Saturday, June 23, 2018

IRSYAD AL-MUBTADI ILA SYARH AL-KIFAYAH AL-MUBTADI


Kitab Irsyad al-Muhtadi ila Syarh al-Kifayah al-Mubtadi (إرشاد المهتدي إلى شرح كفاية المبتدي) adalah sebuah karya dalam bidang akidah yang disusun oleh al-‘Allamah Abdul Hamid bin ‘Ali bin Abdul Qadir Qudus al-Khathib (1335H), seorang tokoh ulama terkenal dari Makkah al-Mukarramah berketurunan Melayu (Indonesia).

Kitab Irsyad al-Muhtadi ini disusun oleh Syaikh Abdul Hamid Qudus sebagai huraian (syarah) bagi sebuah karya ayah beliau sendiri Syaikh al-‘Allamah ‘Ali bin Abdul Qadir Qudus, yang berjudul kitab Kifayah al-Mubtadi (كفاية المبتدي).

Kitab Irsyad al-Muhtadi ini boleh dimuat turun di pautan إرشاد المهتدي إلى شرح كفاية المبتدي.  Semoga bermanfaat. 

No comments:

Post a Comment

Taqrib al-Tahzib fi Asma’ al-Rijal

Kitab Taqrib al-Tahzib fi Asma’ al-Rijal ( في أسماء الرجال التهذيب  تقريب  ) merupakan karya dalam bidang ilmu hadis yang yang khusus ...