan.

7)  Ibnu Hajar menggunakan istilah tertentu dalam penyebutan para ulama yang mengeluarkan hadis (mukharrij), iaitu;

a)  Rowahu as-Sab'ah (رواه السبعة) untuk hadis yang diriwayatkan oleh tujuh Imam dalam ilmu Hadis, iaitu Ahmad, al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmidzy, al-Nasa’i dan Ibnu Majah.
b)    Rowahu as-Sittah (رواه الستة) untuk hadis yang diriwayatkan oleh tujuh Imam selain Ahmad.
c)      Rowahu al-Khamsah (رواه الخمسة)  untuk hadis yang diriwayatkan oleh tujuh Imam selain al-Bukhari dan Muslim.
d)   Rowahu al-Arba'ah (رواه الأربعة ) untuk hadis yang diriwayatkan oleh tujuh Imam selain Ahmad, al-Bukhari dan Muslim.
e)    Rowahu ats-Tsalitsah (رواه الثالثة) untuk hadis yang diriwayatkan oleh tujuh Imam selain Ahmad, al-Bukhari, Muslim dan Ibnu Majah.
f)     Muttafaqun 'alaih (متفق عليه) untuk hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim.


Kitab Huraian (syarah)nya

Ramai ulama yang terkemudian menyusun kitab-kitab huraian (syarah) bagi kitab Bulughul Maram. Kitab huraian yang paling masyhur adalah kitab Subulus Salam (سبل السلام شرح بلوغ المرام) karya al-Imam Muhammad bin Ismail al-Amir al-Shan’ani (1183H). Kitab Subulus Salam sendiri merupakan ringkasan dari kitab al-Badr al-Tamam (في شرح بلوغ المرام البدر التمام) karya  al-Imam al-Husain bin Muhammad al-Maghribi (1119H). Di antara kitab huraian (syarah) Bulughul Maram yang lain adalah:

a)   Fath al-‘Allam li Syarh Bulughil Maram (فتْح العلام لشرح بلوغ المرام) karya al-‘Allamah Abu al-Thayyib  Shadiq bin Hasan Khan  al-Husaini al-Qanuji (1336H).

b)     Ibanatul Ahkam (إبانة الأحكام), karya Abu Abdullah bin Abdus Salam Allusy ().

c)   Tuhfatul Ayyam fii Fawaid Bulughil Maram (تحفة الأيام في فوائد بلوغ المرام), karya Sami bin Muhammad.

d)     Minhatul ‘Allam (منحة العلام شرح بلوغ المرام), karya Abdullah Shalih Fauzan.

e)     Syarah Bulughil Maram, karya Athiyyah Muhammad Salim.


g)     Tawdhihul Ahkam min Syarh Bulughul Maram (توضيح الأحكام من شرح بلوغ المرام), karya Syaikh Abdullah al-Bassam.

h)    al-Ifham fi Syarh Bulughuil Maram (الإفهام في شرح بلوغ المرام), karya Syaikh Abdul Aziz bin Abdullah al-Rajihi.

i)    Syarh Bulughil Maram (شرح بلوغ المرام من أدلة الأحكام), karya Syaikh Abdul Karim al-Khudair.

j)     Mukhtashar a-Kalam ‘ala Bulughil Maram (المرام مُختصر الكلام على بلوغ), karya Syaikh Faishal bin Abdul Aziz Alu Mubarak (1376H).

k)     Fiqh al-slam (فقه الإسلام شرح بلوغ المرام), karya Syaikh Abdul Qadir Syaibah al-Hamd.

l)   Ittihaful Kiram ‘ala Bulughil Maram (إتحاف الكِرام تعليق على بلوغ المرام؛), karya Syaikh Shafiyul Rahman al-Mubarakfuri.

m)  Hasyiah ‘ala Bulughil Maram (حاشية الدهلوي على بلوغ المرام), karya Ahmad bin Hasan al-Dehlawi (1338H).

n)  Fathul Zil Jalali wal Ikram bi Syarh Bulughil Maram (فتح ذي الجلال والإكرام بشرح بلوغ المرام), karya Syaikh Muhamma bin Shaleh al-‘Utsaimin.

Kitab Bulughul Maram telah telah iterjemahkan ke alam pelbagai bahasa dunia, termasuk bahasa Malaysia dan Indonesia.

Kitab ini boleh dimuat turun di pautan بلوغ المرام. Semoga bermanfaat.

Rujukan: wikipedia / alukah

Sunday, September 23, 2018

IRSYAD (إرشاد)


Dalam catatan ini akan disenaraikan nama-nama kitab yang dimulai dengan perkataan  Irsyad (إرشاد). Insya Allah akan ditambah lagi  kitab-kitab lain. Semoga bermanfaat.

1)   Kitab Irsyad al-Muhtadi ila Syarh al-Kifayah al-Mubtadi (إرشاد المهتدي إلى شرح كفاية المبتدي) adalah sebuah karya dalam bidang akidah yang disusun oleh al-‘Allamah Abdul Hamid bin ‘Ali bin Abdul Qadir Qudus al-Khathib (1335H), seorang tokoh ulama terkenal dari Makkah al-Mukarramah berketurunan Melayu (Indonesia). Kitab Irsyad al-Muhtadi ini disusun oleh Syaikh Abdul Hamid Qudus sebagai huraian (syarah) bagi sebuah karya ayah beliau sendiri Syaikh al-‘Allamah ‘Ali bin Abdul Qadir Qudus, yang berjudul kitab Kifayah al-Mubtadi (كفاية المبتدي). Baca lagi..

2)   Kitab Irsyad al-Anam ila Syarh Faidh al-Malik al-‘Allam  (إرشاد الأنام إلى شرح فيض الله الملك العلام) adalah sebuah kitab yang menerangkan mengenai tatacara ibadat haji dan umrah berdasarkan mazhab Syafi’i. Kitab ini disusun oleh al-'Allamah al-Sayyid Yusuf bin Muhammad bin Yahya bin Abu Bakr bin Ali al-Baththah al-Ahdal al-Husaini al-Zabidi (1246H) sebagai huraian (syarah) bagi sebuah karya guru beliau al-‘Allamah al-Syaikh Muhammad Shalih bin Syaikh Ibrahim al-Rayyis (1187-1240H), yang berjudul Faidh al-Malik al-‘Allam (فيض الله الملك العلام). Baca lagi..

3)   Kitab al-Irsyad (الإرشاد) atau judul penuhnya Irsyad al-Ghawi ila Masalik al-Hawi (إرشاد الغاوي إلى مسالك الحاوي) adalah sebuah karya ringkasan fiqh mazhab Syafi’i yang terkenal. Ia disusun oleh al-Imam Ibn al-Muqri, Ismail bin Abu Bakr bin Abdullah al-Muqri al-Zabidi al-Yamani (755-837H) sebagai ringkasan bagi kitab al-Hawi al-Shaghir (الحاوي الصغير). Baca lagi..

4)    Kitab Irsyad al-'Ibad ila Sabil al-Rasyad (إرشاد العباد إلى سبيل ارشاد) adalah karya Syaikh Zaynuddin Ahmad bin Abdul Aziz bin Zaynuddin bin ‘Ali al-Ma’bari al-Malibari al-Fanani (987H). Kitab ini mengandungi kumpulan hadits tentang berbagai macam perkara keagamaan. Bahagian awal perbahasan berupa masalah iman dan sebab yang membuat seseorang menjadi murtad. Dilanjutkan dengan huraian hadits-hadits yang menjelaskan tentang bersuci (taharah) beserta ragam tata caranya, mulai dari wuduk, mandi wajib, mandi biasa, hingga tayammum. Kemudian dihuraikan pula tentang fadilat (keutamaan) zikir dan berbagai macam ibadah shalat. Dari shalat fardu sampai shalat sunat, beserta bacaan-bacaannya. Baca lagi..

5)   Kitab Irsyad Thullab al-Haqa-iq ila Ma'rifat Sunan Khayr al-Khala-iq  (إرشاد طلاب الحقائق إلى معرفة سنن خير الخلائق) merupakan sebuah karya dalam bidang ilmu hadis yang disusun oleh al-Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi (676H). Imam al-Nawawi menyusun kitab yang terkenal dengan judul ringkasnya al-Irsyad (الإرشاد) ini sebagai ringkasan bagi kitab Muqaddimah Ibn al-Shalah (مقدمة ابن الصلاح), iaitu karya al-Imam al-Hafizh Taqiyuddin Abu ‘Amru Utsman bin Abdur Rahman (577-643H). Baca lagi...

Saturday, September 22, 2018

Jawahir al-Bahr (جواهر البحر)


Kitab Jawahir al-Bahr (جواهر البحر) atau judul lengkapnya Jawahir al-Bahr fi Talkhish al-Bahr al-Muhith  fi Syarh al-Wasith (جواهر البحر في تلخيص البحر المحيط في شرح الوسيط) adalah sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh al-Imam Najmuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin Muhammad bin Abu al-Hazm Makiy bin Yasin al-Qurasyi al-Makhzumi al-Qamuli (645-727H). Kitab ini adalah ringkasan bagi karya beliau sebelumnya yang berjudul al-Bahr al-Muhith fi Syarh al-Wasith (البحر المحيط في شرح الوسيط)

Kitab Jawahir al-Bahr (جواهر البحر) ini, kemudiannya telah diringkaskan pula oleh Imam Sirajuddin ‘Umar bin Muhammad al-Yamani  (887H), melalui karya berliau yang berjudul Jawahir al-Jawahir (جواهر الجواهر).

Semoga bermanfaat.

Friday, September 21, 2018

FORMULA SOLAT SEMPURNA


Buku FORMULA SOLAT SEMPURNA, adalah  sebuah karya fiqh kontemporari yang membicarakan ibadat solat yang disusun oleh Dr. Zaharuddin Abdul Rahman.

Buku ini menjelaskan kepada pembaca melalui pendekatan yang mudah dan mantap berkenaan cara menunaikan solat secara lebih sempurna iaitu dengan menggabungkan sunat-sunat semasa solat bersama rukun dan syaratnya.

Keistimewaan buku ini terletak pada kupasan ringkas dan padat hasil kajian mendalam daripada kitab-kitab turath silam dan kontemporari. Penulis membawakan nas-nas yang terbaik hasil ijtihad daripada para ulama hadis silam dan semasa.  Aspek ini menjadikan ia sebuah buku yang amat sesuai buat semua lapisan masyarakat dan latar belakang, hingga mereka yang mempunyai kefahaman Syariah yang minimum juga mampu memahami ulasan di dalam buku ini dengan baik.

Kandungan buku ini disusun dalam bentuk yang menarik mengikut kronologi pergerakan solat dan kemudian disusuli dengan nas-nas warid daripada Nabi SAW. Seterusnya terdapat juga huraian amat berguna berkaitan khusyuk, masalah dan punca kehilangannya dewasa ini. Ini menjadikan buku di hadapan anda ini begitu istimewa dan mesti dimiliki oleh semua lapisan masyarakat sama ada pelajar, ulama, ahli akademik, orang ramai, dan bagi semua yang ingin mengaudit solat mereka sama ada menurut mazhab Syafi‘i atau lainnya.

Buku ini diterbitkan syarikat Telaga Biru Sdn. Bhd (cet. 2012)..


Thursday, September 20, 2018

FATH (فتح)


Dalam catatan ini akan disenaraikan nama-nama kitab yang dimulai dengan perkataan Fath (فتح). Insya Allah akan ditambah lagi  kitab-kitab yang lain. Semoga bermanfaat.


1)   Kitab al-Fath al-Mubin bi Syarh al-Arba’in (الفتح المبين بشرح الأربعين). Ia disusun oleh Imam Syihabuddin Ahmad bin Hajar al-Haytami (909-974H), yang terkenal dengan gelaran Imam Ibnu Hajar al-Haytami. Kitab ini merupakan kitab huraian bagi kitab al-Arba’in al-Nawawiyyah, sebuah karya Imam Muhyiddin Abu Zakariyya Yahya bin Syaraf al-Nawawi r.h.(676H), iaitu sebuah kitab yang terkenal, yang menghimpunkan 42 hadis Nabi saw, yang membicarakan asas-asas penting agama Islam yang perlu diketahui umat Islam. Baca lagi..

2)    Kitab Fath al-Mannan Tarjamah li Shafwah al-Zubad (فتح المنان ترجمة لصفوة الزبد). Kitab ini merupakan sebuah kitab fiqh mazhab Syafi’i, yang menyentuh juga bab tauhid dan tasawuf. Kitab ini disusun oleh  seorang ulama besar Alam Melayu, iaitu al-‘Allamah al-‘Arif al-Rabbani Shahib al-Karamah al-Syaikh Daud bin Syaikh Wan ‘Abdullah al-Fathani ()  sebagai terjemahan dan huraian bagi Matan al-Zubad, karya Imam Ibnu Ruslan dalam Bahasa Melayu. Baca lagi..

3)    Kitab Fath Mu'in bi Syarh Qurrah al-‘Ain (فتح المعين بشرح قرة العين). Ia merupakan sebuah karya fiqh  mazhab al-Syafi'i, yang  disusun oleh al-‘Allamah Syaikh Zaynuddin bin Abdul Aziz bin Zaynuddin al-Malibari al-Fannani (987H), sebagai huraian (syarah) bagi karya beliau sebelumnya yang berjudul  Qurrah al-'Ayn Fi Muhimmat al-Din (قرة العين بمهمات الدين). Baca lagi..

4)     Kitab Fath al-Jawad bi Syarh Manzumah Ibn al-‘Imad (فتح الجواد بشرح منظومة ابن العماد). Ia merupakan sebuah karya fiqh dalam mazhab Syafi’i yang disusun  oleh al-Imam Shihab al-Din Abu al-ʿAbbas Amad ibn amzah al-Ramli al-Anari al-Syafi’i (957H). Kitab Fath al-Jawad ini disusun sebagai huraian (syarah) bagi kitab Manzumah Ibn al-‘Imad fi al-Ma’fuwat (منظومة ابن العماد في المعفوات), iaitu sebuah kitab fiqh yang disusun dalam bentuk nazam oleh al-Imam Syihabuddin Abu al-‘Abbas Ahmad bin al-‘Imad bin Yusuf al-Aqfahsi (808H). Baca lagi...

5)    Kitab Fath al-Jawad bi Syarh al-Irsyad (فتح الجواد بشرح الإرشاد). Ia merupakan salah satu kitab-kitab fiqh karya Imam Ahmad Ibn Hajar al-Haytami (909-974H) yang terkenal. Kitab Fath al-Jawad adalah ringkasan bagi kitab al-Imdad bi Syarh al-Irsyad (الإمداد بشرح الإرشاد) yang juga merupakan karya beliau. Kedua-dua kitab ini adalah huraian (syarh) kepada kitab al-Irsyad, karya al-Imam Isma‘il bin Abi Bakr Ibn al-Muqri al-Yamani (837H). Baca lagi...

6)    Kitab Fath al-Bariy bi Syarh Shahih al-Bukhari ( فتح الباري في شرح صحيح البخاري ). Kitab ini disusun oleh al-Imam al-Hafizh Abu al-Fadhl Ahmad bin Ali bin Muhammad bin Muhammad bin Hajar al-‘Asqalani al-Mishri (773-852H). Kitab Fathul Bari ini adalah kitab syarah (huraian) bagi Shahih al-Bukhari yang paling baik dan paling lengkap. Baca lagi..

7)    Kitab Fath al-‘Aziz Syarh al-Wajiz (فتح العزيز شرح الوجيز). Ia juga dikenali dengan judul al-Aziz Syarh al-Wajiz (العزيز شرح الوجيز) dan al-Syarh al-Kabir (الشرح الكبير). Ia merupakan sebuah karya fiqh mazhab Syafi’i yang disusun oleh Imam Abu al-Qasim Abdul Karim bin Muhammad al-Rafi’i  (623H) sebagai huraian (syarah) kepada kitab al-Wajiz fi Fiqh Mazhab al-Imam al-Syafi’i karya Imam Abu Hamid al-Ghazali (505H), iaitu sebuah kitab ringkas dan padat yang menghimpunkan rumusan al-Ghazali terhadap pendapat-pendapat tokoh fuqaha al-Syafi’i sebelumnya dalam beberapa masalah fiqh. Baca lagi..

8)  Kitab Fath al-Qarib al-Mujib fi Syarh Alfaz al-Taqrib (فتح القريب المجيت في شرح ألفاظ التقريب). Kitab yang juga dikenali sebagai al-Qawl al-Mukhtar Fi Syarh Ghayah al-Ikhtishar dan Syarh Ibn Qasim al-Ghazzi ‘ala Matn al-Taqrib ini adalah karya al-Imam Abu Abdullah Syamsuddin Muhammad bin Qasim bin Muhammad al-Ghazzi al-Syafi’i  (918H). Ia merupakan kitab yang menghuraikan kandungan kitab Matn al-Taqrib karya al-Qadhi Abu Syuja’ al-Ashbahani (500H). Huraiannya agak ringkas dan di antara kitab syarah fiqh al-Syafi’i yang paling mudah difahami. Baca lagi..

9)